Tuesday, 4 August 2020

MASAK KURMA SEEKOR KAMBING(PKPP COVID 19)

Ni citer hari Khamis
Sehari sebelum Raya Haji
Masak-masak katbumah Achik
Masak Kurma Seekor Kambing..
Kambing nenek niat kenduri kesyukuran untuk Haikal & aku sempena SPM & dapat smbung belajar

Kurma Seekor Kambing ni masak malam Raya Haji kat umah Achik
Esok pagi baru bawa balik kampung nenek
Plan asal nak buat kenduri kesyukuran untuk jemaah surau kampung nenek lepas solat sunat Aidi Adha
Tapi sebab beberapa hari sebelum raya haji
Kedah telah dilanda kes Covid yang x dijangka... Meningkat dengan tiba-tiba dari Kluster Sivagangga...

Seeokor Kambing dapat 1 kuali besar  Kurma.
Nenek la nak sangat buat Masak Kurma kambing ni
Padahal nenek memang x makan kambing..
Rugi kan sapa x makan kambing
Daging kambing lagi sedap dari daging lembu.


Nenek kata nenek beli kambing kat Kampung Kubang Badak
Haaa.. Kambing ke badak🤣
Kata nenek sebulan yang lepas nenak dah booking kambing ni
Hari Rabu 2 hari sebelum Raya Haji nenek minta dorang sembelihkan kambing ni & lapah sesiap..
Pastu nenek ngan pakcik gi amik kambibg yang dah siap lapah
Hari Khamis, kitorang balik Kedah
Petang dah dekat asar baru kitorang sampai sebab terperangkap jem 10 jam
Lepas asar nenek keluarkan kambing  &  pakcik ajak siang daging kambing ramai-ramai
Sambil pakcik terangkan bahagian-bahagian daging kambing
Ada Daging Batang Pinang
Ada Daging Kaki Belakang
Daging Kaki Depan
Organ-organ dia sama gak macam lenbu
Ada perut, hati, paru, jantung & lidah kambing
Kepala Kambing pun ada
Paling rare tengok nenek proses kepala kambing
Siap ada otak kambing dalam kepala kambing tu & nenek lilit-lilit kepala kambing tu ngan tali  perut kambing yang panjang tu supaya otak kambing x keluar ketika dimasak
Haaaaaaa... Ngeri tak?

Seekor kambing yang sudah dipotong 4
Macam kancil lak rupa kambing ni

Peralatan siang daging kepunyaan pakcik
Setiap pisau ada function sendiri
Ada yang untuk daging lembut
Ada yang sesuai untuk potong daging urat
Kapak tu pun memang khas untuk potong tulang
Jangan memandai ingat tu kapak tebang pokok plak
Hahhahaha
Kalau ada event pasal qurban or pasal binatang sembelihan memang pakcik la mastermind...
Pakcik juga tukang sembelih tau..
So.. Jangan main-main
🤭🤭🤭

Ni pakcik kata pakcik tengah keluarkan daging batang pinang dari tulang belakang kambung.

Haaaa... Ni cara pakcik keluarkan daging batang pinang kat tlang belakang kambing tu
Kata Pakcik, daging batang pinang ialah daging paling lembut dalam seekor binatang.
Hanya perlu masak sekejapan sahaja sudah empuk..

Aku ngam Haikal tulang potong daging yang sudah dilapah oleh pakcik
Best juga dapat potong daging
Sambil pakcik terangkan


Kena potong ikut lawan urat daging
Baru dagong midah empuk & lembut
Ko paham tak?
Kalau nak tahu kena buat baru paham

My cousin.... Haikal....
Kenduri kesyukuran kami berdua la..
Tengok la rambut Haikal
Haikal kata simpan rambut ni dah dekat setahun
Sejak habis SPM sampai habis PKP pun Haikal kata x nak gunting
Sampai dah boleh ikat.
Haikal kata dia lepas geram sebab masa sekolah kat asrama dia pernah kena botak kepala ngan cikgi disiplin sebab cikgu kata rambut dia panjang
Padahal Haikal kata rambut dia x panjang pun, baru lepas gunting jer
Tapi dia x melawan la
So, cikgu botakkan kepala Haikal dan beberapa  orang kawan dia yang lain.
Sebab nak balas dendam kat rambut yang kena korban tu
Haikal kata lepas SPM jer dia terus simpan rambut x gunting-gunting lagi dah sampai sekarang
Sampai dah boleh ikat ngan getah rambu🤣
Biar kalau jumpa cikgu disiplin tu nak tengok apa kata cikgu disiplin tu
Kalau cikgu berani usik lagi rambut cousin aku ni..
Masa tu biar aku plak gunting rambut cikgu tu..
Amboiii.. biasaaaaaa diaaaaa... 😁😁
Hahahaha
Ko aser kalau jumpa apa cikgu tu akan buat...? 🤭🤭
Tapi apapun sebelum September nanti Haikal kata dia terpaksa la mengalah
Kena la juga korbankan rambut kesayangan dia sebab bulan September ni Haikal akan bergelar Bakal Guru...
Haikal terpilih ke salah sebuah IPG
Bakal cikgu!!
Haaaa.... Jom kita sep ramai-ramai
Kita doakan Haikal plak jadi Guru Disiplin bila posting nanti🤣🤣🤣🤣🤣



Dah.. Jom siapkan potong daging
Nak masak lepas maghrib
Lepas iftar sunat Hari Arafah...
Esoknya nak raya


Kambing ni fav aku la...
Fav mak aku juga
& pakcik juga
Abang pun suka tapi abang x dapat balik
& Haikal aku x tahu la dia sula kambing ke tak..
Aqil x suka
Nenek, achik dan kakak memang x makan kambing

Ni bahagian tulang kambing
Telah disiang oleh pakcik sebab aku ngan Haikal x pandai potong tulang dengan kapak..
Nenek & achik siapkan bahan

KURMA SEEKOR KAMBING
1 ekor kambing-siang dan bersihkan
2 paket besar rempah kurma daging
(250gm x bungkus=500gm)
10 biji kentang - setiap satu belah 4
10 biji bawang besar-setiap 1 belah 8
10 biji cili merah-belah 2
10 cili hijau-belah 2
1/2 kg santan pekat
5 biji limau nipis(ambil jus secukup rasa)
1/2 cawan garam(ikut masin)
1/2 kg minyak masak

Bahan Tumis :
30 biji bawang merah-hiris
20 ulas bawang putih-hiris
2 ketul besar halia-mayang
5 batang kulit kayu manis
1/genggam bunga cengkih
15 kuntum bunga lawang
1genggam buah pelaga
2 helai pandan
Segenggam daun kari


1. Gaul daging kabing bersama semua bahagian kambing dengan serbuk rwmpah kurma. Tambah air sekadar untuk sebatikan rempah & kambing. Perap lebih kurang 1/2 jam supaya sebati

2.Panaskan minyak & tumis semua bahan tumis hingga harum & bawang garing.

3. Masukkan kambing yang digaul rempah kurma tadi

4. Masak hingga keluar air kambing & biar mendidih hingga naik minyak

5. Tambah sedikit air biar mendidih hingga daging empuk

6. Tambah kentang & santan & campur air secukupnya untuk kuah kurma & masak hingga kentang empuk

7. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau & garam, gula perahkan jus limau secukup rasa.
Masak api perlahan beberapa minit supaya kuah pekat & naik minyak

8. Sesuaikan rasa

Proses masak kurma kambing


Masukkan kentang

Haaaaa... Yang seketul dalam kurma tu la kepala kambing....
Berbalut dengan tali perut kambing
Haaaaa.....
Tu fav mak aku tu..
Mak aku habiskan kepala kambing tu

Kerja-kerja mengaut kurma kambing pagi raya nak bawa balik kampung


2 comments:

  1. Hiiii.. ngeri plak tengok kepala kambing tu lama2, macam mumia.

    Tahniah, Haikal.. bakal cikgu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Kiter pun takut nak makan..
      Sorry baru sepat reply komen

      Delete