Monday 28 October 2024

KENYANG DIJAMU NANAS MELITA @ KULIM SOUTHERN VALLY,ULU TIRAM

Hari ke-2 di Tanah Jauhar...kami ke salah satu lokasi di Felda Ulu Tebrau..Selesai tugasan di Felda Ulu Tebrau..


Selesai urusan di Felda Ulu Tebrau,terus pula ke ladang nanas Kulim Southern Valley Zone kat Ulu Tiram.


Dah nampak ladang nanasnya ...
Dari info yang kami dapat,katanya ladang ni mengeluarkan nanas premium yang dikenali sebagai  Nanas Melita.
Melita tu katanya akronim Melayu Jelita.

Haaaa...silalah bangga sikit🤭


Tapi memandangkan sampai sini pukul 12 tengahari memang panas 
lit lit...memang tidak la kami meredah ladangnya..Mau semua kejong macam udang kena bakar🤭
So..kita work smart...
Masuk ja tempat ada aircond🤣


Jom masuk....depa dah panggil tu!

Siap dengan pure jus nanas sebagai welcome drink..Bukan segelas tapi sorang sebotol..

Saya la ingat sorang sebotol...saya hanya amik sebotol..tapi sebab lurus sangat...saya amik sebotol sahaja.🤣

Rupanya boleh ja amik lebih sebotol.Nak yg frozen pun boley.Memang sebakul nanas dikisar khas untuk rombongan kami dari KL ni...pekat berserat..manis melekat....sukar dilupa!



Muka - muka ceria semanis jus nanas Melita.


Sebotol jus nanas asli ni memang dah sangat mengenyangkan kerana mengandungi pelbagai zat dan berserat


Tapi sekenyang mana pun jus nanas tu....Jika hidangan lain sangat menggoda..Mampukan menolak??
Hihihi


Semua khusyuk menyuap

Control ayu...
Amik sikit jer...
Kononnnn....🤣
Semua sedap giler
Mee goreng,sandwich,sosej roll,slice cake...apatah lagi kuib kiub nanas Melita tu...!





Yang perempuan ja riuh rendah..
Yang lelaki senyap ja makan🤭



Lepas makan pakat shoping pulak...


Yang dah masak kuning dan saiz sedang sedang ni dijual pakej 5biji RM15.
Memang dah confirm manis dan tak lidas kan...habis depa borong..Buah saiz ni  senang nak buat buah tangan kata depa...hihihi
Habis 2 bakul diborong ahli...hihihi
Jenuh la berat bas🤣



Ni....buah besar gred A ni pun baru RM8 sebiji ...mana nak cari kat KL weh...Kalau ada pun tak dapat harga ni...Lagi lagi varian Melita ni...Yang memang premium kan...


Ni gred B...
3biji RM 18..
Saya pilih yg hijau hijau ni 8 biji..
Saya pilih yg hijau sebab nak tahan lama konon.
Jenuh jugak la bak bimbit ..hihihi




Ramai la yg pilih buah hijau sebab esoknya baru nak balik KL...
Abam bas pesan jangan letak kat perut bas takut panas..dia suruh letak bawah seat...sejuk sikit sbb aircond kan..
Tapi esoknya....hampir semua nanas tu dah mula kuning🤭

Untuk Tuan KPP di KL depa kirim yg gred super premium dalam kotak khas yang beratnya saya rasa lebih 5kg untuk 2 biji tu...Lupa nak snap pic kotak cantik tu


Sesi membayar...
Sorang sorang memang senget bahu la membimbit...
Yang lelaki terpinggir ja time nak beratur bayar.Tak sampai hati depa nak bersesak bayar🤣.
Depa tunggu geng mokcik mokcik ni naik bas baru depa shoping🤭




Oh ya...jangan lupa naik menara pandang jauh ni..
Dapat la lihat saujana mata memandang keluasan ladang nanas.


Kiter pun nak juga meninjau dari menara ni....



Haaa....memang view ladang nanas la...
Si baju merah tu la yang rakan seperjuangan dari Johor yang menyambut dan membawa kami ke sini..Sangat peramah dan friendly walaupun 1st time jumpa
Beliau juga merakam pic kami kat atas menara..
So,kita rakam pula pic beliau dari atas....hehehehe




Gambar tak pernah cukup corum...
masih ada yg menyoping nanas kat dalam🤣

Terima kasih Southern Valley Zone...
Menerima kunjungan kami dengan mesra.Keenakan makanan dan yang pastinya jus nanas masih belum move on hingga hari ini.

Kami pulang ke tempat kursus/ penginapan dengan perut yang penuh memboyot...Padahal kat sana memang siap pakej lunch...
Menu kat penginapan kami juga sangatlah  sedap hingga kini masih teringat2...
Saya sengaja tak share dulu menu menu kat tempat kursus/penginapan kerana nak buat posting khas menu 3h2m kat Johor!

BERSAMBUNG

2 comments:

  1. Sedapnya nanas!
    Lagilah kalau dapau minum jus nanas....walllaaa...seger banget!

    ReplyDelete
  2. Wak orang JDT pun belum pernah sampai tempat ni

    ReplyDelete