Sunday 13 February 2022

SELAMAT HARI RADIO SEDUNIA

 Tengah menggosok baju dan tudung untuk stok seminggu sambil mendengar Radio Klasik.

Eh,ada drama khas sempena Hari Radio Sedunia hari ini 13 Februari.


Selamat Hari Radio Sedunia.Radio adalah antara media massa yang menjadi penyampai berita kepada orang- orang kampung saya.

Ketika saya darjah satu mak main kutu radio.Bila giliran kami dapat radio,uiii seronok tak terkata.Boleh dengar lagu,warta berita,panggung drama,belajar mengaji dan sumber informasi.

                   pic by Google

Dulu RTM sahaja yang saya tahu wujud.Saya sempat mengenal logo ke-2,3 dan 4 tu.Logo pertama tu saya belum wujud. Kadang mak pusing2 jarum cari chanel Singapura nak dengar drama.Sebagai generasi kelahiran tahun 70-an,membesar pada tahun 80-an,remaja pada tahun 90-an...antara penyanyi popular yang selalu berkumandang suara mereka di radio termasuklah Sharifah Aini,Sudirman,Hail Amir,Uji Rashid,Rina Rahman,Khatijah Ibrahim,Latiff Ibrahim,DJ Dave,Noor Kumalasari dan beberapa orang lagi yang saya dah lupa.Penyanyi berkumpulan yang saya ingat pastilah Carefree,Black Dog Bone,Sweet Charity..D'lloyd...Allycats,

Ideal Sister,Cenderawasih,

Quinary M dan banyak lagi yang saya dah lupa.


DJ radio yang paling saya ingat Chuari Selamat, Manan Selamat dan Ainol Jamal Zainol..Pembaca berita radio pula paling ingat Salasiah Zakaria,Norela Samad,Noraini Ibnu dan sapa lagi entah sebab kompius antara pembaca berita radio dan TV🤭


Hari Sabtu tunggu tepi radio nak dengar  celoteh Kak Yong & Bang Chik.Hari Ahad,balik sekolah kayuh basikal laju-laju sebab nak dengar Panggung Drama pukul 1.45 petang.Pastu kelam kabut mandi nak gi ngaji qur'an pula kat surau pukul 2.30.Antara drama lain termasuklah siri "Fajar di Bumi Permata" iaitu kisah peneroka felda.

Malam(dah tak ingat malam apa) pukul 8 macam tu nak dengar dan sama-sama mengaji dengan keluarga Ustaz Hassan Azahari(bapa pelakon Jalaluddin Hassan tu).


Darjah 4 tahun 80-an saya sekolah petang.Setiap hari pukul 9.30 wajib dengar drama keluarga "No 5 Persiaran 1"


Letrik belum ada kat kampung saya masa tu Hanya pada tahun 1988 ketika sekolah menengah baru ada elektrik kat kampung saya.


            pic by Google

Sebelum tu dengar radio guna bateri sel kering 1.5volt cap 5 kambing  dengan harga 45 sen sebiji.Kena isi 4 biji bateri ni.Kalau jimat-jimat dengar hanya rancangan penting macam berita dan sikit-sikit lagu...bateri tu boleh bertahan sebulan.

            pic by Google

Kalau bateri cap kucing hitam ni mahal sikit tapi tahan lama la..Boleh cecah 2 bulan camtu kot(tak ingat sebab lama sangat) Yang saya ingat kalau bateri ni dah weak,buka volume radio sampai maksima pun,pelan saja bunyi suara radio.Biasanya ayah akan keluarkan bateri tu dan jemur tengah panas.Bertahanlah seminggu dua lagi.Kalau mak beli bateri baru,selalunya ayah akan cilok isi dalam torchlight dan bateri lampu picit yang dah lama tu isi kat radio...

Pastu ayah marah ,kata asyik dengar radio sampai bateri weak..huhuhu..


Paling best bila bulan puasa.Dekat nak berbuka akan dipasang muzik irama padang pasir sebelum azan.Lepas azan disajikan nasyid dari El Suraya,Sinar Murni,Ahmadi Hassan dan kebanyakan kumpulan nasyid dari Indonesia.

Rayaaaaaa....Meriah sungguh!


Meriah la lagu-lagu raya bila dah pertengahan Ramadhan hingga 2 minggu Syawal.Dulu rasanya tak adalah lagu raya sampai sebulan!

Tapi boleh kata semua lagu raya dulu evergreen.Sampai sekarang pun lagu-lagu tu juga yang melekat di hati generasi lama hinggalah generasi muda pun.Antaranya lagu raya nyanyian Ahmad Jais,DJ Dave,Sudirman,Sharifah Aini.Paling evergreen lagu P.Ramlee dan Saloma ka..Eh,lagu Anuar &Elina pun..🎼Berlalu lah sudah Ramadhan🎶🎵

Anuar Zain tu menyanyi sejak kanak-kanak kan..Anuar tu senior   skit la dari saya...tapi dia awet muda...handsome sampai la ni...hihihi


Extra kepentingan dan nostalgia radio ni zaman saya sekolah menengah tingkatan 1.Masa tu belum tinggal di asrama 

Balik sekolah,waktu petang lepas asar,saya akan bawa radio ke bendang.Tolong mak mengerat padi(menuai).Tingkatan 1 menuai padi manual guna sabit khas sambil dengar radio...Pengalaman dan kenangan yang tak pernah luput dalam ingatan.


Paling feeling setiap petang pukul 4 kalau chanel Gelombang Biru ada lagu2 Hindustan. Antara lagu paling saya suka Aane Se Uske Aaye Bahar.Sambil mengerat padi bila dengar lagu ni...Perasan saya pakai sari sambil golek-golek kat Kashmir🤣.Buka tahu maksud lirik tu pun tapi suka melodi nya yang mendayu-dayu.

Saya simpan link  lagu tu dari youtube 

https://youtu.be/Ode9h3g3xrE

Begitulah secebis kisah antara saya dan radio

SELAMAT HARI RADIO SEDUNIA

5 comments:

  1. Uiiii... dia ingat nama-nama juruhebah, siaran radio dll... kita membesar bersama nama-nama itu. Nostalgia sungguh!

    ReplyDelete
  2. Saya ingat semua nama yang Mak Cella sebut tu sebab ibu abah suka dengar radio. Rancangan2 tu semua sy tahu, zaman sy radio dah guna karen, hehehe.

    ReplyDelete
  3. Nostalgia sungguh zaman radio dulu dulu kan. Kat kampung pun ada satu radio, kadang mak suka dengar radio lagu lama lama dulu. Tapi bukan radio bateri lagilah.

    ReplyDelete
  4. Wak jaman sekolah2 dulu selalu dengar radio singapura
    RTM gelombang dia tak berapa bagus masa tu kat sini.

    ReplyDelete
  5. bila mama cella sebut nama2 DJ tu baru teringat...yelah dulu bukan banyak pun siaran radio. Teringat radio arwah mama...jangan sesiapa berani alih sbb kalau alih nanti hilang siarannya sbb aerial dia dah lembik hahaha..

    Rancangan TV tu pun sama dulu boleh kira rancangan apa..pastu iklan pun siap hafal sbb bukan ada remote pun nak tukar bila iklan jadi nak tak nak terpaksa tengok iklan.

    BTW 1988 ammi baru darjah 3 ahaksss

    ReplyDelete