Friday 13 May 2022

MASAK KOLEH KACANG

Masak Koleh Kacang...Bukan hari ni..tapi hari raya ke-3 masa kat Kedah minggu lepas.


Sebab tu view sawah padi..Sawah pun tengah tak terurus sebab petani baru lepas menuai padi beberapa minggu lepas.Sekarang depa tengah buat persiapan nak menanam semula.


Buat koleh kacang ni tak plan pun..

Tengah kemas laci kabinet dapur.Jumpa macam-macam termasuk beberapa makanan dalam tin dan dalam bungkusan yang dah expired..

Lepas dah select barang expired..masa nak susun semula barang yang masih elok.Jumpa sebungkus tepung kacang hijau..


Tu yang jadi koleh kacang Kebetulan ada gula merah..ada santan segar yang mak frozenkan..Onz

Saya guna 1 cawan santan pekat untuk buat tahi minyak.Tapi kalau sebaiknya guna 2 cawan santan pekat baru elok dapat banyak tahi minyaknya.

Saya masak ½ bungkus tepung kacang hijau tu.Tak sukat pun.Tapi untuk sukatan nak masak koleh kacang atau kuih-kuih yang perlu dikacau,saya selalu guna ratio 1:4

Satu cawan tepung : 4 cawan cecair


KOLEH KACANG

2 cawan tepung kacang hijau (siap sangai)

2 cawan gula perang(yang gelap)

8 cawan santan

1 sudu kecil garam halus

1 daun pandan.

1 cawan tahi minyak

3 sudu minyak( dari tahi minyak)


1. Masak gula perang dengan 2 cawan santan dan tapis.Biar suam.

2. Bancuh tepung kacang hijau dengan air gula perang dan baki santan serta garam.

3. Kacau dalam kuali dengan api yang sederhana hingga mula pekat dan meletup-letup.Selepas sudah meletup - letup..kacau lebih kurang 20 minit hingga ½ jam supaya benar-benar masak dan kental..Kalau tak cukup masak nanti kuih tidak padat dan rasa kurang sedap.

5.Sambil mengacau sambil masukkan sesudu dua minyak hasil dari tahi minyak yang dimasak tadi

6. Sapu loyang dengan minyak dan tuangkan adunan yang sudah masak .


7. Taburkan tahi minyak dan biar sejuk sebelum potong.



Saya gunakan sepenuhnya gula perang yang gelap.Hasilnya warna kuih cantik gelap.Kalau suka lebih manis boleh tambah  dalam adunan sikit gula pasir .


Macam mengacau dodol juga buat kuih ni.Kena bersauna sekejap tahan panas mengadap tetusan wap dari didihan kuih.



Saya buat ½ paket tepung tu dapat 2 bekas ni..1 bekas pyrex ni untuk Achik.



1 bekas loyang ni untuk makan sendiri


Kalau lagi banyak tahi minyak...lagi syok..
 

3 comments:

  1. Pakai tahi minyak ek
    Jaman dulu2 buat minyak daripada nyoq dapatlah tahi minyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Wak..
      Dulu kalau sesiapa ada kelapa banyak,buat minyak sendiri.Kami panggil "minyak tanak".kalau buat goreng pisang..harum berlemak bau dia

      Delete
  2. Sedapnya ada tahi minyak! bertahun saya tak buat koleh kacang. Terasa lemak-lemaknya.

    ReplyDelete