Tuesday, 30 September 2025

MAKAN NASI PADANG DI RESTORAN BUMBU BABAH

 Hari minggu kelmarin...hari Ahad ajak Cella keluar sarapan kat luar..Hajatnya nak pi cari sarapan kampung kat erea Puchong...


Tapi biasa la ...itu ini begitu begini...dah pukul 10++ baru keluar rumah...Nak sarapan macam dah alang,-alang...

Akhirnya tukar plan pi ronda-ronda dulu ..pastu  lunch terus.



Lunch Nasi Padang..



Cella cakap ada restoran nasi padang kepunyaan Ajak Shiro banyak branch kat KL ni...
Katanya sasaran depa nak buka 25 cawangan sebelum akhir tahun ni..
Semoga Allah maqbulkan niat depa & mudahkan urusan ..Seronok tengok orang kita berbisnes...

Kami  makan ni @ Restoran Bumbu Babah cawangan Seri Permaisuri .



Menu yang ditawarkan..
( klick gambar untuk nampak harga lebih jelas)
Cara order kat sini:
Masuk terus beratur kat tempat lauk...Tengok menu & terus pilih nak set yang mana...Semua set tapi boleh add on contohnya  Cella amik Nasi Padang Set Gulai Urat..tapi dia add on Keropok Jangek( keropok kulit lembu) 
Saya pernah makan keropok jangek sebelum ni...bau hamis lembu dia kuat giler...Tapi keropok jangek kat sini...sedap..takda bau pelik & yang Cella pilih ni,Keropok Jangek Siram iaiatu disiram kuah gulai minang.Ada jer keropok jangek plan tanpa siram.


Menu baru katanya ...
Saya  mencari kot kot ada Gulai Tembusu iairu gulai  usus yang diisi telur dan tauhu tapi sayang takda..



Akhirnya saya pilih  Nasi Padang Set Rendang Daging & Paru Gireng Memang set ni ada ada lauk rendang dan paru sekali.

Cella pulak pilih Set Gulai Urat iaitu gulai  urat keting yang kemyal tu..
Semua set nasi Padang memang semua akan disertakan sekali ulam daun ubi rebus,telur rebus,gulai kobis,sedikit sambal ijo dan sedikit sambal merah .Untuk makluman sambal ijo dia lagi pedas dari sambal merah yer...hihihi

Kalau dah makan Nasi Padang,nak bestnya kena order Jus Alpukat baru syok..Tapi konsep di sini.  semua minumannya adalah minuman botol dan minuman tin.Boleh pilih nak bergas atau tidak (Mungkin konsep depa nak jimat masa & jimat pekerja,tak payah ada tukang bancuh air...melambatkan proses & pelanggan pun kalau banyak pilihan banyak la songeh jugak kan🀭🀭
Bagus strategi depa tak open order minuman bancuh..hihihi
( tapi tak tau la kot saya tak peradan ada minuman boleh order)
Tepi casher tu ada peti ais minuman ..Sambil bayar harga nasi,ambil air bayar siap-siap.

Saya pilih Teh Botol sebab nak feel makan kat seberang kan .. 🀣 

Yang bagusnya dipenjuru restoran depa sediakan  macam ice cube  drawer& susunan gelas( plastic cup macam pasar malam tu) So boleh jer nak amik cup & ais banyak mana pun. Nak order air mineral kecil share 5 orang pun takpa .isi ais banyak-banyak kan?🀣

Keseluruhan kami makan:
1 Set Nasi Padang Rendang Daging & Paru Goreng
1 Set Nasi Padang Gulai Urat
1 piring Keropok Jangek
2 botol Teh Botol
RM40++ tak ingat harga penuh sebab Cella bayar...

In shaa Allah nak pi makan lagi.
Walaupun lauk pauk hanya dilonggok keliling nasi & tidaklah dalam piring piring kecil macam kat Padang tapi harus diakui...masakannya sedap pada tekak saya

Taktau sebab memang kami tengah lapar @ memang masakannya sedap...Kami berdua makan licin...🀭

Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH



Untuk video  " LUNCH @ BUMBU BABAH  " ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





Monday, 29 September 2025

MASAK PENGAT PISANG NANGKA

 

Semalam petang masak pengat pisang nangka...




Kemas-kemas dapur,nampak sesikat pisang...dah lebam pun kulitnya.
Asalnya beli pisang nangka tu hari Ahad minggu lepas nak buat pisang goreng...tapi sampai ke sudah tak buat pun...
Dah beberapa tahun mood memasak 
tenggelam timbul....☺️



Tapi,bila tengok isi pisang ni masih  elok dan layak dimakan..
Aroma masam manis gabungan bau pisang dan bau nangka juga memancing selera..Rasa sayang la pulak nak buang pisang ni..Dah la beli pun bukan murah ...hihihi

Tu yang akhirnya diolah menjadi pengat..

PENGAT PISANG  NANGKA..
10 biji pisang nangka
2 sudu sagu-rendam
1 kotak santan + 2 cawan air
1/2 cawan gula kelapa/ melaka
1 daun pandan
sikit garam

1. Hiris isi pisang nangka sederhana tebal

2. Masak pisang dengan air & daun pandan hingga mendidih.

3. Masukkan sagu & biar hingga sagu jernih.

4. Masukkan gula kelaap/gula melaka  & garam.


5 Masukkan santa kotak dan biar mendidih sekejap.esuaikan rasa

6. Angkat & boleh hidang panas atau sejuk....


Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu 

SEROJA PUTIH



Untuk video  " PENGAT PISANG NANGKA  " ni  boleh klick :
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



RUMAH BARU MAK

 Sebenarnya nak letak tajuk ni macam serba salah...takut disalah tafsir..

Selalu orang tafsirkan "rumah baru" sebagai "rumah abadi"...

( tak nak sebut) 

Tapi tajuk ni memang betul-betul tajuk..memang betul-betul rumah.Rumah mak di kampung.Rumah mean house ..bukan maksud lain.

Tapi maksud sebenar hanyalah nak  kongsi kegembiraan mak..


Rumah baru mak kat kampung...

Mak sangat gembira bila rumah kecil idamannya sudah tersergam dikampung halaman  berhadapan rumah lama mak .


Mak dah mula rindu nak kembali menetap di kampung setelah hampir 15 tahun tinggal di pekan.Setiap hari mak akan berulang alik dari 

pekan- kampung - pekan yang keseluruhan jarak pergi dan balik lebih kurang 40km.

Dalam tempoh tu beberapa kali juga mak terlibat kemalangan kecil bersama motorsikal.Hinggalah awal tahun ini mak minta Achik carikan contructor untuk bina rumah kecil untuk mak di kampung.

Dah lama mak merancang membaik pulih rumah lama tu kerana lantainya dimakan anai-anai.

Tapi memandangkna kos baik pulih hampir sama dengan kos buat runah baru...maka,mak & Achik deside buat saha rumah baru walaupun sedikit kecil berbanding rumah lama

Rumah kayu yang mak & arwah ayah bina dengan keringat dan air mata pada pertengahan tahun 80-an....masih ada di belakang rumah baru ni ...Asalnya mak nak robohkan tapi pastinya mak tak sampai hati kerana walau dimakan anai-anai tapi masih layak didiami...Cuma sahaja dijadikan setor simpan barang dan juga masih boleh jadi ruang tidur jika beramai balik kampung.


Bab rumah lama yang penuh kenangan tu kita cerita dalam enti khas rumah lama tu nanti. 
Hari ni just nak share rumah baru mak ni.



Proses bermula dari bulan Mei oleh Achik yang mencari contructor pembinaan...quotation...agreement  hinggalah kepada pembinaan.
Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan.
Achiklah yang banyak menyumbang baik dari segi ,masa ,tenaga dan kos.

Semua pun risau kerana mendengar banyak kes ditipu contructor

Tapi Alhamdulillah...Allah temukan Achik dengan trust contructor,dimana keseluruhan pembinaan hanya mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja.

Walau kecil tetapi keseluruhan kos ..dibiaya sepenuhnya oleh mak dan Achik...
Hasil jimat cermat mak dan separuh lagi  sumbangan tambahan Achik 
Saya pula bukannya  sumbang tapi 
" sembang" ja lebihπŸ™ŠπŸ€­


Proses masukkan perabut bilik ke-2


Bilik utama ..
Nampak kecik dari bilik 2 tapi hakikatnya bilik ni lebih besar.Di hujung kaki tu pintu bilik air 


Bahagian dapur comel mak..



Ruang tamu....menggunakan perabot dari rumah lama.



Anjung terbuka..
Tempat mak mengopinjika ada tetamu singgah


Tengok dalam group penduduk kampung mak....minggu lepas..jalan masuk kesurau dekat rumah mak dalam proses pelebaran..
Mak pastinya makin happy


Proses menggantikan calvert lama untuk proses melebarkan jalan..


Kalau pernah baca blog ni dari zaman cella sekolah rendah...Cella pernah upload aktiviti memancing bersama Mayah & the gang. Boleh baca old post MEMANCING DI PARIT - BESTNYA JADI BUDAK KAMPUNG.
Antara sebab rasa sayang nak tinggalkan  blog ni kerana banyak merakam dan menyimpan peristiwa dan memory untuk tatapan  kemudian hari.


Berbalik kepada rumah baru mak...
Pandangan dari belakang dapur..
Mak dah mula seronok dapat kembali menetap di kampung.
Melihat kebunnya setiap hari.
Bersama jemaah surau mengaji dan mendengar tazkirah di surau yang tak sampai 100 m dari rumah.


Sebenarnya ketika cuti Khas dan cuti Hari Malaysia lebih seminggu yang lalu,mak & Achik ada buat majlis baca yassin dan kenduri kesyukuran di kampung...
Akan saya kongsikan dalam entri khas untuk kenduri tu  nanti..in shaa Allah