Sunday 14 August 2022

PUNCH BUAH NAGA MINUM RAMAI- RAMAI


Beberapa hari lepas saya buat punch buah naga untuk minum ramai-ramai.Sayangnya macamana la saya boleh lupa tak snap pic dalam gelas.Hanya ada pic dalam tong air saja.
Tengah dok tengok galery ni baru perasan takda pic dalam gelas.Hanya pic dalam tong dan video saya tengah kacau air tu saja.

Saya buat 2 tong untuk minum beramai-ramai.Yang kuning macam dicampak dalam tu ialah buah mangga yang masih bersiaa melekat pada bekas buah..Jangan dibazirkan...Bukan bahan rahsia pun..hihihi..
Untuk 2 tong tu saya
 guna :


10 biji buah naga merah.

2 biji tembikai merah.

10 biji buah mangga masak.

5 apple hijau.

5 apple merah.

4 tin laici.

2 tin longan.

15 tin susu cair.

8 tin susu pekat.

1 beg ice tube


1. Semua buah segar dipotong dadu.

2. Bancuh susu pekat dengan susu cair hingga sebati.

3. Tambah buah-buahan segar dan buah-buahan tin bersama sirap buah dalam tin tu.

4. Kacau beberapa minit supaya warna buah naga bercampur susu.

5.Tambah air batu banyak-banyak..

6. Biarkan sekejap bagi ais sedikit mencair dan minuman jadi sejuk.

7.Kalau pekat sangat atau terlebih manis,jangan tambah air kerana akan membuat rasa kurang sedap,sebaliknya ..tambah air batu.

Kuncinya..

*JANGAN CAMPUR AIR*


Hari tu masak kenduri kesyukuran kat Kedah pun saya buat punch buah naga ni memang laku keras.Warnanya mudah menggoda selera.Tambahan kalau cuaca panas.


6 comments:

  1. Sedapnyer minum musim3 panas gini

    ReplyDelete
  2. Hari tu kita Iman buat juga tapi guna buah cocktail dalam tin, laici & nata de coco jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun sedap kan...
      Cuma buah naga memberi warna pink..

      Delete
  3. Aduhai.... sedap betul layan tekak! Manis. Sejuk. Bergelas-gelaslah jawabnya masuk perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ..
      Baru hari Sabtu ke Ahad cikgu dah minum bergelas minuman punch kat sekolah cikgu kan..
      🤭

      Delete