My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Sunday, 1 November 2026

BUAT TUNA SPREAD

 Sejak cucunda sorang ni dah pandai makan nasi dan lauk..saya memang willing nak masakkan lauk untuk Sarah setiap pagi.Lagipun memang pepagi akan tanak nasi sesiap & masak sekurang-,kurangnya satu lauk untuk isi rumah.Siapa yang ada,siapa yang balik kerja belum makan,sekurang-kurangnya dah ada nasi dan lauk.Sesambil tu la masakkan lauk untuk bekal Sarah ke rumah pengasuh.

Biasanya dada dan fillet ayam jadi pilihan u tuk masak sup,kicap,stew dan goreng kunyit.Sesekali tukar menu ikan tenggiri,isi udang dan telur.Pernah beberapa kali cuba bagi salmon tapi nampak Sarah tidak menyukai salmon( Alhamdulillah🤭🤣)Buatnya dia nak salmon je taknak lauk lain ..hah sudah!!

Beberapa kali mencuba ikan tuna segar & ternyata dia suka..dimasak sup,dipindang dengan bendi ,dimasak kicap maupun digoreng,semua dia suka.Cuma nak dapatkan ikan tuna pasaraya dan pasar basah dekat rumah saya takda jual ikan tuna.Yang ada hanya tongkol putih dan tongkol hitam Dulu saya sangkakan ikan tuna dan tongkol tu ikan yang sama.Tapirulanya ternyata salah.Cuma .er3ka dari keluarga yang sama termasuk juga tenggiri.Ada beza dari segi kulit luar dan ras.Namun masing masing ada keistimewaan dan peminat masing-masing.Ikan tongkol hitam memang kesukaan say,tapi memandangkan isinya agak berserat,saya memilih tuna untuk Sarah.Nak  dapatkan ikan tuna perlu ke pasaraya lain yang gak jauh dari rumah,tapi berbaloi Biasanya saya memilih ikan tuna yang saiznya sekitar 2 hingga 3kg .Ada yang saiznya hingga 5kg seekor tapi tidaklah dapat menandingin sais tuna yang pernah saya tengok di Pasar Tawau yang saya pernah bandingkan sebesar bas🤣 & mak saya pula sacap ikan tuna tu sebesar anak lembu.Hahahaa...ni kalau kami dapat tengok tuna di Jepun yang sebesar kapal tu mau pengsan kami...hahaha.Masih terbayang kesedapan tuna Tawau yang pernah saya masak kari di rumah Adah dulu..Apa lagi nasi kuniing Mak Hajah yang berlaukkan sambal tuna...

Hari Khamis saya beli lagi sekor ikan tuna seberat 2kg++ dapat la dalam 10 kepong setelah 2 jari.Selain untuk stok lauk Sarah...saya juga dah plan nak cuba buat tuna spread sendiri..Dulu saya pernah buat guna ikan tongkol hitam.Macam ada bau hanyir sikit mungkin sebab gaul semua isi hitamnya.Kali ni try guna ikan tuna rebus & buang hitamnya..

Wei....sedap wei....lagi sedap daei tuna spread dalam tin yg readymade tu...Cucunda Sarah bokeh habiskan semangkuk kecil(mangkuk sos) makan dengan sebatang batang sadri kecil...



Saya guna 2 keping ikan tuna lebih kurang 450gm...


HOMEMADE TUNA SPREAD
2 keping tuna segar +-450gm
½ bawang besar -cincang
1 biji limau nipis( jus)
4 sudu mayo kewpei
2  sudu yougurt perisa asli
1 sudu teh lada hitam/,lada putih
chliiy flakes( saya tak letak sebab taknak pedas)



1. Rabus ikan tuna dengan 2 asam keping & 1 sudu teh garam.Rebus hingga masak

2. Leraikan isi ikan dan buang isi hitam.Hanya ambil isi putih sahaja..ramas hingga hancur


3. Campur semua bahan lain dan sesuaikan rasa.




Siapppp....dapat banyak ...


Ni gambar kat dapur...agak gelap...





Untuk Sarah...

Suara Sarah tengah pelawa mommy dia makan tuna spread...
Acunya,pun kemain suka makan...

Nak buat sandwich tuna takda stok roti...Makan kami makan dengan batang saderi sahaja..Ada simpan sebekas dalam peti ais...nanti nak buat isi wrap @ makan dengan telur rebus pun sedap ni...


Thursday, 29 October 2026

PERNAH MAKAN BIKA AMBON?

 

Bika Ambon ..
Antara kuih Indonesia yang saya suka...
Bika Ambon ni kalau tak salah ingatan saya...kali pertama saya tahu tentang kuih ni daripada majalah-majalah sekitar tahun 80-an.

Dulu kalau dapat membaca majalah Wanita,Jelita,Nona,Saji dan sewaktu dengannya...memang heaven

Kaitannya ialah dalam bebanyak resipi dan gambar masakan,saya pernah terbaca resipi dan gambar  bika Ambon ni.

Memandangkan saya ni salah seorang  peminat mata pelajaran Sejarah dan Geografi,maka pernah jer baca buku Sejaran dan lihat peta serta tahu tentang Pulau Ambon  tu adalah salah satu pulau berhampiran kepualan Sulawesi di negara Indonesia.Tapi saya tidak pasti sama ada memang kuih yang satunini memang berasal dari Pulau Ambon atau sebaliknya.Yang pasti masa tu saya selalu terbayang suatu hari nanti saya akan dapat makan kuih ni...in shaa Allah

Tapi dulu hanya tengok gambar dalam majalah sahaja tapi tak lernah cuba buat dan tak pernah rasa pun bika Ambon ni.Apapun jiwa pemakan macam saya ni,saya boleh saja bayangkan rupa dan rasa seakan kek sarang semut beraroma daun limau purut.Itu hanya bayangan dalam fikiran saya.



Pertama kali.makan bika Ambon ketika mengunjungi Padang & Bukit Tinggi  sedikit masa dulu.Saya beli berkotak-kotak bika Ambon  kuning dan hijau sebagai buah tangan untuk keluarga dan rakan sekerja..

Masa ni la timbul tanda tanya...kuih ni asal dari Pulau Ambon atau Medan?


Sayangnya masa tu tak ramai yang tahu cara menikmati bika Ambon ...Kebanyakan buka sahaja kotak terus potong dan makan.Maka teksturnya terasa  sedikit keras dan mudah patah serta seakan mentah..

Saya pernah memesan bika Ambon ni supaya kawan Cella (student dari Padang) belikan saya kuih ini semasa ia pulang ke Padang & Alhamdulillah sangat sedap.
Syaratnya bika Ambon ni harus dikukus atau dimasukkan dalam microwave hingga panas aupaya kuihnya lentur,kenyal dan sedap dimakan..


Ini saya baru beli beberapa hari lepas kat TT..Buatan tempatan
Berserat cantik dan harga juga dikategorikaj murah berbanding beli diseberang.


Cuma packaging simple sahaja dan tidaklah kemas dan menarik sepert4i bika Ambon Medan.Dari segi rasa,bagi saya yang ini sedap lembut lemak manis,cuma tiada rasa rempah ratus dan daun limau purut.Mungkin disesuaikan dengan selera tempatan.Tapi bagi lidah saya,saya lebih suka bika Ambon yang ada bau daun limau purut tu..




Tuesday, 27 October 2026

BUAT KETUPAT PALAS RENDANG AYAM CILI KAMPUNG



Weekend kelmarin saya buat ketupat palas.Dah lama teringin nak makan ketupat palas.Tiap kali balik kampung,pasti adik  jantan sorang tu akan ambilkan seberkas daun palas(pucuk palas) untuk zaya bawa balik KL.Tapi dari 10 kali bawa balik kadang hanya sekali jadi ketupat.Selwbih ya dalam banyak keadaan daun terbiar kering.Bukan susah sangat nak buat tapi nai cari mud dan kerajinan tu yang payah.hihihj


Hari minggu Ahad,bangun sesubuh pagi,rumah saya dah beraroma hari raya....


Saya buat ketupat palas...Dapat dalam 50 biji 



Mangaron santan dan pulut.



Daun palasnya banyak jer..Tapi tak.rajin nak buat bebanyak...Buat sekilo pulut sahaja...


Dah kering dah pangkal daun palas tu



Dapatlah lebih kurang 2½kg ketupat siap masak.
Lebih kirang 50 pcs.
Bilangan ketupat tu bergantung kepada saiz.
saya buat saiz sedang-sedang.Saya juga balut ketupat tu Kelantan style...Beberapa tahun kebelakangan ni saya lebih suka balut ketupat cara Kelantan.Rasa macam lebih mudah dan lebih kemas.Kalau balut Kedah style kadang saya tak pandai nak seimbangkan bucu kiri dan  kanan tu..Rasanya skill balut ketupat Kedah dah makin menipis dek kebiasaan dok balut Kelantan stlye...hihihi..
Untuk dapatkan 2.5kg ketupat ni 
Modalnya:
1 kg pulut...
½ kg santan pekat tanpa air
½kg air(+-2 cawan)
1 sudu garam & 1 sudu gula
1 helai pandan

Pulut tu Achik bagi 5kg pulut Siam masa balik Cuti Merdeka.Achik beli kat Padang Besar 


Sebenarnya sebelum masak ketupat..Saya dah siap "buka" daun palas sejak hari Sabtu .Buka tu mean kembangkan daun pucuk palas yang masih kuncup..gulung-gulungkan dan buat kelongsong yang kosong supaya daun kembang dan mudah nak isi pulut.

Baru ni saya ada nampak sorang Youtuber / tiktoker Siam dari Sik buat ketupat palas guna daun palas hijau tapi yang masih agak muda.Nampak macam best senang nak balut sebab dah sedia kembang.Nanti kalau balik kampung lagi nak try guna daun palas kembang tu tengok apa hasilnya..

Asal plan nak buat ketupat ni hari Sabtu tapi Sabtu ada urusan di tempat kerja hingga tengahari..Nasib baik juga sempat sampai pasar sebelum pasar tutup.Dapat la veli santan segar.Nak buat ketupat palas ni kena guna santa. segar.Kalau santan kotak dia tak pecah minyak & rasanya juga lain.

Kalau ada yang nak rujuk resipi dan cara buat boleh KLICK SINI....


Pepagi semalam seusai mandi & subuh...sekitar 6.20 saya dah merendang ayam.



Sekor ayam agak besar lebih kurang 3kg juga berat.Sebabnya masa singgah pasar nak beli santan  hari Sabtu dah menjelang tengahari..Yang tinggal hanya ayam yang oversize jer...ambil juga sekor.



Semangkuk cili padi..Saya tambah dengan cili kampung dari kebunan tempat kerja...Huii...kemahen pedas melahar


Bahan kisar pertama....bawang bawangan,lengkuas,serai & halia.
Patutnya masuk kunyit bersama..Tapi saya sayang blender takut kuning.Maka saya guna serbuk kunyit sahaja & masukkan kemudian.


Cili padi kisar.Agak banyak penggunaan cili padi.Hampir penuh blender...



Dah tambah kunyit....
Biar mendidih bagi kering sikit & bagi cili tu masak 




Sekor ayam tapi berat 3kg macam 2 ekor jugaklah kiranga...


Bila masuk ayam....jus ayam keluar menjadikan kuah kembali cair


Dah bak kering + daun kunyit & biar mendidih perlahan hingga naik minyak
Untuk rendang ayam cili padi ni boleh rujuk resipi & cara masak KAT SINI....


Kuali berebut space  atas dapur..Telinga kuali tak boleh nak letak elok ...kena senget benget baru boleh muat...hihihi
Yang sebelah tu tengah jerang santan untuk ketupat..



Minyak berladung....sebab guna santan fresh yang dah beku.Masukkan sekejapan sahaja dah pecah minyak...Kelebihan masak rendang guna santan segar yang pekat membuatkan rendang cepat pecah minyak tanpa perlu tumis..Itu yang dinamakan rendang.Maksudnya masak dengan santan hingga naik minyak.Selain tu rwndang menggunakan santan segar lebih sedap kerana ada lemak manis aslinya..Tapi kalau takda stok santan segar,saya guna sahaja santan kotak.Cuma bahan kisar kena tumis supaya nanti naik minyak.Nak harap santan kotak tu pecah minyak lambert lagi....hihihi




Skil buat ketupat palas masih ada.Rasa ketupat palas ni pun kalau bagi mak rasa..masih lulus.Cuma bab balut ketupat palas versi utara skil dah makin hilang..🤭




Nampak Adah tengah makan snap la sekali lalu...hihihi
Alhamdulillah ketupat air tangans aya masih ada rasa macam air tangan mak walau tak sepenuhnya..Ketupatnya kenyal ,padat dan sedaging kata orang tua-tua ...



Saya panjangkan sikit kepada jiran dua orang  bujang terlajak sebelah rumah ni..Dah lama tak merasa masakan depa.Dulu depa rajin masak masak & dapatlah merasa air tangan depa.Tapi sejak salah seorang dari depa diuji kesihatan,tak dengar lagi dah depa menumbuk cili dan tak dapat  cium lagi aroma masakan depa.Cuma sesekali jika ada bunyi suara mereka dinluar rumah,sesekali saya tinjau melalui cctv & nampak salah sorang  menyorong wheelchair rakannya.Tahulah saya  mereka nak ke pusat dialisis.Sebelum ni ada beberapa kali bertanya khabar mereka..Satu perkara yang saya nampak dari persahabatan mereka berdua bahawa masih ada insan berhati mulia,sanggup menjaga dan merawat rakan serumah yang sakit walaupun bukan darah daging.Menyaksikan persahabatan mereka duduk menyewa serumah  sekian lama dari sihat hingga diuji kesihatan..Masya Allah...semoga Allah kirniakan kesembuhan dan mudahkan urusan  mereka.
Begitu juga dengan mak saya nun jauh di Kedah...Semoga Allah kurniakan kesembuhan kepada mak dan mudahkan urusan Achik..Amiinn....