Sarapan Nasi Kuning Sabah.
Masa KE TAWAU BULAN OKTOBER hari tu tak sempat nak makan Nasi Kuning dek penuh itenerary jalan jalan hingga ke Semporna...Tak sempat lagi nak post aktiviti di Tawau & Semporna...kita potong Que posting pula aktiviti di Tawau yang bulan Disember..hihihi
Saya teringat jer nak PH,SA,SK ada gurau gurau nak join ke Tawau ni.Kalau ada peluang & rezeki nak jugak ramai ramai dengan rakan blogger kalau dapat ke LD ke kan....?
Hehehe...
Cella tak ikut sarapan kerana pukul 9.00 pagi dia ada quizz & online class.Cella kata tak boleh nak ponteng sebab lecturer dah warning awal awal lagi hari Selasa bila depa semua apply untuk online class hari Khamis & Jumaat sebab ramai nak balik kampung sempena Cuti Krismas hari Rabu tu.Siap kena trap dengan kuiz supaya semua masuk kelas🤭..So,tak dapat la dia ikut sarapan🤣🤣..Tapi tapaw juga Nasi Kuning ni untuk dia beronline kelas kat hotel.
Ya,kami menginap kat hotel sebab Adah & suaminya baru pindah.Hotel ni pun dekat ja dengan rumah depa..Dalam 5 minit perjalanan saja.Sebelum ni depa sewa di tempat lain & bermula Januari 2025 depa dah pindah tempat lain.Kami ke Tawau 26 Disember tu memang depa tengan proses angkut barang pun tak habis lagi.Kena selesaikan sebelum 1 Januari.
Depa bawa kami ke Restoran Mak Hajah...kat Jalan Hot Spring tidak begitu jauh dari penginapan kami.
Nampak bungkusan ni atas meja ..saya sangkakan tapai giant🤭🤣
Sebab bungkusannya macam bungkusan tapai kan...
Bila tanya pelayan restoran tu...katanya itu Nasi Kuning.Terus saya minta dua bungkus.
Eh,rupanya boleh request nasi kuning yang baru.Mereka memang sediakan menu nasi kuning dan boleh pilih lauk... Bila diminta mereka akan bungkus dalam daun pisang.
Masyaa Allah sedap sungguh...Ken dengan tekak saya ...licin makan..
Sambil makan,sambil saya dok cerita kat Adah tentang Nasi Kuning Sambal Ikan yang selalu Cikgu Amie makan dan cerita dalam blognya...
Alhamdulillah...akhirnya dapat juga makan Real Sabah Nasi Kuning bersama Sambal Ikan Putih yang sedap ni..
Pada tekak saya memang sungguh sedap nasi kuning kat sini kerana esoknya saya minta Adah bawa makan nasi kuning lagi...tapi tak boleh lawan nasi kuning kat restoran ni...
Mungkin salah satu sebabnya..dbungkus daun pisang segar memberikan aroma menarik..
Bila buka daun pisang tu....aduhai...tak sabar nak makan..
Kena tonton video yang saya share ni...baru boleh bayangkan....
Boleh tonton videonya kat youtube channel saya channel Seroja Putih
Video Nasi Kuning ni boleh tengok kat..
👇👇👇👇👇
Kalau ke Tawau dan anda peminat Nasi Kuning yang tastenya macam saya boleh cuba makan kat Restoran Mak Hajah ni...kat
TB 14450 LOT A1 GROUND FLOOR BANDAR HOT SPRING, Jalan Air Panas, 91000 Tawau, Sabah
Benda sedap kena la share kan..
Aah Cella bungkusan dia mcm Tapai. Nampak sedap nasi kuning tu. ;)
ReplyDeleteKan...macam tapai tapu ni versi besar la..
DeleteRasanya pun sedap Ibu
Hah, boleh la MC jadi tour leader kami :D
ReplyDeleteBeza dak nasi kuning depa Sana dgn nasi lemak kuning kita?
Hahaha..jd tour leader boleh ja..nasib la kepala kemana ekor kemana🤣
DeleteNanti kena risik risik tanya Cikgu Amie ..hihihi
nampak pun dah sedap...
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap...
DeleteKena dengan tekak
waahhh menyerlah warna kuning dia! nampak menyelerakan betul ha
ReplyDeleteKan....Saya ada tengok kat FB Restoran Mak Hajah ni...dia ada buat video masak nasi kuning ni
Delete