Sunday 13 June 2021

RENDANG AYAM GORENG

 Akhir Syawal 1442,ramai juga yang merendang & ketupat.Saya juga ..Merendang,memburas & ketupat segera.


Semalam,seawal 5 pagi saya sudah merebus ketupat segera Adabi.Sehari sebelumnya memburas.


Sekitar 9 pagi selepas ketupatnya sudah matang & ayam beku sudah reheat,bermulalah proses merendang ayam


Kali ini saya bikin rendang ayam goreng.Ayamnya digoreng duluan sebelum direndang bersama bumbunya.

RENDANG AYAM GORENG
1 ekor ayam- potong 
1 kotak santan
1 asam keping
1 sudu gula melaka
1 sudu garam
1 sudu kerisik
1 bungkus rempah rendang Adabi
1 helai daun kunyit
minyak

Bahan blend:
20 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih
3 batang serai
1 ketul kecil lengkuas


1. Ayam digaul garan kunyit & digoreng.Tidak perlu terlalu garing,sekadar masak isinya.

2. Dalam minyak yang sama anggaran ½ cawan minyak,tumis bahan blend hingga garing.Tambah rempah rendang Adabi.

3. Masukkan asam,garam,gula melaka,kerisik & masak hingga naik minyak.

4. Masukkan ayam & santan.Balik-balikkan sehingga mendidih & kuah pekat.

5. Taburkan daun kunyit & sesuaikan rasa.

Ayam goreng dimasukkan ke dalam kuah rendang.Untuk masak dalam jumlah yang banyak memang practikal ayamnya digoreng dulu.Contohnya untuk rendang raya,majlis keramaian ( tunggu lepas PKP) & juga untuk beginer yang nak merendang.Eh,yang berjualam pulut kuning bagai juga,elok cuba rendang guna ayam goreng.Nak- nak pula kalau jenis masak malam & paginya nak ulang panaskan.Selain mengelakkan ayam hancur,rasanya juga lebih sedap kerana isi ayam lebih pejal & berperisa.Apapun ini hanya pandangan saya.Tapi rasanya ini sesuai untuk ayam daging yang selalu kita beli di pasar.Kalau ayam pencen @ ayam kampung lebih sesuai terus direndang tanpa goreng.Jika menggunakan santan segar juga tidak perlu tumis,sebaliknya terus direndang kerana santan segar akan mengeluarkan minyak jika dimasak lama.Saya selalu menumis dahulu rempahnya jika menggunakan santan kotak.Ia bertujuan mengeluarkan bau harun bahan belnd & juga untuk kuah lebih cantik berminyak.

Tambah santan.

Rendang Ayam Goreng in the making.


Siap.

Ketupat Adabi sudah direbus.Malangnya saya terkena ketupat Adabi yang lembik.Mungkin ini stok raya hari tu.Dalam media social nampaknada pihak Adabi memohon maaf bila ramai konsumer komplen ketupat Adabi lembik.Nasib baik masa raya saya guna stok lama & elok kejadiannnya.
Nampaknya baki ketupat yang belum direbus kena lablekan "ketupat lembik"supaya lepas ni boleh deside nak rebus @ nak biarkan sahaja.Hihihi


Kali ini saya hanya merebus 20 pcs ketupat Adabi kerana masih ada baki burasak.

Saya makan rendang dengan buras.Tak jadi pun masak asam pedas & serondeng kelapa.Hihihi

Cella hanya nak ayamnya ,taknak kuah sebab takut pedas.Takut sakit perut sebab lepas ni nak buat presentation.
Adah pula tak tahu dah hanyut ke dunia maya mana...hihihi

Petangnya sambung lagi makan ketupat Adabi yang lembik itu dengan rendang. Rebus lama & biar sejuk  pun tetap tak padat & tak cantik bila potong.Mungkin yang ini kena dengan selera kak Saniah yang lebih gemarkan ketupat yang lebih lembut.Setiap kali masak ketupat kena yang lembut macam ni teringat Kak Saniah.Senyap sunyi dah,agaknya seronok berkebun dimusim PKP ni....


7 comments:

  1. hmmm sedapnyaa

    terliur tengok

    ReplyDelete
  2. nmpk pon sedap rendang ayam tuuh., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah sedap bagi penggemar rendang..hihihi

      Delete
  3. Saya pun suka ketupat lembik.dia.mcm blend je dgn rendang dan kuah kacang
    Klu mkn dgn sayur lodeh lagi lah sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan...selera berbeza- beza.Agaknya Adabi pun nak berlaku adil la tu.Dah lama ikut selera orang suka ketupat keras.Sesekali depa ikut selera yang suka lembik pulak kan...hihihi

      Delete
  4. Tu la..Memang tah habis la jawabnya.Nak buat nasi impit goreng pun tak cantik melengas ..pasni macam nak buat sendiri ja...

    ReplyDelete