Sunday 13 June 2021

MUAMALAH & KASIH SAYANG

 Saya panjangkan perkongsian Al-Ustaz Kamarul Hafidz pagi ini..

سألها المذيع " هل تعلمين من إستدعاكِ إلى هنا "

قالت " لا أدري من ؟ "

قال أنظري

قالت " إنه زوجي نور عيني وشمعة حياتي "

قال المذيع " جاء ليكرمك لأنكِ لم تتركيه وتعبتِ من أجله بعد مرضه وعجزه عن المشي "

قالت " دللني وأحسن معاملتي قبل مرضه كيف لي أن أتركه ... 

"جاء الزوج ليكرمها فعجز عن التعبير وبكى"

هذه هي النتيجة من العشرة الطيبة بأرقى معانيها والحب الصادق في الحياة الزوجية ❤️  .


Wanita itu ditanya oleh pengacara : " Adakah puan tahu siapakah yang mengundang puan ke sini?".

Wanita tersebut berkata :

" Tak tahu siapa ".

Cuba lihat ... 

"Ya salam , itu adalah suamiku , penyejuk mataku dan penyeri hidupku ".

Pengacara itu berkata lagi : "Suami puan datang semata mata untuk memuliakan puan kerana puan tidak mengabaikannya dan puan sanggup berpenat demi menjaganya semasa dia sakit dan tidak mampu berjalan".

Wanita tersebut berkata : " Dia telah berbuat baik kepadaku dan bermuamalah denganku dengan muamalah yang baik sebelum dia sakit ... jadi bagaimana aku harus meniggalkannya". 

 Suaminya datang kepadanya bagi memuliakannya tanpa mampu berkata kata dan terus menangis . 


# Itulah hasil daripada muamalah yang baik dan kasih sayang yang sejati yang dilaksanakan di dalam kehidupan suami isteri.

No comments:

Post a Comment