Tuesday, 14 November 2023

KE SARAWAK SEMPENA CUTI DEEPAVALI

Lately ni asyik sibuk dengan entah apa apa urusan.Rasa macam tak cukup masa 24 jam dek ketidak bijaksaaan menguruskan masa.

Namun dalam masa yang sama Allah mudahkan urusan..Alhamdulillah..segala puji bagi Allah.


Bersiaran dari Bumi Kenyalang sempena Cuti Deepavali 2023..

Datang kuching ...wajib la kena ziarah dulu kucingnya...
hihihi



Hari Isnin anak jantan tu balik amik neneknya dari Kedah & Ahad kami fly ke Kuching...

Sakarang hari ke-3 kami di sini  dah melapasi waktu Asar  @ Bandaraya Kuching...kami masih berlegar di sekitar Waterfront...mencuci mata & mencari cenderahati....dan mengutip kenangan yang pernah tertinggal di sini🤭





Saturday, 11 November 2023

PETIK & BAYAR @DUSUN HUMPHREY UPM

Saya bersiaran dari UPM..



Tadi anak jantan tu share info ni.Kebetulan saya ada kat Bangi...
Tadi pagi hantar Cella pi UPM dia masih ada kokurikulum hari ni walaupun ramai yang dah cuti Deepavali..Katanya ramai kengkawan dia dah balik kampung.Tu sebab dia wajib pergi kerana nak cover rakan yang tak datang & untuk beli jiwa pensyarah agar tidaklah kecewa kerana ramai student yang tak datang..
Lepas hantar Cella terus bawa mak gi sarapan kat Bangi...
Dah 4 hari mak kat KL..
Lepas sarapan tadi  bawa mak ronda-ronda sat....Bila anak jantan tu share info petik rambutan tu...Terus drive ke UPM semula.

Saya ikut waze ja...taip ja Dusun Contoh Taman Pertanian UPM..

Alhamdulillah jumpa tempatnya..dekat dengan Gate 1 UPM.


Suka mak dapat petik rambutan dari pokok..


Pekerja siap tolong gergaji dahan...Seronok berebut setiap kali dahan buah yang digergaji jatuh ke bumi...
Bukanla berebut betul-betul... sebab banyak dahan yang digergaji....Seronok seronok berebut manja untuk rasa kemeriahan...
Boleh beli plastik beg besar dari pekerja situ...sehelai plastik beg 20 
en..Lepas tu isi la seberapa banyak nak...Nanti pi timbang & bayar



Nak kait sendiri pun boleh...Bagus ni memberi pengalaman menyeronokkan untuk anak-anak.


Seronok la jugak kalau bagi yang nak feeling2 petik rambutan kat kampung...

Pokok rambutannya banyak..Ada rambutan merah dan ada rambutan kuning...

Kami pilih rambutan kuning

Mak saya yang dok kampung pun seronok  berebut dahan rambutan yang dipangkas pekerja..
Boleh petik saja berkongsi dahan  & boleh juga tarik sendiri dahan yang jatuh tu dan bawa la jauh sikit kalau nak feel petik sorang-sorang🤭


Ni kalau tak salah saya namanya 
Antara buah nadir ni..rasanya manis tapi pada tekak saya tidak la begitu menawan selera keranan hanya manis semata..Kalau manis dan sikit masam atau kelat ke mungkin tekak saya suka...hihihi

Jom pi timbang.....
Kat tempat timbang ni ada juga jual kelapa muda...
ada nanas madu sebiji rm8
Ada buah tembikai susu juga..tak pasti berapa harga sebab tak tanya pulak..hihihi
Ikut mak,dia nak petik lagi rambutan ni..tapi mengenangkan esok nak gi jalan-jalan cuti Deepavali...hehehe

Untuk rakan-rakan sekitar Lembah Klang...kalau taktau nak pi mana hari ni..
.moh le petik buah moktan...hehehe
Ikut info kat poster tu bermula hari ni 11/11/23 hingga buah habis...


Monday, 6 November 2023

LAUK FROZEN MINGGU INI

 Lepas Asar semalam masak...

Lauk frozen minggu ini.
Banyak menu ulangan saja.
Masak yang anak jantan tu suka makan.



Sambal Udang Petai..

Kemudian masak Asam Pedas Ikan Pari..




Campur juga terung bulat yang dibelah belah dan goreng sebelum dimasukkna dalam kuah.




Sebenarnya masak asam pedas ni sekali harung dengan ayam bahagian dada yang dipotong-potong.
- Asam  pedas pari dengan terung

Dah cedok ikan pari  & terungnya..
Baki ayam dalam kuah saya tambah belahan buah tomato masak..Maka jadi la
- Asam pedas ayam dengan tomato


K
Kurma Kambing (lamb)  & 
Biri-biri( mutton,)







Yang daging nampak cerah berlemak sikit tu mutton.
Daging yang nampak gelap sikit tu lamb..

Saya masak 2 slices mutton dan 6 slices lamb .


Hasil bersilat di dapur lebih kurang 3 jam + nak mengemas sumua..
Penat la juga tapi tak  apa lah 
"Berakit-rakit ke hulu..berenang-renang ke tepian"...



Hasilnya...

Sambal Udang Petai - 2 bekas

Asam Pedas  Ayam + Tomato- 2 bekas

Asam Pedas Pari + Terung - 2 bekas

Kurma Kambing  - 3  bekas

Kurma Biri-biri - 1 bekas 

Sambal Bilis Tempoyak - 1 bekas