Tuesday 18 May 2021

LAKSA LEMAK KEDAH - SYAWAL KE-5 PKP 3.0

 Syawal pertama makan hidangan raya.

Syawal ke-2 habiskan baki hidangan pagi raya pertama.

Syawal ke 3 kita masak macaroni goreng.

Syawal ke 4 menu raya lontong.

Syawal ke 5- kita melaksa.Tengok cikgu Amie masak laksa.Tengok SK pun melaksa.Ish,tak boleh jadi...kita pun melaksa.


Tapi sebab saya selalu fail masak kuah laksa asam,maka laksa lemak Kedah juga yang saya masak.Lagi pun laksa lemak Kedah ni memang favourite female dalam rumah ni.Hihihi..Anak bujang tu memang tak makan laksa.Yang pompuan pulak semua suka laksa lema Kedah.Mungkin sebab saya selalu masak laksa ni.

Walaupun tak cukup bahan.Ulam selom pun tak ada.Pasar & kedai runcit masih takdak stok sayur & ulam kes Pasar Borong tutup tu.Guna apa yang ada sahaja lah.

Laksa biasanya saya guna Eka yang laksa saiz kecik tu.Tapi kehabisan di Hero.Yang ada brand MESTI sahaja.Eh,elok pulak laksanya.

Ni sahaja ulam eksesori yang ada.Daun-daun tak ada even daun salad pun.



LAKSA KUAH LEMAK KEDAH.

1 paket laksa kering

Bahan Kuah:

1/2 kg ikan -agak-agak 5 ekor ikan selayang
(rebus bersama 3keping asam gelugur)
1 labu bawang besar
1 cawan santan pekat

9 cawan air(sebagai panduan- boleh adjust)

1paket kecil rempah kari ikan(1 1/2 sudu besar)

5 asam keping

1 bunga kantan @5 tangkai daun kesum

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 sudu minyak

Garam secukup rasa


Bahan Ulam:(ikut pilihan sendiri)

- daun selom

- daun putat

- Timun

- bawang besar

- cili padi

- Limau nipis


1. Ikan diasingkan tulangnya..

    - Blend isi ikan dengan 4 cawan air.Ketepikan

    - Blend pula tulang2 dan kepala ikan dengan  3 cawan air..tapis dan campur dalam isi ikan untuk mudah agak kepekatan kuah nanti.


2. Blend pula bawang besar dengan 1 cawan air hingga halus..ketepikan


3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih.Kemudian masukkan serbuk kari dengan 1 cawan air ..Masak hingga naik minyak..


4. Masukkan bawang blend dan biar mendidih sekejap supaya sebati dengan serbuk kari.


5. Masukkan bahan isi ikan yang diblend dan masak lagi hingga mendidih.Masukkan juga asam keping,garam dan bunga kantan.

6. Masukkan santan pekat dan kacau sebati..


7. Biar mendidih perlahan dan rasa asam garamnya..jika kuah terlalu pekat tambah air panas...kerana kuah x perlu terlalu pekat..Bila sejuk kuah akan jadi semakin pekat



6 comments:

  1. Bila dapat makan laksa lemak ni, kalau ada sambal belacan mesti lagi sedap, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....
      Makan laksa apapun lagi sedap guna sambal belacan berbanding cili potong.

      Delete
  2. ape beza laksa kedah dgn laksa penang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni versi lemak Kedah Wak Lat.Dia nyer rasa seakan laksa Johor tapi lebih light rasa rempahnya.

      Delete
  3. Adooiiiii.... Encik Suami tolong bersihkan dapur, terus dibuangnya sekali lebihan kuah laksa dalam periuk! Laksa ada lagi...kuah takde huhuhuuuuu! Terliur pulak tengok laksa di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alo....sayangnya
      Dah la kuah laksa makin dipanaskan makin terasa sedapnya.Nampaknya cikgu kena masak lagi la.Mesti sedap kuah laksa cikgu sebab ikan di sana fresh kan..

      Delete