Saturday, 21 February 2026

MASAK LEMANG SAMBUT RAMADHAN 1447H

 Tahun ini rezeki Allah kurniakan dapat menyambut puasa Ramadhan pertama dan dan ke-2 bersama mak kat kampung.Balik dari Padang Besar hari Selasa,malam tu dengar penyimpan mohor besar raja raja umum yang puasa tahun no jatih pada hari Khamis 19 Februari.Kita puasa lewat sehari berbanding Arab Saudi..



Dek anak bulan belum nampak ,jom la kita beraya dulu....hihihi







Pakcik masukkan daun pisang .Buluh-buluh tu adik jantan saya tebang kat kaki bukit..Mak dah siap basuh dan keringkan buluh tu sebelum digunakan.



 garam
Proses masukkan pulut dalam buluh...Seperti sebelum nii...kami buat 3kg pulut..1½ kg santan.Tapi santan kami spare juga 3kg takut dapat santan cair Tapi alhamdulillah beli kat tempat proses kelapa...dapat santan pekat berlemak tanpa campur air...So untuk 3kg pulut memadai 1½kg santan..1½sekeh & kami takda campir gula bagai..Hanya 3 bahan...pulut santan+air & garam





Proses masukkan santan hingga tenggelam pulut.




Reay to bake....hihihi..
Hari tu Cuti Deepavali bulan November pun kami masak lemang juga tapi bakar kat dwpan rumah...panas..



Kali ni adik jantan tu hidupkan api kat belakang rumah tepi rumah lama...teduh la sikit...Mak dah plan nanti nak buat ketupat raya kat belakang lebih teduh.Adik jantan tu juga dah sanggup nak cari buluh & kayu api bakar lemang.




.


Lebih kurang 4 jam kemudian......
Alhamdulillah...lemang kali ni perfect .
Mungkin faktor dah ,adik jantan tu dah pandai kawal api dan pusing pusingkan buluh...
Juga dah pandai pilih buluh lebih besar untuk hasil lebih baik..
...3kg pulut kami hanya guna 9 batang buluh
Tinggal 8 batang...sebatang hantar kat jiran sebelah rumah mak.



RESIPI LEMANG KAMI
3 kg pulut susu
1¹/² kg santan
Buluh 9 batang besar

Cara:
1. Cuci pulut dan tos
2. Rendamkan pulut + setengah kilo santan+air bagi tenggelam pulut
3. Baki santan 1 kg + 9 cawan air (1 jug)
4.Masukkan pulut +rendaman sanatan air dalam buluh. Tinggalkan ruang kosong dalam bualuh +- se jari.
Susun buluh tadi menegak.supaya tidak tumpah.
Akhir, masukkan dan tambah secawan santan bg setiap buluh (9 cawan santan td)
5. Bakar jarak 2 kaki dr api dan bila buluh mendidih dan tempoh 3 jam boleh masak dahhhhh)
# tips garam : segenggam garam kasar untuk 4 kg

Nota:  ( ### kiraan guna garam kasar:

segenggam garam kasar perlu dibahagi 4 untuk kegunaan sekg pulut)







12 comments:

  1. Lama sangat dah family Cie tak buat lemang sejak mak dah takde.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pulak baru bermula...selalunya masak ketupat jer

      Delete
  2. Sedapnyer lomang.
    Tunggu rayalah baru dapat merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak raya pun boleh makan Wak...tapi tak sama la feel waktu raya

      Delete
  3. Wah...lagi sedap lemang buat sendiri... Kena ada yang rajin jaga api je..confirm jadi..
    Tapi kan,puasa hari khamis,19febuari...

    Selamat berpuasa, semoga bulan ramadan membawa keberkatan..aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul .bab nak jaga api tu bercinta....panas membahang

      Delete
  4. Uissshhh awal nya masak lemak.. Insyallah tahun ni nak rewang masak lemang di kampung :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ..penangan beras pulut siam banyak stok la ni....hihihi

      Delete
  5. Selamat berpuasa.. pokcik tunggu raya baru nak rasa lemang

    ReplyDelete
  6. Banyak cerita indah apabila Mama Cella balik kampung. Pasti terubat rindu pada nostalgia masa lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la....setiap kali terkena g cerita lama pasti saya juga akan teringat cikgu kerana tahu nostalgia kita ada persamaan

      Delete