Friday 10 June 2022

JUMPA BLOGGER KAKAKECIK ADISHIDA

Balik Kedah terjumpa salah sorang  blogger yang saya pernah saya kunjungi blognya beberapa tahun dulu.

Masa tu saya rajin baca blog mat gebu sebab banyak resepi menarik.Tengok dia punya folowers punya la ramai dan dia punya pagewiew jutaan lemon.

Bila baca blog mat gebu,akan jumpa la blog rakan seangkatannya.Antara yang pernah saya baca termasuklah blog KakaKecik adishida ni.Tapi dah lama tak nampak post nya.



Hinggalah baru-baru ni ada jumpa sorang ni saya rasa macam muka dia familiar dan pernah tengok..Tapi di mana?

Bila tanya nama apa..dia kata nama Shida...

Tinggg..! 

Kenapa tiba-tiba saya ingat blog adishshida?

Sebab saya pernah baca post tentang emaknya iaitu salah sorang pengusaha IKS buat bunga daripada daun getah.Cantik2 betul bunga yang mak dia hasilkan.Masa tu memang trend bunga daripada daun getah dan saya sangat minat bunga daripada daun getah.

Masa tu dia belum kawin Sekarang dah ada anak sorang dah..Comel baby dia..rasa nak picit-picit hidung.


Shida ni peramah sungguh.
Ada yang kenal dak..?

Cot cet cot cet dia bercerita tentang rakan bloger zaman dia aktif dulu.Antaranya mat gebu,ben ashaari,adi,sunnah sakura,sis lin..SK pun termasuk tau!

Saya menjengah ke laman blognya,tapi sayang hanya jumpa post terakhir pun 2016..Semoga kakakecik adishida kembali aktif menulis blog..

6 comments:

  1. Yeeee..dulu ade baca blog dia.. tapi masa tu silent reader je..blog sendiri pun suam² kuku ayam je..hahaha. time tu shida rancak ambik tempahan kek marble karamel tu klu x silap..

    ReplyDelete
  2. Yessss.. sy kenal Adishshida ni. Blogger pencennnnn.. heheheh. Sampai skrg masih keep in touch, tapi di mukabuku sahajo.

    ReplyDelete
  3. 2011 - 2015 zaman ammi berhibernasi dari berblog.. baca je blog dari handphone sendu sebab kat office takleh guna internet. kat rumah masa tu dah penat balik kerja tak kuasa nak on laptop pun..

    ReplyDelete
  4. Sekarang ramai Blogger beralih kepada Instagram 😌😌

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Dah ramai blogger pencen dah...syg la kalau fh ramai follower tiber hilang dari radar...SA macam kenal..tp ingat2 lupa

    ReplyDelete