Sunday, 22 February 2026

BERBUKA PUASA DI KAMPUNG : HARI PERTAMA RAMADHAN 1447H

Dah 4 Ramadhna baru nak share menu iftar hari pertama puasa 2026.Alhamdulillah,setelah sekian lama tak dapat sambut puasa bersama di kampung,tahun Allah kurniakan nikmat itu kepada kebayakan rakyat Malaysia .Buktinya masa balik kampung beberapa hari se bersempena Cuti CNY.Biasanya hanya dapat berbuka puasa bersama mak dan Achik semua bila dah hujung hujung puasa ketika pulang nak sambut hari raya.


Antara juadah iftar kat kampung hari pertama Ramadhan....
Yang nampak dalam pic

* Sambal Udang + Petai - Saya masak tapi Achik yang beli semua bahan
* Ayam Pencen Masak Pahang - Achik masak kat rumah Achik
* Jeruk Ikam Haruan (Masak Cuka) - mak masak kat kampung
* Mihun Goreng - Achik masak kat kampung
* Tembika merah - beli kat pekan...tembikai mirah tahun ni RM0.99 -RM2.00
* Kuih-muih- popia,crab rangoon,qasidah & pulut seri muka- beli kat bazar



* Daging Goreng Kunyit - saya masak 1½ kg - bawa ke sahur
*Ikan goreng
* Tapai Pulut - beli 10pcs RM7 & Tapai Daun Getah 10 pcs RM8
*Nasi -masak kat kampung






Gambar sekerat sekerat...






Ok..ni full banquet table
Makan kat courtyard belakang rumah...
Saja nak feeling makan kat luar...memang kat luar la kan...
Luar rumah je lah....hihihi
Buka 2  banquet table buat buffet ..
1 meja lagi untuk yang lelaki  nak makan bermeja
Kami yang perempuan makan kat tikar bawah..





Ni la rezeki keluarga kecil kami .....
Emak pastinga happy dapat berbuka bersama anak cucunya..Tak nampak pic minuman
hari pertama ni minuman hanya air gas dan  air sirap bancuh degan air Coway sejuk sahaja.
Haikal dah cari ais merata kedai rapi semua ha is stok...
Dari pembekal ais...7E,kedai runcit semua habis
Mungkin faktor cuaca panas...ais habis awal...+ juga peniaga bazar banyak beli ais 
Waktu berbuka puasa bagi Alor Setar,Pendang dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya ialah 7.32 malam...3 minit lambat berbanding KL...





9 comments:

  1. Baru tau ada menu ayam pencen masak pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Achik tu suaminya orang Pahang..Kalau ayam pencen & daging kerbau harus dimasak macam tu ..Tu saya panggil masak Pahang..hihihi

      Delete
  2. Allah....Allah... Alhamdulillah. Seronoknya! Meriahnya!
    Mama Cella nanti kongsi resipi ayam pencen masak Pahang.... tanya kat Achik kalau Mama Cella tak pasti hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama asal masakan ni saya pun tak tau tapi dek kerana suami Achik orang Pahang & kalau ayam &daging dia hanya nak dimasak macam tu,maka saya sebut masak Pahang...hihihi
      Bahan ya macam rendang tapi campur jugasik...tiap kali raya ni lauk wajib pakcik nimpah kari daging ..ditumos hingga naik minyak dan masak hingga kuah agak pekat...tapi takda penggunaan santan dan kerizik

      Delete
    2. Oooo begitu cara masakannya. Terima kasih Mama Cella.

      Delete
  3. Kalau balik kampung menu berbuka memang meriah... seronok betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.....jarang dapat peluang ni Dana....

      Delete
  4. Haaaa tu dia. Betullah makan diluar, luar rumah. Tp takde nyamuk ke maghrib2 makan diluar? Ke nyamuk pun join makan tapai bagai? Ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kanm...memang makan kat luar...
      Alhamdulillah nyamuk beri kerjasama tak kacau mungkin sebab puasa kot...hihihi

      Delete