My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 24 May 2016

HOMEMADE KAYA (COCONUT & EGG JAM)

Homemade Coconut & Egg Jam..
Hahahaaa...senang cakap ...homemade Kaya la...
Mak aku masak masa nak makan ngan Pulut Bunga Telang..



Lemak berkrim & manisssss...
Aku x boleh nak makan banyak sangat..
Tapi mak aku makan neria-ia sungguh..


Berkrimmm....sekarang masih ada separuh botol lagi dalam peti ais..
Kata mak aku..kena simpan dalam peti ais sebab homemade xde letak pengawet macam yang jual kat kedai..


HOMEMADE KAYA
4 biji telur ayam
1 keping gula melaka
3/4 cawan gula
2 daun pandan
1kotak santan / 1cawan santan pekat

1. Pecahkan telur  & kacau bersama gula,gula melaka ,daun pandan hingga gula hancur.



2. Tambahkan santan pekat & kacau hingga sebati

 3. Masak atas air mendidih (double boiler)...
    ** Mak aku kata nak senang...isi air dalam rice cooker & biar mendidih..
         Letak kuali yang berisi bahan kaya yang dah dicampur rata tadi & kacau tanpa henti hingga semakin pekat.


4. Kacau hingga pekat..

*** tekstur kaya ni ..masa ni x la berkrim sangat....ia akan jadi macam x berapa sebati sebab telur ni x campur tepung.Untuk dapatkan kaya yanng halus berkrim...bila dah sejuk blend & masak semula hingga mendidih...



 5. Mak aku kata tengok chanel 703 ... Bake With Anna Alson ....lepas masak homemade kaya ni biar sejuk & blend supaya jadi halus & berkrim....


6. Jika nak simpan dalam botol..cuci botol dengan air panas & lap hingga kering.
   
*** Mak aku kata resipi yang mak aku buat ni boleh dapat 1 1/2 botol jem ni...
So..lain kali kalau nak buat lagi.. double siap2 bahannya supaya dapat 3 botol...senang nak bawa balik kg ke..nak bagi jiran ke..bagi kawan ke...









No comments:

Post a Comment