Saturday 26 February 2022

JEMPUTAN KAHWIN ANAK KAK ASIAH


Baru balik menghadiri jemputan walimatulurus kat Dewan Al-Mukhlisin.Jemputan dari mantan CC.Dah pencen dah Kak Asiah sejak 2 tahun yang lalu rupanya.


Sedap-sedap makanan.Ada nasi briyani,ayam masak merah,daging masak hitam,dalca,acar, papadom dan tembikai.Kuih-muih pun banyak jenis.Juga bubur dan teh panas.Paling saya suka,tapai pulutnya.


Melangkah masuk dalam dewan,dah mula kosong sebab dah dekat pukul 3 petang.
Janji dengan Kak Mel & Ros pukul 2.30 sebab tengok pada kad jemputan tu ..pukul 11.30 hingga 1.30 dikhaskan untuk saudara mara.Selepas Zohor barulah untuk jemputan lain.Sejak Covid melanda  ni,masing-masing cuba sesuaikan ikut keadaan semasa.

Dari jauh sahaja snap pelaminan.
Lepas makan gerak balik.Pertengahan jalan hujan kemain lebat.Sampai rumah tak lama azan Asar pun berkumandang..


Guddies..

Roti Gardenia..
Cantik pula



8 comments:

  1. Esok saya pulak ke majlis kahwin anak kawan di Tawau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dah dapat hadiri majlis kahwin.
      Pasti menarik majlis kat Tawau

      Delete
  2. Bestnya dapat makan nasi minyak. Menarik betul dia punya door gift dapat roti sebungkus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      Kan..rupanya Gardenia ada buat door gift dengan product nya...menarik

      Delete
  3. Tengok doorgift tu, teringat goodies time kawin dulu..roti gardenia yg krim coklat n jagung tu n air kotak. Ehh..kebetulan semalam anniversary kiteee. Patutla terkenang² 🤣🤣 bila nampak post mama cella ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa ..happy belated wedding anniversary....🥰🥰🥰

      Delete
  4. Alamak...sedapnya Nasi Pengantin....takde ke yang nak kawen lagi erk...sedara2 pun macam senyap je ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sangat...SA ja la buat nasi minyak🤭🤭🤭
      jangan lupa jemput rakan bloger..hihihi

      Delete