Tuesday 15 June 2021

SAMPAI HATI BIARKAN KAMI TERBAKAR

 

SAMPAI HATI BIARKAN KAMI TERBAKAR


Ada seorang wanita bertanya kepada mufti, “Bagaimana caranya membangunkan anak-anak saya yang sedang tertidur nyenyak untuk solat Subuh?”


Mufti menjawab dengan bertanya semula kepada wanita tersebut, “Apa yang akan kamu lakukan jika rumahmu terbakar dan pada saat itu anak-anakmu sedang tidur nyenyak?” 


Wanita tersebut berkata, “Saya pasti akan membangunkan mereka dari tidurnya.”


Mufti menjawab, “Bagaimana jika mereka sedang tertidur nyenyak?”


Wanita itu kemudian menjawab, “Demi Allah! Saya akan membangunkan mereka sampai benar-benar bangun, jika mereka tidak bangun juga, saya akan menarik dan menyeret mereka sampai keluar dari rumah.”


Mufti kemudian menjawab, “Jika itu yang kamu akan lakukan untuk menyelamatkan anak-anakmu dari api dunia, lakukanlah hal yang sama untuk menyelamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak.” (Abuya As-Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki)


“Itupun kalau kamu sayang sama anakmu. Kalau tidak pasti kamu tidak akan membangunkannya dengan alasan kesianlah, biarkanlah, jangan ganggu tidur merekalah.


Padahal secara tidak sedar, kita telah memasukkan anak kesayangan kita ke api neraka. Bayangkan satu kali solat, 5,000 tahun kita telah memanggang anak kita di atas api neraka. Nauzubilah, semoga kita selalu menyayangi orang-orang terdekat dengan kita semua,”


Allah ta^ala berfirman:


يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا وقودها الناس والحجارة


Mafhumnya: "Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6].





4 comments:

  1. Replies
    1. Semoga kita semua dijauhkan dari siksa api neraka...

      Delete
  2. Itulah... di sebalik nikmat hidup yang Allah beri, besar tanggungjawab kita untuk menjadi hamba-Nya yang bertaqwa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      Takut sangat kerana kelalaian mendidik diri & anak-anak.Kalau masa boleh diundur..walaupun tahu pintu taubat sentiasa terbuka.

      Delete