Sunday, 17 September 2023

NASI GORENG IKAN MASIN KACANG PANJANG

Sarapan pagi minggu 17 September 2023


Nasi Goreng Ikan Masin Kacang Panjang



🎼
Tukang masak kerejanya enteng,🎼
Bangun pagi masak nasi goreng,🎶
Campur cili campur ikan kering,🎶
Bila makan mata naik juling🎵
Memang sedap,memang lazat,
Kurang masin boleh tambah kicap🎼


🎼Nasi goreng sudah lah terkenal
Seantero dunia,seluruh negeri,
Oi nasi...oi nasi....oi number 1...🎶

Antara bait bait lagu yang  yang selalu dimainkan dicorong radio dan menjadi nyaian saya zaman kanak-kanak.Zaman tu saya hanya dengar lagu ni dinyanyikan oleh Kumpulan Black Dog Bone.Dah tua baru tau..tu lagu P.Ramlee....hihihi



Nasi Goreng Masin 
Buah Rambutan
Kopi



Saturday, 16 September 2023

CUBA MASAK KELUPIS

 Dah lama teringin nak masak kelupis yang terkenal di Borneo sana..


malam tadi gigih saya memasak kelupis..


Maka pagi ini bersarapan kelupis lah saya.Makan dengan sambal udang petai


Bertemankan secangkir kopi putih.

Dapat daun lerek di belakang bangunan tempat kerja..


Dapat saiz yang kecik ni memang ngam untuk buat bungkus kelupis.


Tak tau kenapa hujung daun tu membulat dan tidak meruncing.Mungkinkah daun lerek juga ada banyak spesis .

Saya masak kelupis ni seperti memasak ketupat palas.Cuma gantikan daun palas dengan daun lerek/nyirik

Saya agak ja ni daun lerek..
Entah betul entah tidak..
Orang Borneo boleh jawab?

Tapi kelupis dah habis masuk perut dah 🤣
Alhamdulillah selamat .

Melalui pembacaan tengok resipi dan cara masak macam juga ketupat palas.Cuma bungkus guna daun nyirik..

KELUPIS CARA SAYA
1 kg pulut susu
1 kg santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan(1 sudu rata) garam halus
1 sudu makan gula pasir
1 helai pandan
20-30 helai daun nyirik

1. Basuh beras pulut & toskan dalam tapis
(untuk hasil lebih kenyal, rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam) Tetapi boleh sahaja masak tanpa rendam


2. Campur santan & 3 cawan air & masak hingga mendidih. Sebaiknya guna kuali supaya mudah nak kacau


3. Tambah pandan, garam & gula


4. Masak sambil kacau supaya tidak meruap. Masak anggaran 1/2 jam hingga nampak santan agak pekat & nampak berminyak.


5. Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan.


6. Kacau tanpa henti hingga santan semakin kering & pulut bersalut santan dan sedikit melekit.Matikan api.

7. Bila agak sejuk,cedok 1 sudu besar pulut dan bungkus seperti membungkus lepat.Ikat dengan tali agar tidak terburai ketika direbus.


8. Masukkan dalam rice cooker dan isi air hingga kelupis tenggelam Rebus hingga air hampir kering.Angkat dan toskan.

ok m 

Membungkus  pulut yang sudah dimasak dengan santan san sikit garam.
Namapun percubaan pertama ..Ada silapnya kerana bila saya google ...rupanya saya salah letak pulutnya.
Sepatutnya pulut diletak pada daun tu sebelah belakangnya iaitu pada tulang daun.Bahagian licin ni sepatutnya bahagian luar...



Patut la nampak daun lerek ni macam kelabu sikit tak hijau terang.
Sepatutnya ni bahagian dalam..Yabg hijau terang tu bahagian luar.


Dah siap bungkus


Takda tali benang putih nak ikat.Hanya ada benang hitam...hihihi

Lupa nak snap pic masa tengah rebus...
Dah siap rebus lebih kurang 2 jam


Mari kita buka...


Alhamdulillah....
Rasanya macam dah jadi ni🤭
Sayang takda rendang bagai

Ni malam tadi...belum masak sambal udang petai..
Jadi saya makan dengan serondeng


Pagi ni masak Sambal Udang Petai..

Alhamdulillah....
Saya tak pasti cara saya masak. i betul atau tidak..Tapi yang pasti ianya sedap🤭



Thursday, 14 September 2023

MASAK WAJIK KENDURI

 Wajik antara kuih lama yang masih releven hingga sekarang terutama  untuk majlis istimewa.


Wajik air tangan saya dan Achik pada 30 0gos hari tu untuk buah tangan tetamu


Bacth pertama warna lebih cantik.


Batch pertama ni masak 7 kilo pulut dapat dalam 100++


Achik la banyak memerah keringat dalam banyak perkara yang nak dibuat.Walau keletihan tapi Achik tetap bersemangat nak buat itu ini.
Sejak beberapa hari sebelum kenduri memang Achik tak memang tangan...

Sampai luka-luka tangan kena tangkai sudip yang patah.Patutnya kami guna pengacau yang macam pendayung tu tapi takda..hihihi

WAJIK GULA MERAH
7 kg pulut
5kg santan + 2kg air
(patutnya guna 7kg santan)
3½kg gula merah( gula perang yang gelap)
3kg kg gula pasir 
½ kg gula batu
5 helai pandan
2 sudu garam

1. Rendam pulut semalaman @ minimum 4 jam.Kemudian kukus hingga masak.

2.Masak santan dan semua jenis gula serta pandan dan garam.

3. Masak hingga mendidih.Sentiasa kacau agar tidak meruap.

4. Biar mendidih anggaran ½ jam supaya pekat dan bertali.Cara mengujujinya,titiskan diatas piring kering dan bila di sengetkan piring,air gula tidak meleleh menandakan cukup pekat dan sudah boleh masukkan pulut.

5. Masukkan pulut dan kacau rata.Masa ni gula akan kembali mencair.Teruskan kacau hingga pulut sabati dengan air gula dan kental.Tempoh mengacau bergantung kepada kuantiti pulut.
Untuk sekilo pulut biasanya sekitar ½ jam.Ini untuk 7 kg pulut kami shot cut lebih kurang 1 jam sahaja mengacau kerana berat dan lenguh tangan..


6. Terus isikan dalam bekas ketika masih panas supayaudah mengendalikan.



Batch kedua saya menggunakan 5kg pulut.Untuk 5kg pulut boleh dapat 100 bekas jika isianya tidak penuh la..Batch ke dua ni  saya gunakan pula  resipi emak saya yang dikurangkan sedikit penggunaan gulanya.Warna sikit pucat sebab sukatan gula merah juga kurang,tapi mak saya memang jenis tak suka gula merah..tak tau pasai apa.Kalau buat kuih yang guna gula merah mak akan guna sikit saja gula merah...hihihi.
Kalau resipi saya ratio pulut,gula dan santan adalah sama banyak.Tapi resipi mak saya menggunakan ratio gula sedikit kurang dan menggunakan sukatan lama iaitu cupak dan kati.Bagi secupak pulut digunakan sekati gula dan 2 biji kelapa.Santan tiada sukatan kerana hanya berpandukan sukatan cecairnya sekadar tenggelam gula.Kalau dimetriks kan 
secupak =1kg
Sekati= 600 gm
Saya pernah share resipi tersebut dalam post
 

Kalau tekak saya yang cintakan manis ni....saya lebih suka la resipi saya..iaitui sekilo pulut ,sekilo gula dan sekilo santan pekat...lemak manis  dan kalori berganda la hihihi..

Lagipun saya selalu masak sikit saja sekadar sekilo pulut.Untuk resipi sukatan yang sikit biasanya saya mengggunakan ratio 1:1:1  untuk pulut,gula dan santan supaya lebih manis dan berlemak.

Contohnya untuk 1kg pulut,gula juga 1kg( campuran ½kg gula merah dan ½ kg gula pasir) Begitu juga santannya juga 1 kg...Gula batu anggaran seketul besar ibu jari dan garam secukup rasa.


Untuk resipi wajik gula melaka/gula merah sukatan sikit  boleh rujuk KAT SINI....BUAT WAJIK HANYA GUNA SECAWAN PULUT


Bagi yang tidak suka rasa gula merah/gula melaka boleh gunakan sepenuhnya gula putih.Rasa wajik pulut putih juga sangat sedap.Apa lagi jika diberi haruman pandan atau ditutup bersama bunga melur.Saya pernah masak WAJIK GULA PUTIH KAT SINI


Selain itu saya juga pernah masak  wajik yang pada saya ..saya rasa sangat cantik dan sedap iaitu WAJIK DELIMA....kat sini