Tuesday, 24 October 2023

PISANG GORENG vs BAYAM CELUP TEPUNG DIKALA HUJAN TURUN


Pisang goreng vs Bayam celup tepung.....juga secangkir kopi O panas...



🎼🎡Hujan turun waktu senja 
Ku termenung dijendela
Terkenangkan kisah lama
Pertemuan yang pertama..
Sungguh indah...dan mesra🎡🎢

Ada yang ikut nyanyi ke tu...hihihi


Dah hujan ni,perut pun turut menyanyi lagu keroncong.


Kita goreng la pisang raja .



Ada beli sayur bayam..Lebar-lebar daun dia...Kita celup dalam tepung pisang goreng tu...


Jadilah pisang goreng & bayam celup tepung...
Bancuh Kopi Tenom kiriman kekanda Amie....
Layann....
Alhamdulillah.....


KAMBING SLICES MASAK KARI

 Bulan ni kan kat rumah saya "Bulan Kambing"🀭


Awal pagi tadi memasak Kari Kambing...
Kebetulan hari ini saya cuti...
Cella pula balik sejak hari Sabtu..
Patutnya semalam dia balik kolej..Tapi bila bagitau mak dia cuti...laju ja dia "offer" nak balik pagi ni...dengam syarat hantar terus ke kelas & includ bekal lunch...hihihi
Kita pun malam tadi dah keluarkan kambing yang memang beli dok simpan tunggu dia balik.
Keluarkan 1 pack kambing beku ada 6 slices.

KARI KAMBING SLICES
6 keping kambing(+-1kg)
3 sudu rempah kari daging
3 sudu rempah kari ikan
¼ kotak kecil santan Kara + 1 cawan air
6 biji kentang- belah4
2 biji tomato masak - belah 4
10 cili padi hijau
1 sudu teh pes asam jawa
1 sudu gula melaka
minyak,garam,

Bahan Tumis:
1 bawang hollad-hiris
3 bawang putih -ketuk
1 ketul halia-mayang
3 tangkai daun kari
3 sekawan(kulit kayu manis,bunga lawang & buah pelaga)

1. Rebus kambing sekeping-sekeping tanpa potong.

2. Panaskan minyak anggaran ½ cawan dan tumis bahan tumis hingga harum 

3. Masukkan kedua-dua rempah yang dibancuh dengan 2 cawan air.Masak hingga naik minyak.

4. Masukkan kepingam kambing bersama air rebusan & juga kentang.Masak hingga kentang empuk.

5. Masukkan tomato,cili hijau dan santan.Perisakan 

6. Masak hingga semua bahan empuk dan sesuaikan rasa.

7. Kecilkan api dan renih dengan api perlahan beberapa minit supaya kuah naik minyak.


Rempah tumis dah garing,kita masukkan kambing bersama air rebusan & kentangnya...


Bila kentang dah agak empuk,kita masukkan pula santan,tomato dan cili hijau



Biar mendidih & perisakan.Sesuaikan rasanya


Seperti biasa kalau masak kari,proses akhirnya saya akan ikut petua mak.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik...


Menjelang 7 pagi.....siap kambing masak kari...Nasi pun dah siap tanak...
Cella bawa bekal 2 bekas nasi dan 2 bungkus kari kambing...Nak makan kongsi-kongsi dengan kawan kelas masa lunch katanya...
Anak jantan sorang tu pun nak bawa bekal nasi juga sebab nampak kari kambing ni,...hihihi
Sayangnya dek kalut takut depa lambat...lupa nak snap bekal depa...hihihi

Terus gerak ke UPM hantar anak dara tu.




Dia dah masuk kelas....
Masuk ja kereta....tutup ja pintu..
Ting...ting...ting....
Ingtkan pintu tak rapat....
Dah ulang tutup ada lagi bunyi..
Ting...ting...ting...
Check bonet pun ok ja ..
Bila lepas handbreak ..masuk gear...ok dah tak bunyi...
Jalan sikit..tak sedap hati pula..
Berhenti sekejap..free gear & tarik handbreak..
Ting...ting ..ting...
Ish..pasai pa la pulak..
Sekali....Nah..!
Tengok kat dashbord berkelip-kelip 



"no key"
Baru teringat tadi Cella yang pegang kunci kereta...

Nasib baik tak terus drive balik.Buatnya singgah memana,matikan enjin...Nak hidupkan balik dengan apa?
Kalau tidak..haru jugak...

Terus call Cella..dia tak jawab..tapi dia whatsApps tanya kenapa..
Bila tanya kunci..haaa,memang ada kat dia.
Dia minta tunggu lama sikit sebab baru masuk kelas,ada presentation pulak..Dah la sampai lewat 10 minit...nak excuse pulak...
Duduk la dalam kereta menunggu dia..Nasib baik belum matikan enjin,dapat la dengar radio & pasang aircond..
Tak lama lepas tu nampak kawan kelas dia terjengul tepi tingkap...
La....dia minta tolong kawan yang dah lama masuk kelas tolong  excuse " nak ke toilet" padahal keluar hantar kunci kereta...hihihihi
Alhamdullah,Allah mudahkan urusan.



Sampai rumah ja celapak cedok nasi...hihihi
Bismillah.....jemput makan


Monday, 23 October 2023

FUFU PISANG SAYUR BAYAM ALA AFRIKA

 

Semalam ..Sabtu...
Dalam kesihukan,saya masak Fufu Pisang


Buat Fufu Pisang ni sebab minggu lepas dah  masak FUFU UBI KAYU.
Kerana sedapnya fufu ubi kayu tu...minggu ni saya mencuba pula fufu pisang.Fufu pisang saya selalu tonton dalam Africa  documentary dulu-dulu selalu nampak masyarakat depa banyak tanam pisang.Selepas tuai mereka tidak peram hingga masak sebaliknya buah -buah pisang yang belum masak tu  dikupas kulit dan dijemur hingga kering.Kemudian,ditumbuk lumat menjadi tepung.Tepung pisang tu rupanya menjadi stok makanan utama mereka.Tepung pisang dimasak dimasak macam bubur kental dan dimakan dengan minyak kelapa sawit dan lauk pauk lain.

Masa tu taktau nama dia fufu...Sekarang banyak info hanya dihujung jari..Baru tau bahawa itu dinamakan fufu..Boleh dibuat menggunakann pelbagai bahan yang sesuai..Ada fufu ubi kayu,fufu pisang,fufu ubi keladi,zuchini,labu dan banyak lagi versi gabungan lebih dari satu bahan.


Teringin nak makan pisang goreng .
Cari pisang nipah takda pulak yang masak ..Ada pisang belum masak je.
Ambil 5 biji RM3.25...
Cukup lah 5 biji nak buat fufu pisang...


Kupas kulit pisang...
Tebal pulak kulit pisang ni ...isi coet jer...hihihi


Hiris-hiris isi pisang..untuk blend dengan sikit air .



Dah blend tuang dalam kuali...senang sikit nak mengacau.


Coet ja...hanya 5 biji pisang


Kacau hingga pekat...
Bau macam pisang rebus..
Walau dah pekat masih kena kacau lagi hingga betul-betul kental 



Lebih kurang 20 minit mengacau....sebab pisang sikit ja..Kalau banyak kena la kacau lama..
Dah sejuk bungkus dalam plastic cling bagi jadi bulat...Dapat la 2 ketul sebesar  penumbuk baby..hihihi

FUFU PISANG
5 biji pisang nipah( yang belum masak)
( sebaiknya guna pisang nangka @ pisang tanduk)
1 cawan air

1. Kupas dan potong pisang .Blend hingga betul-betul halus dan creamy

2. Masak atas api hingga pekat  sambil dikacau tanpa henti agar tak berkerak.

3. Tambah sikit garam dan terua kacau hingga kental.Biar sedikit sejuk baru dibentukkan bulat dengam membunjut dalam plastic cling..
Hidangkan dengan sayur bayam.



Saya tiada sayur bayam Afrika...
Bayam Malaysia pun takda...Saya gantikan  dengan sawi.
 
SAYUR BAYAM ALA AFRIKA
(Saya guna sawi)
1 ikat sawi
1 ketul daging /dada ayam- cincang
1 biji tomato merah
5 cili padi merah(saya nak pedas)
2 bawang putih
minyak,garam,gula

1. Hiris sayur seperti bunga rampai yang agak kasar 

2. Panasakan minyak dan tumis bawang putih serta cili padi.Masukkan daging ayam cincang

3. Bila harum baru masukkan tomato cincang & masak hingga tomato lembut dan hancur.

4. Masukkan sayur dan balik balikkan hingga layu.Masak hingga lembut.

5. Perisakan dan sesuaikan rasa.


Sayur dipotong seperti bunga rampai tapi agak kasar sedikit 


Tumis bahan-bahan


Masak hingga tomato hancur



Masukkan sayur.



Masak hingga sayur lembut dan sebati


Perisakan ...Siap.

Hidanglah dengan fufu pisang



Alahamdulillah.....sedap dan mengenyangkan....Selera takak saya  meerasakan fufu ubi kayu lagi sedap..Tapi fufu pisang juga tidak kalah dan in syaa Allah saya akan cuba fufu menggunakan bahan lain pula..


Tekstur fufu pisang masakan saya ....
Lain kali saya akan cuba menggunakan pisang nangka pula yang saya yakin lebih sedap..in shaa Allah..


Syukur Alhamdulillah.....
Rupanya pisang dan bahan alami lain boleh dipelbagaikan sebagai makanan yang lazat..Tidaklah Allah jadikan sesuatu malainkan ada kegunaan dan hikmahnya...