Tuesday 3 April 2018

HUJAN RAHMAT & BUMI YANG SUBUR...


Hujan Lebat diwaktu petang...
Cahaya matahari hilang..
Yang ada hanya bunyi hujan..
Mencurah- curah seperti dituangkan dari langit..
Sudah berakhirkah musim panas .
Sudah tibakah musim hujan..
Ah...sekarang ni cuaca memang begitu..
Tengah panas pun bileh hujan..
Seperti kata bidalan...
"Disangka Panas Hingga Ke Petang..Rupanya Hujan DiTengahari..."
Maksudnya kita mengharap apa yang kita shka itu kekel selamanya..tetapi musibah menimpa tanpa diduga...
Tapi kita selalu baca dalam FB..dalam wasap...
Kita kecewa bila dihari panas tiba2 Allah turunkan hujan...
Namun kita x tahu sebabnya Allah akan memberi pelangi selepas hujan..



Pokok2 gembira menerima hujan....
Kerana setiap hidupan memerlukan Air,Udara dan Makanan..
Manusia juga sangat memerlukan air ...
Tapi kenapa tidak menyukai hujan..
Betullah kata sesetengah orang...
Kita sangat memerlukan hujan..
Tapi tidak menyukai hujan..?
Kalau musim hujan dikata cuaca buruk..
Kalau musim panas dikata cuaca baik..
Kalau sesetengah negara ada musim panas..musim sejuk..musim bunga dan musim luruh
Aku belajar Sains dan Geo..
Tapi sampai sekarang aku masih keliru...
Senang cakap ...x faham la..!
Cikgu Sains cakap pasang surut air laut dipengaruhi oleh bulan..
Siang dan malam..
Perubahan musim dipengaruhi putaran matahari..
Apa plak Kaitan Putaran Matahari..?
Haaa...kan belajar Sains...putaran matahari memberikan kita perubahan waktu siang dan malam..
Putaran matahari juga menyebabkan berlaku perubahan musim ...Winter...Authum, Spring..Summer...
Dengan putaran musim manusia boleh merancang...contohnya untuk pertanian...
Kenalah rancang supaya hasil pertanian seperti padi dna gandum akan masak pada musim panas supaya membantu padi dan gandum cepat masak dan senang untuk dikeringkan..
Ooooo....baru aku faham sikit bila mak aku bagi contoh camtu...
Agaknya mak aku ni dolu nak jadi Cikgu Geografi kot...hahahaha
Tapi Malaysia ada musim panas dan musim hujan jer...
Pun mak aku cakap kena bersyukur kerana denga 2 musim itulah Malaysia menjadi sebuah negara yang sangat subu untuk pertanian..
Mak aku cakap seorang ulama pernah berkata bahawa  umat Islam diMalaysia sangat bertuah kerana adanya HUJAN sepanjang tahun..
Kenapa bertuah..?
Sebab kata ulamak tu....waktu hujan adalah antara waktu yang sangat MUSTAJAB untuk berdoa..
Sedangkan sesetengah negara seperti Arab.. Africa dsbnya....jarang sekali hujan turun..
Sesekali hujan turun,berlumba2 umat Islamnya berdoa ketika hujan ..
Sedang kita hampir sepanjang tahun Allah kurniakan hujan iaitu waktu mustajabnya doa..
Masha Allah....!
Maka ku cakap ulamak tu juga ada berkata...Malaysia ini bumi yang subur kerana jika ditanam tongkat akan menjadi pokok...sedangkan ada negara ditanam pokok menjadi tongkat..!
Aduh...apa plak maksudnya..?
Kata mak aku...maksudnya....betapa suburnya bumu Malaysia sehingga jika sebatang ranting kayu itu jika ditanam memang akan bertunas dan tumbuh menjadi sebatang pokok..kerana sentiasa disirami hujan...
Sedangkan dinegara yang kering kontang jika ditanam anak pokok pasti akan kering dan mati.x akan tumbuh,hanya boleh dijadikan tongkat sahaja..
Subhanallah....Alhamdulillah....Lailahillallah...Allahu Akbar...!!!!
Kenapa selama ini aku langsung x pernah terfikir hingga sejauh itu..
Aku hanya selalu terfikir kena Allah x jadikan Malaysia ini negara 4 musim supaya aku boleh bermain salji..
Tetapi disebalik tiada salji itu rupanya Allah sediakan lebih daripada apa yang kita perlukan..!
Astaghfirullah...
Banyaknya nikmat Allah kurniakan kepada kita...

Hujan masih lebat ketika coretan diary ini dicatatkan...



Ketika hujan semakin reda...
Swan & Flamingo begitu seronok kerana lopak2 dipenuhi air hujan...
Hujan adalah berita gembira buat mereka....







2 comments:

  1. salam

    benar.. kita patut bersyukur.. sebab Negara kita selalu hujan..

    dan kita patut jaga alam sekitar.. supaya tidak ada berlaku Tanah runtuh sebab Tanah gondol, pokok nipah dan paya bakau di bela.. supaya dapat mengelakkan banjir dan hakisan..

    tapi memang benar.. dibumi Malaysia kita bertuah.. cucuk apa pokok biji benih semua bercambah.. makanan sayuran pun mewah tapi kena rajin la macam nenek awak ... bercucuk tanam.

    kalau Negara yang sejuk dan beku... harap 5-6 bulan utk bercucuk tanam..
    kalau Alaska 3 bulan je ada musim utk bercucuk tanam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu...insap.!!
      Kena bersyukur kan...
      Huhuhu

      Delete