Elok - elok sahaja sampai rumah angin kencang menerobos masuk melalui tingkap menerbotkan bunyi seperti siulan yang menyeramkan.
Ketika menarik daun jendela untuk ditutup tu sempat menjengah ke luar & nampak beberapa pohon sedang dipulas dahannya oleh sang ribut.Jelas didepan mata melihat ganasnya bila angin mengamuk.Tidak berani melihat lama terus membatu dalam bilik.
Hampir ½ jam mengganas...ribut berlalu ...
Namun kesan yang ditinggalkan hingga kini masih berbekas terutam kepada mangsa yang terlibat.Banyak harta benda yang rosak namun Alhamdulillah,tiada kemalangan jiwa.Panjat syukur kepada Allah kerana kami sekeluarga tidak terlibat.Asalnya hampir juga memakir kereta di bawah pokok tetapi memikirkan takut diberak burung..berubah fikiran parkir tepi gelanggang futsal.Rupanya Allah nak lindung kerana beberapa batang pokok besar patah ranting dan yang lainnya tumbang menyembah bumi..Hanya merasai takut semasa ribut membadai..Walau tidak seganas taufan dinegara lain namun cukup menginsafkan.
Banyak gambar dan video dikongsikan dalam group penduduk setempat .Saya komgsikan beberap sahaja..
Rezeki pemilik ini...Pokok besar ini tumpang tumbang dicelahan antara 2 buah kereta ini...bukan atas bumbungnya

Berbeda pula pemilik ini pula diuji dengan kerosakan yang sedikit lebih.Untung sahaja tiada nyawa di dalamnya
Simpang jalan dihalang ranting dan dahan pokok tumbang
Alhamdulillah bukan...kerana itu pokok lain...semoga pemilik kenderaan ini dimudahkan urusan🤲
Sebenarnya masa balik kerja ada sorang rakan(Ita) menumpang kereta saya untuk ke rumah ibunya yang sama perumahan dengan saya.Ketika melalui kawasan ini saya nampak 3 pokok ara berbuah lebat di tepi pagar perumahan kami. .Saya suarakan kepada Ita saya teringin nak ambil buah ara muda yang lebat tu untuk buat ulam dan masak kari dengan daging kambing.Pokok ara ini pokok liar tang sudah lama tumbuh di tepi pagar perumahan kami.Sayangnya terlalu tinggi..Macamana nak amik buahnya kan...hihihi
Kebunan terung ...
Lepas maghrib Ruru ..wasap bgtau kereta dia ditimpa serpihan atap genting...Alhamdulillah Ruru dah naik rumah masa ni...Kalau masih dalam kereta?
Selepas ribut sepanjang jalan sibok dengan kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang kerana memang berlaku ketika peak hour orqng balik kerja...
Semoga dipermudahkan urusan mangsa yang terlibat tu. Baru2 ni pun ada kes pokok tumbang kat Lipis masa hujan lebat & angin kuat.
ReplyDeleteAllahu Akbar.
ReplyDeleteBetapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Allah angkat segala musibah yang menimpa dan gantikan dengan yang lebih baik.