Semalam petang masak pengat pisang nangka...
Kemas-kemas dapur,nampak sesikat pisang...dah lebam pun kulitnya.
Asalnya beli pisang nangka tu hari Ahad minggu lepas nak buat pisang goreng...tapi sampai ke sudah tak buat pun...
Dah beberapa tahun mood memasak
tenggelam timbul....☺️
Aroma masam manis gabungan bau pisang dan bau nangka juga memancing selera..Rasa sayang la pulak nak buang pisang ni..Dah la beli pun bukan murah ...hihihi
Tu yang akhirnya diolah menjadi pengat..
PENGAT PISANG NANGKA..
10 biji pisang nangka
2 sudu sagu-rendam
1 kotak santan + 2 cawan air
1/2 cawan gula kelapa/ melaka
1 daun pandan
sikit garam
1. Hiris isi pisang nangka sederhana tebal
2. Masak pisang dengan air & daun pandan hingga mendidih.
3. Masukkan sagu & biar hingga sagu jernih.
4. Masukkan gula kelaap/gula melaka & garam.
5 Masukkan santa kotak dan biar mendidih sekejap.esuaikan rasa
6. Angkat & boleh hidang panas atau sejuk....
Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu
Untuk video " PENGAT PISANG NANGKA " ni boleh klick :
👇👇👇👇
Kadang pisang ini kliatan kulitnya saja macam busuk hitam, tp dalamnya masih bagus 😄. Memang sayang nak buang kak. Dibuat pengat sedap. Kalo di sini sebutnya Kolak
ReplyDeleteSedapnya pengat pisang nangka... Dengan rasa pisang nangka tu yang unik..
ReplyDelete