Tuesday, 28 January 2025

CERITAKU TENTANG LEMBU

 Bila tengok lembu ...

Dalam kepala ni ada macam-macam perkaitannya..



Ni kawanan lembu dari kampung bersebelahan kampung  mak kat kampung .Baru ni masa bakik kampung sempat ronda dengan Achik.Tengok kawanan lembu begini fikiran pantas terbayang suasana di kampung sekitar tahun 80-an iaitu zaman kanak-kanak dan remaja.

Bulan Januari macam sekarang ni merupakan musim panas/kemarau merangkap musim menuai padi.Sebaik sahaja semua penduduk kampung selesai menuai padi,sesiapa yang ada bela lembu akan mula melepaskan lembu masing-masing untuk tempoh beberapa bulan sebelum ditangkap dan ditambat semula menjelang musim menanam padi.Lembu lembu bagaikan tahu kemana harus dituju.Berkawanan menuju ke kawasan sawah padi yang sudah kering dek musim kemarau tetapi dilimpahi sumber makanan terutama jerami padi.Pandai pula mereka mencari sumber air minum di parit parit paya ditengah baroh.Hiduplah mereka lepas bebas tanpa tali.Tidaklah terikat tertambat lagi.Masa inilah juga peluang lembu lembu "menyulam cinta" dan "bertemu jodoh"🤭 untuk mengekalkan kemandirian.Kehebatan lembu dan pemiliknya adalah mereka saling mengenal.Walau lepas bebas,tapi tiba masa nak tangkap semula lembu tu,lembu boleh cam pemiliknya dan pemilik pun boleh pula cam/kenal lembunya walaupun semua nampak macam sama jer kan..🤣

Masa tu majoriti penduduk kampung pastinya ada membela lembu.Kebanyakan bela lembu sebagai pelaburan atau simpanan semasa sesak.Ada yang bela banyak lembu,ada yang sekadar seekor dua sahaja termasuk emak saya.Dikala terdesak memerlukan wang,lembu akan dijual untuk mendapat duit pukal.Bagi kebanyakan orang kampung yang kais pagi makan pagi,duit seratus dua tu sangat besar.Bukan semua orang ada simpanan sebanyak itu.Maka dengan jual lembu lah boleh dapat ratusan ringgit.Harga lembu pun di awal tahun 80-an sekitar RM150-300 bergantung saiz lembu.Lembu kampung kan,nak besar mana sangat.Bukan macam sekarang kebanyakan lembu kacukan yang saiznya lebih besar.Itu yang saya ingatlah sebab pernah mak jual 2 ekor lembu untuk tampung perbelanjaan nak bina rumah baru yang ada kat kampung hingga sekarang ni.

Kalau nak sambut puasa pula biasanya ada orang akan sembelih lembu dan dijual secara " tumpuk".

Caranya harga lembu akan dinilai contonya RM200.Lembu itu nanti akan dibahagilan kepada beberapa "tumpuk",contohnya jika  10 tumpuk maka harga setumpuk ialah RM20.Setiap tumpuk akan dapat sama rata dari daging,tulang,hati,paru bagai semuanya akan dibahagi sama rata untuk 10 tumpuk tersebut macam orang bahagikan daging qurban tu. Tapi masa tu RM20 tu besar yer!

So,setumpuk tu pula dikongsi beli oleh beberapa orang Yang berada akan beli setumpuk atau hanya berkongsi beli 2 orang.Yang bajet kurang akan berkongsi setumpuk 4 atau 5 orang .Emak antara golongan yang berkongsi ramai-ramai ni lah.Best nya berkongsi beli secara tumpuk ni hampir semua bahagian lembu akan kita dapat Kadang dek ramai sangat berkongsi setumpuk tu dapatlah hati sebesar saiz jari🤣.Daging pun dapatlah sebesar penumbuk dengan sikit tulang.

Tapi yang sikit tu lah nikmat..Apa lagi dapat tengok orsng sembelih lembu...tengok orang lapah lembu dan bahagi-bahagikan tumpukan tu.Biasanya daging tu la dijadikan lauk sahur pertama puasa.Itupun kalau anak bulan Ramadhan kelihatan.Kalau tetiba dalam radio umum tak nampak anak bulan..esok belum puasa..Alamat esok tengahari lunch lauk daging la🥰.Lauk sahur fikir lain la pulak..Nak sembelih ayam kampung ke atau sahur lah ikan tamban masin...hihihi


Seekor anak lembu ni kelihatan terpinga pinga akibat terpisah daripada kawanannya.Kesian anak lembu ni..

Kalau dulu anak lembu sebesar ini dah kena cucuk hidungnya untuk ikat tali dan ditambat agar tidak berkeliaran  ke kebun/sawah orang.

Ada lembu yang jinak dan ada juga lembu yang garangnya ya ampun!

Asal kita lalu tepi dia...ditenung macam nak telannya kita 🤭Saya masih ingat salah sekor lembu kepunyaan  Tok Haji Dolah//Mak Lang Kiah kemain garang.Garang tu kami sebut "chengey".Uiii....chengey dia memang tak boleh lupa.Pernah dikejarnya saya kat tepi bendang tu tanpa sebab.Menjerit dan menangis saya sampai Mak Tah bawa parang nak belasah lembu tu...Bukan saya sorang ja takut dengan lembu tu tapi semua orang lain pun kalau nampak lembu Mak Lang Kiah tu akan melencong jauh taknak bertembung dengan si lebi chengey tu.Tak taulah macamana tuan dia bela lembu tu ..hihihi

Saya pernah menyaksikan cara lembu dicucuk hidungnya Leher lembu diapit pada dua batang tiang atau batang pokok dan beberapa orang lelaki akan menahan badan lembu tu daripada menggelupur.Daging hidung diantara dua lubang hidung lembu tu akan dicucuk dengan dawai besar dan dijolok tali lebih kurang sekaki panjangnya.Tali ini kami panggil " tali hidung" dan dibiarkan terjuntai beberapa hari hingga lukanya sembuh barulah tali hidung tu disambung dengan tali lain yang panjang untuk memudahkan lembu ditambat dan bergerak sekitarnya untuk makan rumput.Makin panjang talinya makin luaslah jarak lembu boleh bergerak sambil meragut rumput walaupun sedang ditambat.Antara tujuan dicucuk hidung lembu tu agar lembu lebih jinak dan mudah dikendalikan.Lembu yang tidak dicucuk hidung talinya dipasang dileher lembu.Agak sukar nak heret lembu tu kerana tenaganya kuat.Kadang lembu ni pun ada pe'el nya..Kita heret macam nak rak..dia boleh membatukan diri tunjuk protes🤭.Lembu yang dah cucuk hidung mudah nak kendalikan.Diheret ke mana ia akan mengikut sahaja. Sebab tu ada peribahasa " SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG"yang membawa maksud seseorang yang hanya mengikut sahaja kehendak orang lain tanpa membantah.

Tapi cerita lembu dicucuk hidung ni zaman saya kanak-kanak dan remaja.Sekarang kebanyakan lembu yang dibela lebih jinak dan tak cucuk hidung lagi dah.


Ibu dan anak .
Tapi nampak perut ibunya macam sedang bunting jer kan?
Adakah itu anak saudaranya atau memang ibu lembu ni jenis subur🤭

Dulu bukan semua pendudk kampung ada lembu yang diwarisi.Sebaliknya ramai yang mempunyai lembu secara pawah.Yang tak ada lembu akan mencari sesiapa yang mempunyai banyak lembu dan menawarkan diri untuk membela lembu secara pawah.Caranya ialah dengan meminjam seekor lembu betina untuk dibela.Lembu betina ye..kalau lembu jantan orang tak pawah kot🤣.Apabila lembu tersebut melahirkan anak,anak lembu yang pertama itu akan dikira milik si pembela lembu.Anak yang kedua nanti pula akan menjadi habuan tuan punya lembu.Begitulah berselang seli.Ikutlah berapa banyak lembu tu beranak pinak.Tapi ibu lembu tu tetap milik tuan punya asal lembu tu.Hanya anak sahaja dibahagi-bahagikan.Kadang dapat ja sorang sekor anak lembu..sipembwla akan pulangkan semula ibu lembu tu dan mungkin orang lain pula akan pinjam bela untuk dapatkan anak lembu secara pawah.Biasanya kalau si pembela dapat anak lembu betinalah.Kalau dapat anak lembu sulong tu jantan,akan dibela lagi dengan harapan dapat anak ketiga nanti betina...bolehlah membiak lagi dan jumlah lembu makin bertambah.Kalau dapat anak lembu jantan,tidaklah dia beranak tetapi lembu jantan boleh dijual dengan harga lebih mahal berbanding lembu betina kerana lembu jantan lebih sado dan banyak daging..hihihi
Bagitulah cara orang dulu berkongsi rezeki secara win win situation yang telah dipersetujui sejak zaman berzaman.
Emak saya pernah juga membela lembu pawah tapi ada sekor tu bertahun-tahun hanya dapat sekor sahaja anaknya.Akhirnya mak pulangkan semula ibu lembu tu kepada pemiliknya.Kalau tak silap,pemilik lembu tu menjual anak lembu nan sekor tu dan hasil jualan dibahagi dua.

Begitulah sikit sebanyak cerita dan info tentang lembu yang saya tahu secara tidak formal.Hanya tahu dari pengalaman dan pemerhatian sendiri.Mungkin ada info yang tidak tepat tidaklah saya tahu kerana tidak membuat kajian khusus atau belajar secara formal tentang lembu.

Tercerita tentang lembu ni pun bila saya terserempak kawanan lembu ketika meronda kampung bersama Achik  masa balik Kedah hantar Aqil & Haikal  minggu lepas..Saya sempat merakam kawanan lembu dan memuatkan videonya di youtube channel saya..

👇👇👇👇👇




12 comments:

  1. Pernah bercita-cita nak pelihara lembu di kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..sama la kita...
      Dulu kat kampung pun ada anak dara bela lembu dapat beli barang kemas..terinpire...tapi sudahnya tinggal angan angan🤭

      Delete
  2. Dulu SA ada seekor kambing..arwah atuk bagi tapi biasalah orang kampung kan..SA cucu perempuan sulung pertama...so ada yang pertikai..kenapa SA yang dapat keistimewaan,sedangkan diorang pun ada anak sulung tapi lelaki...sudahnya abah SA pulangkan semula..arwah atuk jual ke sembelih mcm tu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa....
      Tapi rasanya tepat dah keputusan PZ pulangkan kambing tu..kang beranak pinak kambing tu makin panjang cerita kan...

      Delete
  3. Konsep pawah tu mmg femes la dekat kampung dulu² kan ... Dulu kalau pakai baju merah tak berani nak lalu dekat lembu. Takut kena hambat dgn lembu ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi. betoi..betoi...
      warna merah dan lembu sangat bermusuhan

      Delete
  4. Bestnya cerita pasal lembu ni, dapat pengetahuan baru. Tak sangka dulu2 RM150 pun boleh dapat seekor lembu kan, tapi tulah, dulu 150 pun agaknya macam 1500 sekarang. Bila baca pasal lembu garang tu teringat seorang kakak senior masa sek rendah, balik dari sekolah jalan kaki dan disergah lembu, dia lari ke jalanraya dan dilanggar kereta, meninggal di situ jugak. Sedih kalau teringat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah...sedihnya..tapi tulah ajal maut rahsia Allah kan...
      Sekarang kat Pendang tengah viral daging murah SK...cer search tik tok daging 4kg/rm100

      Delete
  5. kisah tentang lembu... aah, br ldy perasan lepas musim menuai lembu akan dibebaskan.. tp lembu arwah bak tetap tertambat tetapi ditambat di sawah padi.. sebab selain dari padi, penduduk tempatan juga turut menanam tanaman lain termasuk bunga bungaan.. kalau lembu dibebaskan mmg harula kami sekampung... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung saya dulu la memang kalau lepas musim menuai pakat lepas lembu...
      Tapi sekarang takda dah...kalau bela lembu wajib tambat...lepas kalu racun & pagar elektrik menanti🤣

      Delete
  6. Teringat waktu kakak sulung kahwin, arwah ayahanda beli lembu seekor harga RM1,000. Kalau tak silap tahun 1977.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish ..mahalnya lembu 1977 dah seribu...
      Mungkin lembu-lembu kat tempat cikgu jenis besar agaknya .
      Tempat saya tu baka lembu kampung memang gitu harganya.
      Minggu lepas balik kampung sana sini jual daging lembu fresh flat rate..apa sahaja bahagian daripada daging hingga tulang,organ bagai 4kg/RM100..Taktau la tempat lain ada ke tak..

      Delete