Wednesday 9 June 2021

PETIK TERUNG PIPIT & CERITA SENAPANG KAYU

 

Saya suka terung pipit dimasak sambal dengan bilis.Salah satu lauk yang paling saya tak suka zaman kanak-kanak,tapi menjadi pembuka selera setelah dewasa (tua sebenarnya) hihihi

Tapi ni bukan sambal untuk hari ni.Ni ceritanya dalam draff .Tapi bukan la lama sangat.Ini draff awal bulan lepas masa dapat rentas negeri 3 hari tu.


Patik terung pipit di kebun ulam mak tepi dapur.

Buahnya kemain banyak.Walaupun setiap tangkai tak lebat tapi bila tangkainya banyak,maka buahnya pun banyak la

Mak suruh petik yang muda


Tapi saya suka buah yang dah agak tua.Baru la terasa bila makan.

Katika saya memetik terung pipit ni,mak leka bercerita pasal sambal terung pipit dengan bilis.
Saya pula setiap kali terpandang terung pipit ni akan teringat satu peristiwa masa Achik masih kecil.Ketika tu cuti sekolah & kanak-kanak lelaki bermain senapang kayu berpelurukan terung pipit ni.Abang kami iaitu abang D bermain perang-perang bersama kawan-kawan lelaki & kami yang perempuan bermain masak-masak di tapak surau lama dekat kubur.

Pihak lawan tidak dapat menembak abang D kerana dia memang licik dapat menyorok di sebalik pokok gemia.Marahkan tak dapat tembak abang D maka salah sorang tu yang bernama Alias membalas dendam dengan menembak Achik yang sedang bermain bersama saya.Meraung la Achik kena peluru terung pipit ni.Bila tengok Achik kena tembak,abang D segera keluar dari persembunyian & persis seorang pendekar terus abang D cekak leher Alias & saya masih terbayang dengan jelas bagaimana abang D menerajang & memijak badan Alias hingga semua yang menonton kecut perut.Salah seorang saudara Alias segera berlari memaklumkan kepada bapa Alias.Rakan lain segera menyuruh abang D lari kerana bapa Alias datang membawa ekor ikan pari untuk belasah abang D.Sambil mendukung Achik yang dalam lingkungan 4/5 tahun,abang D segera berlari pulang.Semua permaianan terhenti & berderet mengikut pergerakan abang D & CheyChik untuk melihat apa yang akan berlaku seterusnya.Semasa melintasi rumah tok wan,abang D meninggalkan Achik di tepi tok wan yang sedang  mengikir kayu koq.Abang D terus berlari balik bersembunyi di rumah kami.
Kami yang beramai mengekor dari belakang semua berdebar.
Melihat tokwan ada di situ,Chey Chik terus tak jadi kejar abang D & terus melencong balik ke rumahnya.Tokwan memang tidak tahu apa cerita yang berlaku.Tokwan leka menyiapkan koknya untuk dijual.Tapi dari mulut kawan- kawan lain CheyChik memberi amaran agar abang D jangan berani menjejak ke rumahnya jika tidak mahu merasa bisa ekor ikan pari.Kemudian saya pun tidak ingat apa kesudahannya.Yang saya ingat beberapa lama kemudian,abang D & Alias elok sahaja berkawan & bermain perang-perang semula.
Hahahaha...
Saya pernah beberapa kali menceritakan peristiwa ini kepada Achik,malangnya Achik kata dia tak ingat.Dengan abang D saya belum pernah bertanya samaada dia masih ingat atau sebaliknya peristiwa senapang kayu peluru terung pipit ni..Hihihi


SAMBAL BILIS TERING PIPIT
1 cawan terung pipit
2 cawan ikan bilis bersih
1 asam keping
½ sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 baaang besar hiris
1/4 cawan minyak

Bahan  Blend
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Panas minyak dan goreng bilis.angkat
2. Tumis bahan blend dlm minyak yang sama hingga naik minyak.
3. Masukkan terung pipit dan 1 cawan air.
Masak hingga mendidih dan terung menjadi empuk
4. Tambah asam keping,garam dan gula
5. Bila pekat masukkan ikan bilis dan sesuaikan rasa


10 comments:

  1. Nostalgia dulu2 budak kpg mesti ada kenangan terung pipit ni.sambil meranduk semak smpi calar balar kutip jugak segala pucuk dan buah yg boleh dimakan .sekarang terung pipit masih banyak kedapatan tapi selera tua ni dah tak lahap lagi kena mkn sensorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dapat mengenang nostalgia lama kan..Anak2 jaman now tunggu 30,40 tahun lagi akan mengenang PKP,PKPP,PKPD,PKPB pulak agaknya...hihihi

      Delete
  2. Replies
    1. Saya pun zaman kanak-kanak & zaman muda tak suka terung ni.Dah makin berumur ni tersuka pula..hihihi

      Delete
  3. Bapak2 toksahlah masuk campur anak2 bergaduh, nanti anak elok dah berkawan, bapak2 masih masam muka, hihi.

    Sy jarang2 makan terung pipit ni, kalau letak depan mata, nak jugak menceduknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. HHihihi...teringat sajak "Anak Jiran Tionghua" masa form 5 dulu.Kisah perpaduan iaitu ibubbapa jangan campur tangan kalau anak-anak bergaduh kerana mereka akan berbaik semula.

      Terubg pipit ni ,peminatnya tidaklah seramai peminat terung panjang purple tu.Tapi kat sini terung pipit sekilo RM 15.99.Tapi takdelah nak belinsekilo..hihihi

      Delete
  4. Kenangan indah zaman kanak-kanak.
    Saya teringat kalau Bonda suruh petik terung pipit, saya pakai baju lengan panjang sebab takut terkena bulu pada batang pokok terung pipit tu.
    Mama Cella ni makan apa ye? Banyak cerita lampau boleh diingat dengan baik. Memang kuat ingatan sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..batang dia macam berbulu.Duri pun ada kat dahan pokok terung.Kadang boleh terkoyak baju dek tersangkut durinya.

      Hihihi..Banyak juga peristiwa zaman kanak-kanak memang masih segar dalam ingatan.Yang peliknya banyak pula peristiwa yang baru 20_25 tahu berlalu pakat sembang kembali bersama keluarga @ kawan2,banyak yang saya langsung tak ingat.Tak tau pasai pa jadi macam tu

      Delete
  5. Dulu2 buah terung pipit ni buat sambal
    Sekarang pokok terung pipit wak tebang aje jadi semak kebun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau banyak sangat pokok memang tak termakan kan wak...memang jadi semak la sebab pokoknya merendang kan

      Delete