Cerita minggu lepas..Masa Aqil & Haikal datang KL..Kengkonon nak surprise dorang. Nak belanja Aqil naik kapal terbang sempena belated birthday dia yang jatuh pada 15 Januari.
Dah lama plan bersama anak-anak saya nak surprisekan depa 2 beradik tu sementara Haikal tengah cuti sem.Adah yang tolong booking tiket kapal terbang tambang mahal murah tu.
Plan asalnya nak minta anak jantan sorang tu temankan depa naik flight tapi dia tak dapat nak ambil cuti sebab masih awal tahun kan..Baru tiga minggi berada dalam tahun 2025 kan..Nak minta Cella temankan,tarikh fly tu weekday.Cella pun ada kuliah & tengah bz final asignment.Akhirnya deside,saya akan fly bersama Aqil & Haikal.
Tapi kita merancang ..Allah yang tentukan...Perancangan kami hampir gagal..!
Lepas pick up Aqil & Haikal kat Terminal Bersepadu Selatan( TBS ) hari Sabtu tu..terus bawa depa pi pekena nasi kandaq kat Abadi BTR.
Mau tak lapar,Aqil kata hanya makan roti sepanjang 6 jam naik bas.Sebabnya bas tak berenti kat R&R sebaliknya hanya berenti kat petrol station sahaja.(Sebenarnya sekarang kebanyakan bas memilih untuk singgah di stesen minyak berbanding tempat makan kat R&R) Ada sebab dan alasannya.Jika ada kesempatan saya akan kongsikan nanti dalam entri yang lain khas nak share beberapa info penting untuk yang kali pertama @ jarang menggunakan khidmat bas ekspres dari TBS.Info yang saya dapat sepanjang 5 kali naik bas ekspres TBS-Pendang-TBS sepanjang sebulan Januari 2025 ni..
Apapun kesian depa hanya alas perut dengan roti dari pagi sampai dah lewat petang.Masa kat Abadi tu, offer depa naan cheese leleh..ayam tandoori bagai depa takmau.. sebab perut dah meminta minta nasi..hihihi
Masa makan tu la sempat tanya Aqil ada bawa mykad dak?
Sekali Aqil cakap dia lupa nak bawa.
Alamak..!
Saya pandang Cella...Cella pandang saya...
Macamana ni??
Kalau takda mykad memang tak boleh la nak naik kapal terbang.
Aduh,...saya dah garu kepala..
Dalam hati..."burn" la 3 tiket flight ni..
Tapi kata Aqil bukan lama pun nak dok KL...ok ja kot nak jalan jalan tak bawa mykad..!Cuma kalau pergi mana mana yang nak kena beli tiket kena la bayar harga foreigner!
Masalahnya sekarang ni tiket flight dah beli untuk fly hari Selasa.Takkan nak kena balik Kedah amik mykad & datang pula KL untuk naik flight balik Kedah..SEMATA🤭🤣...
Tapi Aqil & Haikal masih belum tahu kegusaran apakah yang sedang Makngah fikirkan🤭.Sebenarnya juga Achik & Pakcik pun belum tahu kami dh beli tiket flight untuk Aqil & Haikal.🤭
Esoknya terpaksa la juga pecah lubang bgtau Achik cerita sebenar.Achik & Pakchik pula memang bz minggu tu.Banyak meeting nak kena attand & urusan kerja kerana weekday kan..Saya bagi cadangan Achik kirimkan sahaja mykad Aqil kepada melalui syarikat kurier atau kirim sahaja melalui bas ekspres.Kami pernah sahaja menggunakan khidmat bas ekspres untuk kirim ketupat daun buluh beberapa tahun lepas.Masa tu saya perlukan ketuoat tu untuk salah satu even tempat kerja.Bagi sagu hati sikit kepada driver bas sebab menggunakan khidmat mereka kan.
Tapi masalahnya ini bukan kes nak kirim ketupat.Masalahnya ni Mykad .Bukan benda main main ..Dokumen peribadi kot..memang Pakchik tak setuju la buat macam tu.Tak jadi apa tak apa..Kalau nak jadi cerita kalu panjang cerita..! Ish,,nauzubillah..🤲
Sampailah semua dah settle..masa depa otw balik KL barulah fowardkan bonding pass kat Aqil & Haikal...
Haikal kata dia memang dah rasa pelik bila kata nak beli tiket bas pun kena ada Mykad tapi tak terfikir pulak dah beli tiket flight..hihihi
Tahun lepas BELANJA AQIL NAIK KAPAL TERBANG..kat sini masa Cuti Krismas Aqil tak dapat nak feel sangat sebab dia kata pening masa take off tu.Kali ni kita elakkan Aqil duduk tepi tingkap.Kita bagi Haikal duduk tepi tingkap.
Bagus juga bagi Haikal seat tepi tingkap...Dapatla dia rakam video dari tingkap.Antara rakam Haikal masa pesawat berlepas dari landasan KLIA 2 ada saya upload kat youtube channel Seroja Putih..Boleh tonton di:
👇👇👇👇👇👇
https://youtube.com/shorts/IjqxFj0WQTA?si=b0PvG8s2K-Nr5-vY
No comments:
Post a Comment