Sunday, 4 January 2026

MAKAN KENDURI @ HOMESTAY TAMTEH

 Cerita 25 Disember...sempena cuti Krismas 2025..

lUsai menghadiri walimatul urus di Villa Kanchah ..Jitra...kami menuju ke Air Hitam pula


Nampak dari kejauhan Tamteh Homestay nampak biasa-,biasa sahaja...
Namun bila melangkah pintu gerbangnya....

Wow...saujana mata memandang sawah padi mengjijau..


Homestaynya terdiri dari dewan majlis...beberapa buah chalet dan halaman yang menyediakan garden wedding....Sangat cantik...cuma sahaja saya tidak pandai  mencari anglel untuk mebidik camera


Makanan. aneka jenis..
Tapi kami sudah kekenyangan dek makan di ke duri pertama @ Villa Kanchan tadi dalam kelparan.Makan dengan perut lapar terlupa akan ada lagi kenduri seterusnya...hihihi
Dah macam raya...rumah pertama pulun makan...rumah seterusnya makanan dah mengembang dalam perut...hihihihi

Tapi ambil jugak la semangkuk laksa...
Majlis kahwin/jamuan kat Kedah tak sah kalau takda laksa..Kalau tak laksa mihun sup utara yang mihun kuning sos dia merah tu...


Dek cuaca yang terang..langit biru..matahari teril bercajaya....ABC pastinya tak mampu ditolak....ada beberapa food truck meyediakan aneka masakan panas gorengan...ABC,cendol,apam balik,cucut udang kuah kacang,rojak,dan paling rare....ada apam lenggang juga .Semua menu ni memang tak asing bagi orang Kedah...tapi mungkin juga ada terdapat di negeri lain dan mungkin dengan nama yang berbeza ikut sebutan setemlat


Ambil juga nasi sepinggan untuk dikongsi beramai...Sekadar untuk jamah
Nasi dihidang atas kertas pembungkus yang memang semua direnyuk macam tu bagi membentuk lubang seperti pinggan.Bawahnya dialas pinggan..Kreatif depa la ni..tak payah basuh pinggan...tetamu pun selesa nak makan lepas makan bungkus elok-elok & buang dalam tong sampah yang disediakan..

Nasi minyak..ayam merah..daging hitam,sambal belacan ulam timun..Ada beberapa jenis lauk lagi tapi takut membazir...Tak perasan siapa yang ambil nasi ni sama asa Haikal @ Cella...
Kami pergi naik kereta Pakcik tapi Haikal yang drive..So berlima..
-Haikal



Tempat makan yang kami pilih ni port bawah pokok ala-ala garden wedding .
Ada hall yang besar juga tapi kaminpilih tepi taman..Kalau perasan bawah tiang lampu hitam tu deretan tempat duduk ala arabic...untuk yang nak makan bersila atas karpet berserrta meja rendah.Cuma waktu ni panas tak ada yang duduk situ.Kalau malam best ni...
Pondok beratap merah bata belah kanan tu toilet...Bersih giler macam tandas hotel..
Yang nampak bucu atap belah kiri tu dewan tertutup beraircond tempat pelaminan.Bangunan tu terapung atas kolam...
Sayangnya saya ralit menghayati sekitarnya  hingga terlupa mengambil gambar sekeliling


akngah
Kami datang hanya berlima...
Achik
Cella
Adah & Miqaiyla
Adah  3  beranak dah balik Malaya ..Sebelum ni suaminya dipinjmkan selama 2 tahun ke Tawau atas keperluan perjawatan.Adah pula tiada masalah untuk kembali ke Malaya kerana HQ di KL...

Next....Makan kenduri lagi kat homestay tepi sawah...
Kali ni lagi rare....guddies dia lain dari yang lain ...Nantikan next entri...🥰

8 comments:

  1. Alhamdulillah
    Hujung tahun memang banyak jemputan walimah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu Wak...Lagi-lagi cuti sekolah pendek tahun ni

      Delete
  2. Menarik tempat kendurinya.

    Tentu seronok mamaCella, Adah kembali menetap di KL. Bolehlah selalu jumpa cucu kan? 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KL pun tak tahu berapa lama...Mungkin akan kembali ke Tawau juga nanti

      Delete
  3. Menu kenduri sekarang ni memang meriah betul kan macam2 ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cie...Saya yang pemakan ni suka la 🤭

      Delete
  4. Oh, Adah dah balik Malaya, la. Mesti seronok cucu dah dekat, boleh pelik selalu. Seronoknya la makan kenduri sampai dua kali sehari.

    ReplyDelete
  5. Oh, Adah dah balik Malaya, la. Mesti seronok cucu dah dekat, boleh pelik selalu. Seronoknya la makan kenduri sampai dua kali sehari.

    ReplyDelete