Sunday 20 June 2021

MUFFIN PISANG EMAS

Pisang emas dibawa berlayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Tak pakai mask kompaun menanti.


Hahahaha jahanam pantun lama.Tapi ni disesuaikan dengan keadaan semasa la kan...Hihihi

Muffin Pisang Emas.


Masih semalam punya cerita.


Semalam hanya masak nasi goreng ikan rebus untuk brunch disebabkan nasi seperiuk tidak bersentuh tu kan.


Jadi lepas masak nasi goreng,merajinkan diri buat muffin pisang pula


Pisang emas yang dibeli  dua hari lepas.Cari pisang untuk goreng takdak..Dapat pisang untuk dessert ni ja
Guna la 5 biji buat muffin.Cuma kalau guna pisang pisang emas,saya tambah lagi sebiji telur sebab pisang emas isinya padat.Kalau guna pisang cavendish @ pisang rastali pisangnya lebih lembut berair sikit.

Dapat la 17 cups.Jumlah cups ni bergantung saiz cup tu.Kalau cup kecik dapat la banyak.Kalau cup besar dapat sikit la.

MUFFIN PISANG

2 cawan pisang lenyek

3 cawan tepung self raising

1 cawan gula perang

1 cawan minyak jagung

2 biji telur

1/2 cawan coklat chip (jika suka) 

1/2 cawan almond flakes(jika suka) 

1/2 sudu teh soda bikarbonat

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh esen pisang

15-20  paper cup tebal

1. Pisang lenyak dicampur garam dan soda bikarbonat. Biar 5 minit. 


2. Masukkan telur dan gula perang. Kacau hingga gula larut. 


3. Tambah minyak jagung & esen pisang. 


4. Kaup & balikkkan tepung sikit demi sikit hingga adunan agak pekat macam cekodok pisang. Tambah coklat chip jika suka


5.Sudukan ke dalam paper cup & taburkan almond flakes. Sementara tu panaskan oven 180°


6. Bakar selama 20-25 minit. Cucuk dengan lidi, jika lidi yang keluar tu bersih tiada kesan adunan melekit, tandanya kuih sudah masak. 



Ada yang letak almond flakes & ada yang plain.Biasanya letak chips chocolate ..Tapi malas nak selongkar "tong bakery" hihihi....

Bekal anak bujang.Taknak dah dia bawa bekal nasi goreng.Nasib baik masak muffin ni.


4 comments:

  1. Saya tak boleh tengok muffin! Aroma nya waktu dibakar pun dah cukup menggoda selera! Makan ketika panas sikit sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang kat dapur cikgu banyak lagi tu...apa lagi..moh ler...
      hihihi

      Delete
    2. Hehehee... malas nak mengangkut segala peralatan, mixer & oven dari stor.

      Delete
  2. lama tk buat muffin..suka buat muffin blueberry dan chocolate chips

    ReplyDelete