Monday, 18 November 2024

ASAM PEDAS IKAN PARANG GORENG

 

Asam Pedas Ikan Parang Goreng...

Nak sambung pasal ke Tawau tapi dok belek video dalam  gallery  banyak sangat lambat nak pilih nal cut bagai....Maka Asam Pedas Ikan Parang Goreng potong Q...hihihi


Kepala & ekor ikan parang ni Kak Mel bagi dah lama...Semalam kan weekend...kita merajinkan diri korek khazanah dalam freezer dan masak...hihihi
Dok peram dalam freezer hingga hilang  dah kesegarannya...Padahal asalnya ikan ni fresh datangnya dari Johor sana..
Asalnya risau juga nak masak sebab biasanya ikan parang kan banyak tulang..Apa lagi bahagian kepala dan ekornya...

Tapi Alhamdulillah lepas masak..eh,tulangnya besar besar dan senang nak makan isinya.Kata Kak Mel kalau penjual ikan kat  Johor memang depa pandai nak ngerjakan.Kepala dan ekor ikan parang tu katanya dipatahkan dan disentap ( ngeri pula membayangkan🤭) menjadikan tulang temulang ikan parang yang berselirat tu terkumpul dan bila dimasak mudah asing dari isinya...

Tapi macam betul laaaaa!!!! Sebab tulangnya memang tak berselirat.Bahagian ekor Cella habiskan dengan jayanya dan bahagaian kepala rezeki saya..Anak bujang tu memang tak makan la...hihihi


Memandangkan ikan ni dah agak lama dalam peti ais,saya deside goreng dulu ikannya.Saya buat asam pedas versi simple sahaja..Dengan dah lama tak ke pasar...Daun kesum pun yang dah kering kejung.Nak goreng ikan,serbuk kunyit pin habis..Goreng jelah ikan sapu garam jer semata.Begitu juga serai.Cili & bawang kisar pun nasib baik ada stok.Kalau jam tu juga baru nak blend..rasanya tak jadi asam pedas dah ...hahaha


ASAM PEDAS IKAN PARANG GORENG

2 kepimg ikan parang

2 senduk cili kisar

1 senduk bawang kisar

1 sudu teh pes asam jawa

Daun kesum,buah tomato & bendi

minyak,garam,gula/ perasa


1. Garam kunyitkan ikan& goreng agak garing

2. Dalam minyak yang sama tumis bawang dan cili kisar hingga naik minyak.Masuk juga serai dan daun kesum.

3. Masukkan ikan goreng & asam jawa diba cuh dengan 2 cawan air.Perisakan dengan garam,gula/perasa.

4. Bila mendidih tambah tomato & bendi.Sesuaikan rasa.

5. Perlahankan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit.Siap..


Saya juga share video Asam Pedas Ikan Parang Goreng ni @ youtube channel saya

👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/ZbnzPNC9kU4?si=4UNQhlD-_i788Inp


Tengah cari mood nak edit video Tawau🤭

1 comment:

  1. Asam pedas ikan parang ni cukup istimewa untuk peminatnya. Walaupun banyak tulang tapi isinya sedap. Pasal sentap ikan tu memang biasanya kami buat terutamanya ikan terubuk, ikan lampam dan ikan-ikan yang banyak tulang.

    ReplyDelete