Masak Kari Ayam + Keledek ni pada hari Sabtu beberapa hari lepas.Minta anak jantan tu belikan sekor ayam ,Asalnya plan nak goreng sahaja buat ala ayam penyet,Tapi sudahnya berubah fikiran masak kari + keledek
Cuma kali ini masa na k masak tengok-tengok hanya ada rempah kari ikan.Rwmpag kari daging yilek...Yang ada juga hanya rempah kurma.Mmm...tak apalah kita campur saja rwmpah kari ikan tu dengan rempah kurma .Orang kampung saya dulu-dulu kalau kenduri beli rempah asing -asing dan ditimbang kilo.Maksudnya kalau kenduri depa beli serbuk cili,serbuk ketumbar,serbuk jintan,serbuk kunyit dan segala rempah tu asing-asing.Tukang masak yang akan campurkan rempah-rempah tu masak nak masak .Setiap tukang masak ada nisbahya sendiri untuk campur dan adun rempah .Dulu-dulu saya juga selalu tengok mak campur rempah-rempah tu untuk jadikan rempah kari daging rempah kari ikan dan rempah kurma..So,dari ilmu pemerhatian tu lah saya berani guna rempah kurma + rempah kari ikan untuk masak kari ayam.Untuk 10 ketul ayam ni saya cpurkan lebih kurang 3 sudu rempah kari ikan + 1 susu rempah kurma.Pada tekak saya dapat tune rasa kari daging tu..Saya juga guna kerisik untuk dapatkan rasa kari ayam cara kari ayam orang dulu dan cara mak saya masak..Mak memang masak kari ayam dan kari daging haruslah masukkan kerisik.
Kalau masak kari,, harus gandingkan dengan ikan gorengatau ikan masin atau ayam goreng .Sambal belacan dan ulam sebagai pelengkap.Kaki ayam pula haruslah saya punya...hihihi...
Video masakan Kari Ayam + Keledek ni ada saya upload kat youtube channel saya ..Boleh tonton di link https://youtube.com/shorts/3t42cIMNxh4?si=4WK9Wm0JRJ-u_PJw


No comments:
Post a Comment