Baru ni ..rakan sekerja saya ASP( Zura) esok pagi beliau akan bawakan saya buah belimbing buluh hasil panenan di belakang rumahnya...kilang air liur saya jadi productive🤣
Ni sambil menulis pun telan ayaq lioq baq hang...🤭
Padahal dulu-dulu kalau mak masak pindang ikan letak belimbing buluh ni atau buat sambal velimbing buluh....mmmm memang tak pandang...
Mungkin sebab mak masak ikut selera mak & Achik.Depa suka masak belimbing tu sekejap sahaja supaya bila makan masih rasa kerangupan belimbing buluh tu..
Tekak saya pula sebaliknya.Saya suka masak belimbing ni lama-lama hingga jadi lutsinar & biar beberapa ketika...lagi baik masak beberapa jam sebelum makan supaya belimbing menyerap rasa kuah atau sambal...
Masak dengan sardin jer....Tapi bikin makan menambah..Anak-anak makan kuah sambal sahaja bersama telur dadar garing...Saya pula mengutip belimbing sebiji demi sebiji...sudahnya..macam biasa..ikan tu esoknya jadi nasi goreng🤣
Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu
https://youtube.com/shorts/oWwhvyU15R0?si=9XUSeaP4dpm07x95
Sedapnya ya ampun! Terasa-rasa ikut makan sama.
ReplyDeleteKelmarin saya masak sardin tapi dengan sambal tuhau. Itu pun gabis licin tak tinggal minyak. Oh, sardin kenapalah engkau sedap sangat!
Ya rabbi...lama x muncul tetiba akak buat kami terliur..SA hari ni nak masak gulai sardin campur belimbing buloh ni...dapnyaa
ReplyDelete