Monday 21 February 2022

BELIMBING SAMBAL CILI API

Tadi lintas depan rumah Wak Warisan Petani,kemain lebat belimbing buluh di pohon.Geram tengok...


Ni belimbing buluh pemberian Ros minggu lepas.Banyak dia kasi...seronok saya.

Beras dalam tong pasti kecut perut!🤣

Periuk susah hati takut bocor🤭


Sebahagian belimbing tu saya belah dua dan setiap belah tu saya hiris tiga.Senang cakap sebiji belimbing saya belah enam🤭
Kalau belimbing kecik belaah dua pun dah ok.Tak belah pun sedap.Dengan syarat masak lama hingga belimbing lut sinar.In sha Allah sedap tak masam sangat kerana masamnya sudah keluar bercampur kuah sambal.

SAMBAL BELIMBING CILI API

30-40 biji belimbing buluh.

1 mangkuk bilis.

minyak,garam dan sedikit gula 


Bahan Blend:

1 mangkuk cili api.

1 labu bawang besar.

3 bawang putih.


1. Panaskan secawan minyak dan goreng bilis hingga garing 

2. Terus tuangkan bahan blend dalam gorengan bilis dan masak hingga mendidih.

3. Masukkan belimbing yang dibelah-belah dan biar mendidih lama hingga belimbing jadi lut sinar.

4. Tambah,garam dan gula sesedap rasa.

* Masak awal beberapa jam sebelum makan supaya lebih sedap.


Saya guna rencah ikan bilis lebih kurang semangkuk.


Cili padi merah +hijau lebih kurang semangkuk.
Campur juga selabu bawang besar dan 3 ulas bawang putih 


Pastu  3 bahan tu blend jangan halus sangat.


Panas minyak.Goreng bilis dan tambah bahan blend.


Bila mendidih masukkan belimbing.



Masak lama agar masam belimbing keluar dan sebati dengan kuah sambal.


Sebekas bagi kat Kak Mel.


Sebekas bagi Ruby dan Yati untuk tambah lauk lunch depa...
Pastu Adah bising kenapa masak lauk ni...Dia makan menambah🤭


7 comments:

  1. Aduh, mana nak cari belimbing ni. Rasanya rumah kazen ada ni. Tapi taknaklah, nanti periuk nasi bocor, habis saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Ops lupa nak pesan..kalau masak dalam periuk aluninium jangan biar semalaman..Nanti rosak periuk dek belimbing ni..Periuk Vision tak pa🤭

      Delete
  2. memang bahaya lauk macamni, kadang makan dengan nasi panas pun dah jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Dana..
      Lauk camni kena dia ja baru nikmat...hihihi

      Delete
  3. Alamakkk sedapnyaaa.. boleh cuba ni, belimbing ada lagi tuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..ada stok belimbing yer..kita dah habis..
      Masak sambal dengan as pedas...Eh,rupanya Lin pun dah masak asam pedas yer...

      Delete
  4. Uishh..kecur air liur tengok sana sini dengan buah belimbing buluh. Ada sambal, goreng telur dan nasi panas tak cari lauk lain dah.

    ReplyDelete