My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Monday, 4 June 2018

WANTAN GORENG

Wantan Goreng ...
Kudapan iftar hari Sabtu ..
Bersama Kuat Teow Kungfu
Mmm...dah lama mak aku x buat Wantan Goreng


Wantan Goreng ni sedap..
Kalau makan panas2  cicah Thai Chilly Sauce..
Mmmm....sedap3


Sepinggan ni mak aku makan 3 biji..
Selebihnya aku makan..
Tapi aku tinggalkan kat abang skit...
Heee...


Hari tu nampak  Achik post pic ni kat Family Group
Wantan Goreng cucuk lidi
Mmm...tapi  warna dia lg cantik...
Tapi mak aku buat xde la cucuk lidi
Mak aku cakap Wantan Goreng ni antara kuih atau kudapan  yang senang dan cepat nak buat
Sesapa nak wat open house lepas raya nanti leh la masuk dalam list...
Nak buat birthday party ke...
Sebab sedap..

WANTAN GORENG
kulit wantan secukupnya

Inti:
1 keping dada ayam
1/4 bawang besar cincang
1 tangkai daun sup
2 cendawan kering direndam.& cincang
1/2 batang carrot cincang
1/4 sudubteh lada sulah
secubit garam



Isi ayam

Blend isi ayam dan campur dengan semua bahan inti yang lain


Bulat- bulatkan inti


Ambil satu helai kulit wantan dan masukkan seketul inti


Bunjutkan kulit wantan supaya inti tertutup


X perlu gam kerana bila gorengbkulit wantan xkan terbuka


Buat hingga selesai


Panaskan minyak dan goreng wantan berinti tadi


Goreng sampai garing


Toskan minyak dengan cara tonggengkan bunjut wantan supaya minyak tos


Siap...hidangkan bersama sos cili
Untuk pilihan inti yang lain boleh tengok Wantan Goreng kat sini...
Selain daripada wantan goreng dimakan begitu sahaja...
Wantan ni juga sedap dibuat sup macam
SUP WANTAN GORENG...kat sini...

KUEY TEOW KUNGFU

Kuayteow Kungfu...
Juadah Iftar hari Sabtu
Mak aku cakap kena masak simple jer sebab tengah fokus buat Biskut Raya
Kalau tengah buat biskut raya mana boleh masak yang complicated
Mak aku cakap  kalau buat Biskut Raya...x boleh la nam menyambil untuk masak
Sebab kang tangan dah ada bau ikan bagai....mana boleh campur-campur bau  nanti lekat kat biskut kan hang...
Yark....!!
Selalu kalau bukan bualn puasa...nak makan special kena weekend
Tapi kalau bulan puasa terbalik plak
Weekend & cuti Wesak memang hari mak aku Marathon buat Biskut Raya untuk tempahan kawan-kawan mak aku & kawan2 aku juga
Haaaa.....jangan x tahu...
Tahun ni aku still amik order kuih raya dari kawan-kawan aku...
Ingatkan sebab dah ramai juga reglar customer aku dah pindah sekolah  aku akan kekurangan customer
Tapi kalau dah rezeki dari Allah..
Rupanya tahun ni aku dapat ramai customer baru..
1 balang aku akan dapat komisyen RM2 dari mak aku
Mmm..kumpul-kumpul ...dapat juga la dekat RM50 komisyen
Heee...
Ada lagi yang nak order last minutes dalam minggu ni
Tapi mak aku cakap dah x sempat nak siapkan..
Tapi tahun lepas dapat upah lagi banyak...RM100
Sebab tahun lepas cuti seminggu...so setiap hari tolong  mak aku leakkan ceri..coklat chip dan nestum atas biskut...dapat la rm100
Tahun ni xde cuti...
Nuzul Qur'an jatuh pada hari Sabtu...xde makna sangatlah
Sib baik last week ada cuti Wesak




Dua pinggan Kuat Teow Kunfu
Untuk aku ngan mak aku iftar
Berpeluh makan
Sebab panas kuah dan pedas dari lada sulah


Dua pinggan Kuay Teow Kungfu
Untuk iftar hari Sabtu
Mak aku cakap nak masak Kuay Teow Kungfu idea dari berbual dengan  achik cleaner
Mak aku cakap achik cleaner tu cakap dorang masak Kuay Teow Kungfu
Sebab tu dapat idea nak masak yang simple ni
Habis buat Biskut raya dah pukul 6.30 baru mak aku masak
Mak aku cakap sempat siap sbelum azan maghrib
Mmm...aku kemaskan tempat  buat biskut
Angkat semua barang masuk kotak
Mak aku masak Kuay Teow Kungfu ni

+ plak ngan cili kicap
Memang beerapi
Tapi sedapppp

1 paket kuay teow dah dibasuh dan tapiskan
Pastu gaul ngn kicap



Panaskan 1 sudu minyak dan ketuk 1 bawang putih dan masukkan kuay teow yang dah gaul kicap
Masak sekejap sahaja hingga kuay teow lembut


Kay teow kicap goreng kosong masukkan dalam pinggan

KUAH
1 dada ayam-potong
1 batang carrot- potong6 batang babby corn
1 cawan  broccoli ptong
2 cendawan kering - rendam & hiris nipis
5 cili padi
1/2 kiub bilis
2 bawang putih
2 pokok sawi hijau
2 sudu minyak
1 sudu teh lada sulah
1 biji telur
1 sudu teh tepungbjagung + 1/4 cawan air

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih ketuk
2.Masukkan ayam dan goreng sampai nampak putih
3. masukkan 4 cawan air
4. Masukkan sayur carrot dan babby coer
5. Masukkan kiub bilis dan sayur sayuran lain
6. Masukkan tepung jagung
7. Masukkan telur kacau dan matikan api
8. Masukkna kuay teow kicap  goreg kosong dalam pinggan dan curahkan kuah
9. Hidangkan dengan cili potong + kicap

ISi ayam nak buat kuah


Sayur-sayuran untuk campur dalam kuah
Walaupun masakan ni simple
Mak akucakap ppenuh ngan khasiat sebab banyak sayur dan ada ayam


Tepung jagung dah bancuh dengan 1/4 cawan air untuk pekatkan kuah



Masukkan tepung jagung tadi dan kacau hinngga nampak sikit pekat kuahnya
Pastu pecahkan sebiji telur  dalam mangkuk dan kacau
Tuangkan telur tadi dala kuah mendidih dan matikan api dan cepat2 kacau supaya dapat juraian telur yang cantik dna pekat
Sendukkan kuah kedalam pinggan berisi kuay teow kicap kosomg tadi..

Sunday, 3 June 2018

SAMBAL PETAI IKAN BILIS

Sambal Ikan Bilis Petai
Sambal Petai Ikan Bilis..
Whatever lah nak sebut mana dulu pun..
Kalau petai yang banyak sebut la Sambal Petai
Kalau Bilis banyak sebut lah Sambal Bilis..
Ikut majoriti..
Sebab demokrasi..
Tapi yer ke...yang banyak tu kena sebut dulu..
Kadang orang cakap jer pasal demomrasi..
Tapi x pun...
Contohnya dalam kelas...
Dah majoriti dah setuju sesuatu perkara
Tapi sebab ada sorang ni x setuju...
Cikgu ikut jer yang sorang tu sebab dia murid kesayangan cikgu..
Tu belum kira yang meniru waktu axam bagai..
Benda depan mata...
Kalau bagitahu cikgu...
Kawan cakap kita jelous..
Tak boleh blag..
Silap2 cikgu cakap kita lak buat cerita..
Mmmm....demokrasi lah sangat kan....


xde kaitan pun ngam Sambal Petai ni...
Sajer...
Titiba nak luahkan rasa hati bersama sambal perai ni...
Hehehehehe...

Petai ni kalau nak makan eloklah hari Jumaat
Sebab ada spnd masa 2 hari
Sabtu dan Ahad untuk nuetralkan baunya


Kalau nenek...
Nenek suka buat sambal petai dengan kulitnya...
Tapi itu kalau petai fresh la..
Sebab kalau fresh...nenek kata kilit dia rapuh dan sedap kalau petai tu dimasak sambal beraama kulitnya..
Tapi kelemahannya nenek cakap Sambal x tahan lama...
Kalau x habis...dan esok dipanaskan  ..
Sambal akan jadi macam sedikit berlendir sebab kulit petai kalau masak lama akan berlendir  kerana bahagian putih pada kulit petai tu makin lembik...
Tapi kalau dah sedap makan jer lah sampai habis..
Xyah simpan..
Haaaa...xdelah nak berlendirnya


Kalau petai dah kecut..
Baik amik isinya sahaja...
Lepas tu kopek buang kulit biji petai
Pastu mak aku pesan...rendam dalam air supaya biji petai kembalik fresh....
Kalau musim petai banyak nenek akan masak Sambal petai setiap hari
Selalunya musim raya memang musim petai kat kampung nenek SAMBAL PETAI CILI API kat sini...


Mak aku cakap Sambal Petai Ikan Bilis semua orang pun tahu cara nak masak...
Mmmm.....so...
Baik aku cari link Koleksi Masakan Daripada Petai....yanv pernah mak aku masak sebelum ni...
Antaranya..
1. SAMBAL HIJAU PETAI
2. NASI GORWNG PETAI..
3. SAMBAL PETAI DENGAN BILIS TIN
Mmmm....banyak lah lagi...
Layan je pic masakan petai KAT SINI.....