Dok belek folder gambar.Bekalan daripada mak untuk bawa balik KL weeken baru ni
Pisang hijau belum masak & serai.Dah plan nak masak gulai lemak cili api pisang tu.Serai tu ada beberapa rumpun mak tanam tapi saya jual mahal tak mau banyak-banyak.So,mak ambilkan 5 batang sahaja.
Sampai KL nyesal...sebab baru ingat lagi dua minggu Raya Haji nak pakai banyak serai buat rendang...Padan muka jual mahal....hihihi..
Petai ni mak yang beria suruh bawa balik KL.Dua papan dah jadikan sambal makan dengan nasi lemak hari Isnin.
Bakinya baru tadi kopek kulitnya & masukkan dalam plastik.Tambah air biar tenggelam petai tu & frozenkan..Boleh la tahan setahun......Kalau tak makan la...hihihihi
Tong tu mak pesan,nanti kalau boleh balik Kedah..bawa balik tong tu.Itu tong ice untuk mak bawa gi memancing tu..
Kalau tak PKP mak memang selalu juga ke Perlis memancing lampam.Sebelum ke sungai memancing mak akan beli ais untuk elakkan ikan rosak.Kadang banyak dapat ikan sampai penuh tong tu.Ni sebab PKP tak boleh rentas negeri,maka tong tu dah lama kosong.
Moktan ni mak kata untuk Cella & abangnya yang tak dapat ikut rwntas negeri.
Ubi kayu..Dah tak berapa cantik sebab pokok dah tua.Mak kata nanti nak kena kemaskan semula kebun sekangkang kera belakang rumah tu & tanam semula ubi kayu.
Daun palas ni mak ambil kat kampung.
Ada 3 pelepah daun palas ni dah pecah kudupnya.Kalau rajin,esok nak buat ketupat palas la..Kalau la rajin...Dengan esok ada taklimat,meeting & lusa pula appointment...tak tau la nak rajin ka dak...
hihihihi..
sedapnya tengok petai tu
ReplyDeleteKalau dah peminat petai,dalam banyak-banyak tu petai juga jadi tumpuan.
Deletehihihi
banyaknya bekalan dr kpg... begitulah mak-mak kan kan? tetap akn layan kita mcm kita masih kecik² dulu walupun hakikatnya kita ni dah beranak pinak
ReplyDeleteYa Mim...
DeleteKadang bila duduk sengsorang relate perangai kita dengan anak dengan mak..macam putaran roda...
Hadoi! Mata petai tu! Pagi tadi pi pasar, tak jadi beli petai sebab matanya kempis belaka!
ReplyDeleteSekarang ni kadang mata petai takdan nak besar.Kalau dibiar lama dirembat sang pencuri
DeleteKalau balik dr rumah emak, jarang tangannya kosong macam sy jugak
ReplyDelete