Friday, 30 June 2023

AIDIL ADHA 2023

 Salam Aidil Adha 1444.

.Alhamdulillah,raya hari Khamis maka ramai lah dapat pulang ke kampung kerana cuti yang panjang  bersambung weekend.Walau menempuh perjalanan hampir 10 jam tapi memang dah bersedia dengan keadaan itu..


Seperti biasa beraya kat kampung.Semua hidangan  raya kali ini Achik yang masak...Saya hanya rebus laksa semata.Kuah laksa pun Achik yang masak.Lauk pauk lain semua pun by Achik..

Ketupat palas memang air tangan mak la...ketupat air tangan mak terbaik untuk tekak kami semua.

Lemang daun lerek Achik tempah dari kawannya.

Nasi Impit

Kuah lodeh by Achik


Eksesori laksa ja saya tolong hiris.


Ayam masak Pahang style

Rendang hijau Ayam Pence  juga by Achik.
Daging kerbau masak Pahang  nun hujung sana.Daging kerbau tu juadah wajib Pakcik..orang Pahang kan...hihihi

Agar-agar Sirap..saya masak..
Laku keras...licin satu tray besar ni...hihihi


Kek Coklat
Kek Bandung
Kek Buah


Kerepek-kerepek & kuih kering.
Beli putu kacang dan putu beras ja
Lain-lain  tu kerepek semuanya.
Kerepek ubi
Kerepek pisang
Kerepek gunting
Maruku ikan


Air Siren..
Sirap+ Oren + hirisan lemon..
Pun laku keras ...sesuai untuk hilangkan muak .


Tuesday, 27 June 2023

BULAN NI 2X PI KUANTAN

 Cerita hari Selasa 20 Jun 2023..


Ke Kuantan lagi...hanya berselang 2 minggu ++.
Awal bulan hari tu pun kami 3 beranak dah 
KE KUANTAN..

Selasa tu kami 3 beranak memang pakat apply cuti dan bermusafir lagi ke Kuantan.Ada keperluan untuk ke sana.Saja simpan sini untuk rujukan dan ingatan.


Ikutkan pukul 8.50 pagi kami dah sampai Kuantan,tapi nasib kami 3 beranak kena sidai lebih 2 jam.
Datang kami macam polis evo🤣
Dalam perjalanan ke salah sebuah pejabat kerajaan di Peka. Kuantan,nampak masjid ni..cantik..tu yang rakam dari dalam kereta.
( saja rakam gambar masjid ni,tapi tak ada urusan pun di sini dan tak singgah pun sini🤣..

2kali datang Kuantan...2 kali juga lunch kat McD ni..Kiranya bulan ni 2kali la makan kat sini..


Lebih kurang 5 jam di ibu negeri  Darul Makmur,kami bergerak kembali ke Ibu Kota.
Nak berurusan tu tak sampai 15 minit pun.Tapi selebihnya sebab  kena sidai..hihihi..


Lepas Zohor terus gerak balik..Cuaca terang tapi tidak lah sepanas datang awal bulan tu..Cuma jalan agak slow sebab banyak construction..
Alhamdulillah,dalam ujian Allah mudahkan urusan.In shaa Allah ada sambungan ceritanya lepas Raya Haji nanti...

Monday, 26 June 2023

MASAKAN PERTAMA SELEPAS HAMPIR DUA BULAN MAKAN LUAR & MENAPAW JA KERJANYA..🤭

Hampir dua bulan asyik makan kar luar & menapaw saja.Semuanya kerana urusan duniawi semata.

Walau rindu bertandang ke dapur maya rakan-rakan namun kehilangan mood akhirnya pulih kembali.Sesekali saya menjenguk juga merisik khabar rakan-rakan semua..Nanun saya hanya pandang dari kejauhan.Menjenguk dari tirai jendela untuk mengintai.Tidak tersapa dengan tinggalan jejak.Hanya singgah sebentar cuma.Alhamdulillah,semua kalihatan sihat dan penuh aktiviti harian.

Hanya SA dengan khabar duka bila Mak Pah warded.Semoga Allah kurniakan kesembuhan

Cikgu Amie tetap ceria ditemani se kenit Daus.Rupanya balik Malaya seminggu satu semenanjung dia tawaf ye..!,🤭

SK si remaja purba tetap romantis bagai merpati sejoli.Eh,baca lates posting,rupanya kak ipaq SK sedang diuji.Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk kak.

PH pula jalan sakan dia mencari tanah tinggi yang sejuk.Nampak jambu la,mangga apple la..buah setoi buah durian belanda dia bikin terliur tau.

Nampak Afzan dok cari etok..sedapnya etok salai.Apa khabar la dak Pia sekarang..

Mummy Ayu yang sentiasa ceria bersama secangkir kopi juga Alhamdulillah nampak sihat dan happy sokmo walau kita tahu ada ujiannya kan...

Eh, Dana..sebut Dana ingat Ayyan & si miaw dia..pokok-pokok bunga serta photo diary.Rajin betul Dana masak memasak.

KakMim pun saya kunjungi juga .Nampak mihun belacan la..pizza la bagai..Eh,depa baru pi dating sambil mengopi la ..romatic kan..😍

Jenguk Wak Ruslan pak tani kaya di Johor pun nampak meriah hasil tani dan ternakan ayam dia.Makan nasi lauk ikna baung dan pucuk ubi menyelerakan betol!Buah nangkadak,abiu,kuini harum sekampung.Durian ada lagi ke tu?

Eh,Ahnaff & Sofea pun syok la dapat jenjalan CH la.Makan Nasi Bamboo la.Mami depa bz tempahan Raya Haji kot,nampak ada kulit tat..hihihi

Ibu Aqil pun...

Sapa lagi ek...kalau ada yang lupa saya sebut....nanti kita singgah lagi.


Malam tadi saya masak Nasi Goreng Sardin dan telur goreng untuk dinner.
Masakan pertama setelah hampir dua bulan dok makan luar & tapaw ja..Dah tak mampu menahan rindu pada air tangan sendiri..
Masak la juga walau hanya nasi goreng.

Makan berdua beranak ngan Cella.Lapar katanya..Dah lama dia tak balik & sebut lapar..masak la jugak walau hanya nasi goreng.Dia balik sebab study week.Tu pun semalam baru balik,hari ni ngan esok dia berulang alik.Tu ja la saya masak..Hari ni kembali menapaw..tapi ada sikit rajin sudahari untuk update blog..
Bila lama tak masak,malas ya ampun.Rupanya begini rasanya bila malas masak!
Cewah,acah macam konon selama ni rajin naw la tu..padahal hakikatnya...dunia tipu-tipuuuu  ....hihihihi

Thursday, 15 June 2023

BUAH AVOCADO MALAYSIA

 Seminggu terbiar diary maya ni...Memang bz yang dicipta..Rindu pada rakan -rakan semua..tapi tak sempat nak menyapa..Hanya mengintai dari kejauhan...


Tengah makan buah avocado..

🥑🥑🥑🥑🥑🥑🥑🥑


Avocado Malaysia.Pokoknya kat KL.Kulitnya hijau tua dan dari jenis peloles🤭 jenis kulit licin.

Kalau belinAvocado Afrika tu kan kulitnya hijau lumut dan jenis kulitnya berjerawat batu🤣

Kat Borneo banyak kan buah avocado?Kalau kat Indonesia pun banyak kan...

Beberapa hari lepas,Kak Ani bagi buah avocado yang berbuah lebat dipenjuru pagarnya..


Dah 3kali Kak Ani bagi anak benih pokok avocado.Saya bawa balik Kedah.2 kali tanam kat rumah baru..mati sebab panas sangat.


Kali ke tiga Kak Ani bagi anak benih avocado,mak bawa balik tanam kat kampung..Elok tumbuhnya...Selang beberapa bulan...wassalam juga.


Agaknya sebab tu sekarang Kak Ani hanya bagi buah avocado yang baru dipetik ni...
Kalau nak menanam..pepandai la menyemai bijinya..hihihi



Thursday, 8 June 2023

1ST TIME MAKAN GARLIC CHEESE NAAN,SEDAP RUPANYA

 Dah sebulan tak masak,asyik makan kat luar & tapaw saja.Ada sebab memaksa kami makan luar dan tapaw ja..

Makan kat luar  tanpa masak langsung hingga berminggu-minggu merupakan sesuatu yang  ganjil la  berlaku dalam hidup saya.Ganjil tu aneh la!

 🤣🤣🤣

Ni dah asyik makan kat luar ja,maka posting kebanyakan pasal makan ja la..takda la pasal masak..

Tangan dah gatal nak masak,tekak dah rindu ikan masin,asam pedas  bagai..huhuhu



Ni malam minggu,Adah nak belanja makan..Dia nak makan kat mamak tapi kalau dengan saya  hanya dua mamak ja yang masuk list saya...Mamak BRJ  dan yang terbaru jumpa Restoran Abadi @ BTR...
Mamak Abadi tu saya perhatikan semua staf dan taukenya berkopiah putih dan kulit depa pun boleh kata semua putih-putih pulak ...taktau la celah mana mamaknya..Ka ada mamak yang kulit putih?



Anak jantan order Garlic Cheese Roti Naan..
Uii...nampak menarik dan bau dia....mmmmmm sedapnya..anak jantan tu offer suruh rasa tapi saya tak nak...saya nak makan kue teow..



Ayam tandoori..


Saya menjeling berkali-kali masa anak jantan tu mula menyuap..
Bau dia  harum sungguh.Nampak sedap pulak..Try cubit sikit...
Eh,sedap la..
Harum dan rangup..Lemak masin...memang sedap
Kenapa saya tak pernah tau ada Naan Garlic Cheese ni..
Selalu makan Naan cheese ja...
Lain kali nak order jugak lah..
Sedap bettholll!

Kue Teow Goreng Telur Mata..
Dah kena paw telur putih dengan Adah.
Tinggal telur kuning terbalik..pun dah pecah meleleh..


Adah makan megi goreng.Dia pawnya putih telur saya.



1.Naan Garlic Cheese + Ayam Tandoori

2. Megi Goreng

3. Kue Teow Goreng + Telur Mata

4. Air Tembikai 2,Lemon Panas + Air kosong

Total RM40

* Lemon kosong  panas tu teringat Lemon Shoi yang diperkenalkan oleh Cikgu Amie  

Tuesday, 6 June 2023

LUNCH @ TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

 

Lunch @ Taman Warisan Pertanian Putrajaya.Hari Sabtu 


Lunch bertiga beranak sahaja .
Adah kena jadi pengapit kawannya kat kuatrs tu kawin.
Kami tak pi..




Saya bersama anak jantan sorang singgah UPM pick up Cella dan terus pi lunch.
Asalnya kami nak lunch kat DAPUR SARI DEWI.
Tapi masa kami sampai memang penuh dengan student UPM.Kata Cella,memang restiran tu antara tumpuan student sebab dekat dan sedap.
Sebab sesak sangat dalam tu,kami deside ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya.


Cella makan Nasi Kak Wouq lauk sotong...

Saya pilih Nasi Kak Wouq juga lauk daging..

Anak jantan tu beli takoyaki...Habis takoyaki dia order plak roti john..adoiii...tang mana la dia isi semua tu...hihihi

Monday, 5 June 2023

MAKAN KENDURI @ DAYS HOTEL

Hari ni Isnin 5 Jun ..Dah masuk ½ tahun untuk tahun 2023.

Cuti sempena hari keputraan YDPA..Weekend yang panjang bagi yang bercuti Sabtu Ahad.


Semalam,Ahad 4 Jun 2023..Saya 3 beranak menghadiri walimatulurus @ Days Hotel..KL
Cella pun nak ikut..
Pi amik dia dulu kat kolej.Anak jantan tu tak mau ikut..Makan nasi bungkus la dia sorang..hihihi


Perkahwinan antara Farah Wahida & Zikri.
Adah dapat jemputan daripada pengantin perempuan yang merupakan classmate dia masa sekolah menengah.Saya pula dapat jemputan daripada mak pengantin,Kak Saba iaitu salah sorang cleaner kat tempat kerja saya.
Walaupun dari segi kerja,Kak Saba hanya cleaner tapi dari segi kemampuan,dia dapat buat majlis perkahwinan anaknya kat hotel..
Saya yang mungkin gaji lebih  dari dia pun saya rasa memang  tak mampu nak buat majlis kat hotel.
Masej yang nak saya sampaikan ialah,rezeki tu milik Allah.Allah berhak memberi kepada siapa yang dikehendakiNya..
Jangan pandang pada kerja atau zahir sahaja kerana boleh jadi rezeki dia lebih dari yang kita nampak dan yang kita  jangka.


Jemputan kenduri pertama untuk bulan Jun..


Kami pilih duduk kat meja tepi tingkap.Dapat layan view KL Tower walaupun jauh nun sayup-sayup..hihihi

Pinggan saya..
Nasi Beriyani bersama Ayam Masak Merah,Daging Masak Hitam dan Acar.
Kami gerak dari rumah dalam 12.30 & sampai kat Days Hotel tu dalam pukul 1


Pinggan saya dan Cella..Pinggan kami takda papadom & Pajeri Nanas.Sebabnya kami dua orang amik makanan dulu.Adah dok kat meja dulu...( kira cuup meja la)🤭
Masa tu papadom
dan pajeri dah habis dan belum di top up..
Masa Adah amik,depa dah top up.
Saya kalau pi kenduri suka cari meja dulu baru amik makanan sebab kalau dah amik nasintapi takda kerusi kosong,saya jadi segan nak usung pinggan ke sana sini.Saya lebih rela tunggu ada kerusi kosong dulu baru pi amik makanan.


Tolak pinggan nasi....
Pi pulak amik side dish.
Ada kuih koci,tapai,karipap dan apom.

Juga ada cendol.

Cendol dia tak nampak isi pun..penuh ais..Tapi sedap.

Days Hotel & Suites beesebelahan Kolej Imperium Internasional.
Cella snap sebelah saja...hihihi


              ni pic google.
Memang nampak KL Tower,KLCC,Menara TRX & Menara Merdeka tu.


Dah,jom balik...

Guddies

Isinya baulu marble pecah 8


Tengok kat kotak tu ada page guddies ni..
Kot ada yang sedang mencari ...boleh servey harga kat situ...iklan percuma🤭

Saturday, 3 June 2023

MAKAN DURIAN KAMPUNG KAT KEDAH + DURIAN KAMPUNG JOHOR KAT KL

Makan Durian Kampung Kedah + Durian Kampung Johor kat KL

Hihihi...baca tajuk dia berbelit-belit.Tapi cerita dia tak berbelit pun..Cerita simple ja..


Caritanya weekend minggu lepas balik Kedah.

Pakcik beli durian kampung.Masa balik Raya Puasa bulan Syawal,mak beli DURIAN SIAM.
(RM16/kg)
ni balik bulan Zulkaedah,Pakcik pula beli durian kampung.


Dapat la makan durian kampung kat Kedah.Pakcik belanja 

Durian Sik...@ Kampung Sungai Pau katanya Pakcik beli FB Group Pendang.Depa COD.
Kat Pendang,kalau COD selalunya Petronas Pendang la jadi port untuk deliver & receiver menunggu..hihihi
( harga : RM10/kg)
Rezeki Pakcik dan rezeki kami agaknya,owner dia jual murah.Kat tepi jalan,buah baru macam ni depa jual RM15/kg.


4 biji durian kampung baru luruh malam tu,pagi depa dah buat delivery.Kat Kedah biasanya kawasan yang banyak tanam durian belah Sik,Baling & Gurun.Tu yang saya tau la,yang saya tak tau mungkin ada lagi tempat lain.Kalau belah Pendang ni yang terkenal duriannya belah Jeneri dan Titi Akar.Tapi,setiap musim memang Pakcik akan beli durian langkah daerah.Pakcik akan beli durian dari Sik.Sebabnya mak & Achik memang tak makan kalau depa tau durian tu dari dusun siamese.Mak kata dia takut durian tu dah disentuh  ba alif ba ya...hihihi.
Tapi mak suka ja jamu mata  bila Pakcik & Achik bawa ronda-ronda sepanjang perkampungan siam belah Kubur Panjang sana nun.Kalau musim durian luruh,memang macam pesta depa berjual beli sepanjang jalan.Buah pun elok-elok.Tapi tu la..hanya jamu mata sebab kalau beli pun,mak & Achik memang tak makan.Sebab tu Pakcik kalau nak beli memang beli dari pemilik dusun @ Sik.


Ni pula durian Kampung dari Johor katanya.
Anak jantan nan sorang tu beli masa balik kerja semalam.
Sebumbon durian dibawa balik.
Durian dah mampu beli dan mampu makan sekarang ni.

Katanya penjual cakap kat Johor dan Pahang durian banjir....sebab tu boleh jual murah!

Anak jantan tu tanya saya,kat Johor masih banjirkah?
 

Saya berfikir sejenak...kemudian baru dapat tangkap durian banjir.
Dah sah la dia ingat durian tu gugur dalam air banjir🤣🤣
Tu la,budak-budak sekarang,depa kurang terdedah dengan bahasa kiasan,peribahasa dan sewaktu dengannya.

Saya cakap...bukan durian tu kena banjir..Tapi mungkin peniaga tu maksudkan ialah "Kebanjiran Durian" iaitu lambakan durian.
Tak faham jugak?
Ok..maksudnya durian tengah banyak,tengah melimpah,bekalan tengah banyak....tu namanya "banjir"..
Yang depa makan roti canai "kuah banjir" tu depa faham pula maksudnya kuah banyak.Mungkin sebab kuah dengan air banjir tu taknjauh beza!🤭
Agaknya la ..hihihihi
Sebab saya ada baca news katanya tahun ni durian Pahang dan durian Johor gugur serentak...
Eh,kat Kedah pun sama kan!
Perak?
Alhamdulillah,mungkin Allah nak bg rezeki kita yang takda dusun ni dapat makan durian puas-puas.Beberapa tahun dah hanya dapat ghaso- ghaso ja sebab harga kayangan kan..hihihi


Hasil belian anak jantan tu.Bukan sebekas tapi sampai 3 bekas dia bawa balik.
RM10/kg.Dia beli 5 biji =7kg(RM70)
Minta penjual tu buka sesiap dan isi dalam bekas tu.Penjual ada sediakan bekas kat situ
Bekas tu juga dijual RM3/pc.
So,jumlah semua durian termasuk bekas =RM79.

Ada yang dah jual sebakul RM50 dan ada yang jual 1 plastik RM30...tapi dia tak berani beli takut tak elok.Dia beli yang timbang

Kata anak jantan tu,penjual cakap durian akan berterusan 3 bulan hingga September.Lepas ni durian Perak pula.


Katanya dia beli agak banyak sebab tahu Cella suka durian.Saja dia snap pic & up kat Cella kasi terliur.Saya ajak pi hantar kat Cella sebekas.Tapi anak jantan tu kata tak payah hantar..Nanti esok(Sabtu) dia pi amik adik dia bawa balik makan kat rumah baru puas.Takkan nak bawa makan kat kolej,nanti orang lain makan bau..kesian la..
Makanya 1 bekas saya masuk dalam peti ais dan sebekas lagi letak kat bahagian  freezer.


Sebekas ni saya ngan anak jantan tu pulun makan.
Sesuatu yang AJAIB!
Selama ni setahu saya anak jantan ni tak makan durian mentah!
Kalau buat kuah durian baru dia makan.
Tapi kali ni bersungguh betul dia makan..rasanya dekat 10 ulas dia balun..
Apa dah jadi????
Umur dah lebih suku abad baru dia tau betapa sedapnya durian mentah.selama ni dia dok makan durian masak kuah..taknak langsung mencuba durian segar...
Sekali...haaa baru tau..
Alhamdulillah,lega saya dah tak payah masak kuah durian...hihihihi

Eh,dia siap cakap nak tunggu gaji bulan ni..nak beli Musang King pula barang sebiji dua,teringin nak rasa MK pula katanya...
Kalau durian kampung pun dah sedap..mesti MK lagi sedap ni..
Haaaa...baru hang tau!!
Hakikatnya....
Kita manusia,bersifat baharu.Sering berubah mengikut waktu..!

Sekali tengok kat status wasap Pakcik...
Haaaa....Pakcik beli durian lagi....banyak pulak tu..
Dari minggu lepas,dengar Pakcik cakap nak order durian lagi lepas ni untuk stok tempoyak pula.Buat tempoyak kena durian elok baru puas makan katanya.

Achik pula up..
Patin Tempoyak live dari dapur!
Durian minggu lepas dah jadi patin tempoyak.
Request Pakcik.
Orang Pahang dengan patin tempoyak berpisah tiada!!
 🤭🤭🤭


Mak pula call cakap baru sudah makan durian dengan pulut kat rumah Achik.Puas makan sebab sendiri dapat cekah durian.Peel mak,kalau makan durian dia nak buka sendiri baru puas makan!
Macam-macam la pasal durian....hihihi