Tuesday 26 September 2017

DAGING HARIMAU MENANGIS CICAH AIR ASAM


Daging Harimau Menangis Cicah Air Asam..
Haaa....pernah dengar Daging Harimau Menangis?
Haaaa.....aku pun baru 1st time dengar masa Raya haji hari tu...
Sebab Pakcik yang bagitahu
Masa tengah timbang dagiing Qurban tu..
Pakcik yang bagitau bahagian-bahagian daging & juga pasal
DAGING HARIMAU MENANGIS tu kat sini....



Ni la Daging Harimau Menangis Bakar
Ni namanya DAGING HARIMAUMENANGIS...
Bukan la DAGING HARIMAU
Daging Harimau orang Islam mana boleh makan..
Orang Non Muslim pun x boleh makan dah Daging Harimau
Sebab Harimau salah satu spesis binatang yang dilindungi kerana hampir pupus




Daging Harimau Menangis baru kuar dari freezer
Ada banyak plastik bungkusan daging ...tulang..hati...lemak..ayam
Semua mak aku tulis lable
Sebabnya mak aku kata kalau dah beku keras macam ait batu kita dah x kenal mana daging...mana tulang..mana hati..mana Harimau Menangis..
Dolu mak aku cakap sebab x tulis lable...
Banyak kali juga terjadi..
Nak masak yang lain....tapi terdefross yang lain
Bila dah defross kena la masak walaupun bukan yang dikehendaki
So,bila dah lable...xde lah tersalah amik bungkusan lagi



Daging Harimau Menangis tengah tunggu defross..
Masih keras macam air batu



Dah defros..
Dah lembut dah..
Daging ni memang ada lemak
Pakcik cakap sebab tu sedap jika dibakar dan Cicah Air asam

Ikut info dari Google...
Yang bahagian daging ditandakan warna pink tu la Daging Harimau Menangis tu...
Hari tu Pakcik dah citer pasal asal usul nama Daging Harimau Menangis..
Daging ni dinamakan Daging Harimau Menangis kerana bahagian daging ni berada di celah peha lembu
Bagaian daging ni berlemak dan sangat sedap
Tetapi kerana teletak dicelah peha lembu
Maka telah menyebabkan harimau susuah nak membaham pada bahagian daging yang sedap ni
Sebab tu la hariamua menangis
Kerana frust..
Hahahaha...
Aku x tahu memang citer tu betul atau Pakcik hanya sekadar bergurau..
Tapi bila Google memang macam tu jugak citernya..

 Ini lak sumber dari youtube...
Video menunjukkan bahagian daging Harimau Menangis tu...
Memang dicelah peha lembu
Nak tengok hjelas boleh  KLICK SINI...

Ni pun sumber dari Google.
Daging Harimau Menangis in English is Terderloin...
Tapi Google nyer pic memang merah cantik la...


Ni Daging Harimau Menangis
Terderloin..
xdelah merah cantik macam kat google Sebab xde edit bagai
Just camera handphone jer nih
 Ready nak bakar
Dah potong-potong 
Daging Bakar..
nak Cicah Air Asam


Mak aku cakap just sapu sikit garam dan panggang dalam Pan Vantage jer


Panggang sampai masak dan nampak berrminyak
Pastu hiirs nipis-bipis


Makan la cicah ngan Air Asam Tomato
Air Asam ni patutnya nama Air Asam Kerisik
Tapi sebab kerisik tu aku dah teerbuang...hahahahaha
xdelah namanya Air Asam Kerisik lagi
Sebabnya masa aku kemas Peti Ais hari Jumaat tu aku buang segala macam bungkusan yang aku nampak cam dah x elok..cam cendawan putih jer
Mak aku cakap kerisik tu sepatutnya elok lagi
Cuma bila simpan dalam peti ais memang la nampak macam x eloh sebab minyak kerisik tu beku nampak macam dah cendawan..
Yang putih macam cendawan tu mak aku cakap minyak kerisik..
Hahaha...mana aku tahu...
Aku dah buang semua dah..
Hihihihi...


Sebab Daging tu x banyak sangat
Mak aku tambah beberapa ketul Ayam
Pun dipanggang untuk cicah Air Asam ni


Daging tu sedap
Berlemak..
Yummy
Ayam tu pun sedap..
Moist


AIR ASAM KERISIK

1 tomato masak -
1/2 bawang besar - hiris
1 limau nipis
1 sudu kerisik
¼ cawan santan pekat


Bahan Blend:
10 cili padi
3 cili merah
1 ketul kecik belacan
1 cawan air asam jawa cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 bawang besar

- Blend semua bahan blend dan gaul dengan tomato serta bawang hiris dan kerisik...Optional jika nak tambah santan pekat...Perahkan limau dan sesuaikan rasanya


Makan Nasi Daging Harimau Menangis Cicah Air Asam
Minum plak mak aku buatkan Sirap Laici
Boleh tengok cara buat Sirap Laici  KAT SINI....


Masa cari info pasal Daging Harimau Menangis ni memang banyak la dapat info lain juga pasal daging...
Pasal daging "Wagyu" memang aku dah tahu sejak sekolah rendah sebab ada slot " Tahukah Anda" kat perhimpunan...
Memang aku masih ingat pasal Daging Wagyu tu alah Daging Lembu paljng mahal.
Sebab lembu- lembu tu diternak khas di Kobe Jepun dan dijaga dengan istimewa sekali.
Lembu- lembu yang diberi makanan terpilih berkualiti...dimandikan..dipasang muzik dan sentiasa dipantau supaya lembu tu x stress..
Sebab orang Jepun percaya kalau lembu tenang dan x stress ..dagingnya akan lembut dan sedap..
Aku masih ingat pasal Lembu Wagyu tu sebab masa tu cikgu pernah cakap masa kat perhimpunan tu..

"Agak- agak kamu...cikgu- cikgu kat depan ni dagingnya macam daging Wagyu tak..???"
Hahahaha....
Soklan tu mesti nak bagitau kitorang yang daging cikgu- cikgu liat x selembut daging Wagyu sebab cikgu- cikgu stress ngan kitorang ler tew....
Kikikikiki
Syyyyyy....
Korang aser mak- mak korang nyer daging cam daging Wagyu ker x..?
Ke cam daging Harimau Menangis...
Kikikikiki...
Tapi bila baca banyak info dan knowledge..
Baru aku tahu yang Raja- raja & Ratu bukan setakat x makan khinzir..
Tetapi daging khinzir jug diharamkan masuk istana...
Orang Islam dah memang tahu kenapa dagung khinzir haram ...
Aku share link ...not just  ABOUT WAGYU...kat sini


5 comments:

  1. Nama tak tahan nak bace 😚😚

    ReplyDelete
  2. sedapnyerrr terliur plakk tgkk..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama

    jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)

    jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik

    ReplyDelete