Wednesday 16 June 2021

MASAK BURN CHEESE CAKE GUNA AIR FRYER - BY ADAH

 Adah masak burn cheese cake.Dia cakap mudah sahaja,guna air fryer


Adah tak suka sliece cheese dia kata bau macam basi tapi cheese cake dia laju pula makan.Saya pula yang tak berapa bak jalan..Hihihihi

Dia masak 2 biji.Tapi taklah besar & tak tebal sangat .1 adunan dia kata kena bahagi dua sebab guna air fyer..
Kalau guna oven boleh masukkan dalam 1 loyang sahaja.Kalau air fryer ni dia kata kena bahagi dua sebab masak bakar kek akan naik tinggi.Takut melimpah & cecah bahagian atas fryer tu.

Tapi bila kek dah sejuk memang turun la.

Bahan-bahan yang diperlukan:

 Cream cheese 250g
 Gula halus 1/2 cawan
 Telur 3biji
Tepung gandum 2 sudu besar
Whiping cream 125ml

Cara-cara penyediaannya:

1) Blender semua bahan hingga lembut.
2) Masukkan dalam loyang 6” dan AF dgn suhu 180° selama 20 minit.
3) Dah siap, biarkan sejuk then masuk peti ais. Bila sejuk baru potong.


Semua bahan  dia kata masuk dalam blender & blend semuanya hingga creamy.

Pastu guna loyang 6inci tu sahaja.Tu pun dia isi separuh sahaja sebab katanya nanti masa bake kek akan naik tinggi.
Tengok loyang tu rasa nak buat KEK SANDWICH VICTORIA pula.Pernah buat untuk mengimbau nostalgia zaman sekolah masa belajar subject SRT.Rindunya kenangan lalu.

Pinjam video Adah.Dia sibok dok buat video nak upload kat IG ka apa ka..


Masuk ni rasanya dah dekat 10 kali dah kot dia buat burn cheese cake ni.
Saya suruh dia belajar buat chiller cheese cake,tapi dia kata payah nak cari gelatin yang halal.Teringat masa dia sekolah menengah dulu,selalu juga order non bake cheese cake dari mak kawan sekolahnya.Tak pernah jumpa pun mak kawannya tu tapi sedap sungguh black cherry cheese cake yang mak kawannya jual tu.Bila dia dah habis sekolah dah tak dapat order lagi dah sebab masa tu tak terfikir nak ambil no telefon.Selalu suruh Adah order melalui kawannya tu sahaja.



1 comment:

  1. Kalau dapat sepotong ni, sedapnyalah. Nak buat malas hihihiiii.

    ReplyDelete