Monday, 5 June 2023

MAKAN KENDURI @ DAYS HOTEL

Hari ni Isnin 5 Jun ..Dah masuk ½ tahun untuk tahun 2023.

Cuti sempena hari keputraan YDPA..Weekend yang panjang bagi yang bercuti Sabtu Ahad.


Semalam,Ahad 4 Jun 2023..Saya 3 beranak menghadiri walimatulurus @ Days Hotel..KL
Cella pun nak ikut..
Pi amik dia dulu kat kolej.Anak jantan tu tak mau ikut..Makan nasi bungkus la dia sorang..hihihi


Perkahwinan antara Farah Wahida & Zikri.
Adah dapat jemputan daripada pengantin perempuan yang merupakan classmate dia masa sekolah menengah.Saya pula dapat jemputan daripada mak pengantin,Kak Saba iaitu salah sorang cleaner kat tempat kerja saya.
Walaupun dari segi kerja,Kak Saba hanya cleaner tapi dari segi kemampuan,dia dapat buat majlis perkahwinan anaknya kat hotel..
Saya yang mungkin gaji lebih  dari dia pun saya rasa memang  tak mampu nak buat majlis kat hotel.
Masej yang nak saya sampaikan ialah,rezeki tu milik Allah.Allah berhak memberi kepada siapa yang dikehendakiNya..
Jangan pandang pada kerja atau zahir sahaja kerana boleh jadi rezeki dia lebih dari yang kita nampak dan yang kita  jangka.


Jemputan kenduri pertama untuk bulan Jun..


Kami pilih duduk kat meja tepi tingkap.Dapat layan view KL Tower walaupun jauh nun sayup-sayup..hihihi

Pinggan saya..
Nasi Beriyani bersama Ayam Masak Merah,Daging Masak Hitam dan Acar.
Kami gerak dari rumah dalam 12.30 & sampai kat Days Hotel tu dalam pukul 1


Pinggan saya dan Cella..Pinggan kami takda papadom & Pajeri Nanas.Sebabnya kami dua orang amik makanan dulu.Adah dok kat meja dulu...( kira cuup meja la)šŸ¤­
Masa tu papadom
dan pajeri dah habis dan belum di top up..
Masa Adah amik,depa dah top up.
Saya kalau pi kenduri suka cari meja dulu baru amik makanan sebab kalau dah amik nasintapi takda kerusi kosong,saya jadi segan nak usung pinggan ke sana sini.Saya lebih rela tunggu ada kerusi kosong dulu baru pi amik makanan.


Tolak pinggan nasi....
Pi pulak amik side dish.
Ada kuih koci,tapai,karipap dan apom.

Juga ada cendol.

Cendol dia tak nampak isi pun..penuh ais..Tapi sedap.

Days Hotel & Suites beesebelahan Kolej Imperium Internasional.
Cella snap sebelah saja...hihihi


              ni pic google.
Memang nampak KL Tower,KLCC,Menara TRX & Menara Merdeka tu.


Dah,jom balik...

Guddies

Isinya baulu marble pecah 8


Tengok kat kotak tu ada page guddies ni..
Kot ada yang sedang mencari ...boleh servey harga kat situ...iklan percumašŸ¤­

6 comments:

  1. Tentu ada sisi baik Kak Saba dan keluarganya maka Allah swt gantikan dengan 10x ganda kebaikan juga. Selamat pengantin baru buat mempelai, semoga dipermudahkan urusan keluarga pengantin dan tetamunya.

    ReplyDelete
  2. Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai dan tahniah juga utk ibu ayahnya.
    Bila fikir bab rezeki ni mmg tak terjangkau dek akal kan, tak boleh ikut logik. Semuanya ketentuan dari-Nya.

    ReplyDelete
  3. Majlis terima menantu dah bermula dah lepas raya ni kan?? x pernah pulak dgr hotel ni... mcm besar jugak tu... anyway, semoga kedua mempelai berbahagia hingga ke hujung nyawa

    ReplyDelete
  4. Kalau bubuh papadom dan pajeri nanas memang lengkaplah lauk nasinya. Tiba-tiba rasa teringin nak makan pajeri nanas... ahaks!

    ReplyDelete
  5. rezeki anak2 akak nanti lebih grand dengan masakan kg di Kedah

    ReplyDelete
  6. selamat pengantin baru to anak kak saba tu,, betul sgt, rezeki Allah tu berbeza2...aturan Dia memang yg terbaik...
    tgk 1st pic tu, wow..kenduri ada costa coffee..sekali ..ohhh..ada costa cafe or machine kat situ kot.. ha ha... coffee je yg MA nampak dulu kan...

    ReplyDelete