Lempeng Cair..
Masak untuk sarapan pagi minggu semalam...
Dah agak lama tak masak lempeng...
Nak buat lempeng ni bukanlah susah sangat.Bahan pun tak banyak.Tapi yang susah tu nak memulakan...hihihihi
Kebetulan kat rumah ada Aqil & Haikal..
Aqil pun,hari Jumaat dah start cuti sekolah kan...
Haikal pun tengah cuti semester.
Saja ajak depa mai KL..
Depa 2 beradik datang KL by bus..
Bus Cosmic .
Bas Cosmic ni antara syarikat bas yang ada service TBS-Pendang-TBS..Selain tu ada beberapa syarikat bas lain juga seperti Pancaran Matahari,Inter City. Mara Liner dan beberapa lagi yang saya tak tahu..
Tengok pada warna purple tu...silap silap mungkin bas yang sama saya naik baru ni. Empat kali naik bas dalam tempoh 10 hari..Lepas balik Tawau tu...
1 Januari balik naik bas hantar mak.Pastu balik KL pun naik bas.
10 Januari balik naik bas masa mak jatuh motor ..Pastu 12 Januri balik KL pun naik bas lagi..
Empat kali la naik bas dalam tempoh 10 hari...hihihi
Dulu zaman anak anak masih sekolah...Achik rajin plan percutian musim cuti sekolah untuk anak-anak.Sekarang semua dah habis sekolah..Tinggal Aqil sorang jer lagi yang sekolah.Yang lain msing masing cuti dah tak sama..
Tu yang ajak Aqil datang sini.. Atleast naik sekolah nanti kalau kawan kawan bercerita bercuti sana sini..dia pun ada la modal nak join..walau hanya datang KL kan...🤣
Ulang makan kali kedua..saja potong lempeng ala-ala ROTI KERCA.... Lama dah tak masak roti kerca..Bulan puasa ja biasanya teringat nak buat roti kerca.
Lebih kurang sebulan setengah ja lagi kita pun memang dah nak sambut puasa kan...Semoga kita semua panjang umur dapat bertemu Ramadhan Karim..
Kalau rajin puasa nanti boleh la buat roti kerca.Ni kita makan la dulu lempeng.
Untuk videonya ada saya upload
di youtube channel saya.Boleh tonton di
👇👇👇👇👇
Teringat Datuk Siti Norhaliza buatkan Datuk K roti kerca.
ReplyDeleteAnak-anak balik tempoh hari, sempat saya buatkan sarapan lempeng cair dengan sambal sardin. Sedap makan ramai-ramai.
menarik ni kene cuba buat roti kerca ni kak....
ReplyDelete