Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Saturday 8 June 2013
BERLAKON NGAN ELLY MAZLIN
Hehehe....jgn xtau..aku pun pernah jadi pelakon tau..(pelakon tambahan pun,pelakon la jugak kan..hehehe)
Sekolah aku selalu juga jadi lokasi shooting ..So ,selalu jugak la dapat jumpa pelakon..Antara yang pernah aku jumpa waktu dorang datang shooting kat sekolah aku ialah Rozita Che wan,Rusdi Ramli, Nazim Othman,Elly Mazlin & ada la ramai lagi yang aku dh tak ingat nama...Cuma dalam banyak2 tu,ada la 2 kali aku juga termasuk dalam itu cerita...
Sebenarnya ,cikgu Norimah yang disuruh cari beberapa orang pelakon kanak-kanak(sebagai pelakon tambahan la..) untuk berlakon jadi pelajar sekolah...(tq cikgu sbb masukkan saya sekali,dapat la pengalaman walaupun xde dialog pun...hehehe). Kak Elly berlakon jadi guru sekolah...(huh,kalau dia betul2 jadi cikgu aku best kan..)
Ni kisah bulan Mac yang lalu sh..Akupun dh lupa apa tajuk telefilem tu...(Rasanya "Melly" kot kalau tak silap aku..)Tapi gambar2 ni dh lepas berlakon dah.Aku & 2,3 orang lagi tu berlakon sehari sebelum tu...Esoknya tu hanya gi tengok je & nak amik gambar sbb semalam tu x bw camera..Kebetulan masa ni cuaca hujan & dorang berkumpul dalam kelas Pra Sekolah.. Akupun minta la Arif (anak ckgu Norimah amik gambar)
Nampak sangat beza warna kulit aku ngan kak Elly ni kan..hehehe
Ni la Ariff anak cikgu Norimah yang tolong amik gambar aku.. Ni aku plak amik gambar dia..Dia xdapat berlakon sbb nak pelakon perempuan & yang kecik je..(kecik ke aku..? Kecik la juga berbanding Arif.hahaa)..Ha,yang tudung kuning kat belakang tu la cikgu Norimah..Yang warna pink tu Ustazah Naimah(semua mah..mah..)
Sebenarnya ada lagi beberapa gambar aku ngan beberapa orang artis tapi ntah mana2 aku save...Ni pun mak aku yang creatkan 1 folder dalam PC untuk gambar2 aku...Orang bukan kenal akupun,orang kenal artis je,tapi bila menempel kat artis rasa la fofular jap..hahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment