Thursday, 2 January 2025

MASAK PASTA TUNA UNTUK IFTAR KHAMIS 2 REJAB

 Hari ini 2 Januari 2025 bersamaan 2 Rejab 1446H...

Jarang tarikh tahun masihi & tahun hijrah bersatu...Namun istimewa bulan ini Januari dan Rejab seiring hingga 30 haribulan nanti..Kemudian akan berjurang dihujungnya kerana Januari 31 hari manakala Rejab 30 hari sahaja..Akan diikuti dengan Syaaban dan seterusnya bulan suci Ramadhan Al-,Mubaraq..In shaa Allah..


Tepat 6.50 petang tadi,menjenguk dapur sekakangkang tupai itu untuk menyediakan juadah ringkas untuk iftar Dah lebih seminggu tidak berasap...Kan dah kata,malas dan rajin itu betsilih ganti...hihihi


Inilah juadah iftar saya petang tadi merangkap dinner  3 beranak.
Masak yang mudah mudah sahaja..Dalam 20 minit sahaja untuk penyediaan bahan dan memasak.Waktu maghrib di Kuala Lumpur dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya hari ini ialah pada pukul 7.17 malam.Katika kita sedang beriftar,Cikgu Amie di Lahad Datu mungkin sudah bersiap siap untuk solat Isya' yang akan masuk waktu pada pukul 7.22...hihihi

PASTA TUNA
½ pack pasta vermicelli
1 tin  kecil tuna
1 labu bawang besar - cincang
1 labu bawang putih - cincang
1 lada benggala merah
1 tomato masak
1 kiub pati ayam
minyak,garam chilly flakes

1. Jerang air + sikit garam.

2. Goreng bawang putih hingga kekuningan dan angkat bersama sikit minyaknya serta ketepikan 

3. Tumis bawang besar,lada benggala dan tomato cincang hingga layu 

4. Rebus pasta 3 minit dan terusasukkan pasta dalam tumisan.

5. Gaul rata dan perisakan 

6. Sesuaikan rasa dan hidangkan bersama taburan chilly flakes & minyak bawang putih


Untuk video memasak pasta ni boleh tonton di youtube channel saya


👇👇👇

https://youtube.com/shorts/oO07jjGhXdg?si=DvfKioJkBt0alQbI


Salam Syaaban 1446 & tahun baharu 2025

10 comments:

  1. Sedapnya pasta tapi cie tak makan tuna. Gatal lidah. Pelik betul. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau makan sardin & tuna serta makanan proses yang lain akan flu tapi makan jugak🤭pastu makan ubat

      Delete
  2. Suami SA suka apa je makanan yang ada Tuna..boleh la cuba nanti resepi ni...nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah SA....kalau guna tuna flakes in water lagi sesuai

      Delete
  3. Sedapnya pasta. Betullah, kitorang selalu jealous sebab org Sabah Sarawak buka awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....jom kita bersahur di KLIA & bebuka kat LD Ramadhan ni...🤣

      Delete
  4. Berbuka menu western depa noo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi....asbab malas nak masak lauk bagai...hihihi

      Delete
  5. waahhh sedpanyaaaa pasta! nak kena buat juga nti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasta masak apa pun sedap kan...Kadang masak rencah bawang putih & buah tomato pun sedap sangat dah..

      Delete