Tuesday, 7 April 2026

MEE RUSKI TOMYUM UNTUK IFTAR PUASA 6

 

Semangkuk Mee Ruski Tom Yum  untuk juadah iftar puasa 6 hari Jumaat lepas.Mee Ruski Tom Yum adalah antara jenama mee segera berperisa tom yam yang sangat saya suka.Tapi untuk perisa tomyam sahaja la zebab kalau perisa kari saya suka jenama lain..Kalau mee goreng pun suka jenama lain..
Pada saya kalau tom yum...memang tak leh lawan Ruski ni...Pekat pedas..masam semua memang sedap seungguh.Mee dia pula kenyal yang takda pada mee segera lain...hihihi puji sikit kot Ruski ada nampak🤣


Sejak bulan puasa hari tu teringin sungghu nak makan mee Ruski Tom Yum ni...Tapi takkan nak nak masak mee segera pulak untuk berbuka time anak beranak semua ada kat rumah.Nak masak masa moreh..macam berat pulak sebab nanti nak bangun sahur lagi..Nak masak sa sahur,takut perut meragam pula sebab awal pagi...Eh,alasan demai alasan sampailan dah raya....Balik Kedah cari mee jenama Ruski ni takda la pulak..Kalau ada pun kena pu Mydin Alor Setar nu...Lagi pun musim raya perut dah disogokkan aneka makanan lain yang lebih menarik...hihihi



Bulan puasa tu dah beli pack 5 bungkus mee Ruski Tom Yum ni...Ingatkan ada la dalam kabinet dapur tu..Sekali bila bila buka masa balik dari kampung minggu lepas dah yillek...Seminggu tinggal balik kampung dia kat rumah hari hari makan megi jerlah agaknya...hihihi


Akhirnya ..Jumaat lepas melunaskan keinginan anak tekak sendiri..
Adah & suami dia...habis kerja depa pi makan Ayam Gepuk Top Global...
Cella tak balik...Anak jantan tu makan kat tempat kerja dah katanya..
Yes..kita sengsorang kat rumah masak mee Ruski TomYum jer lah...Pukul 7.23 waktu maghrib & berbuka kat KL ...Pukul 7.15 baru masuk dapur..Nak masak yang semudah ABC kan....


A
Jerang 2 cawan air dalam kuali.Rebuss udang...angkat udang

B
Masukkan mee Ruski Tom Yum  dan perencahnya biar  mendidih dan mee lembut..

C
Masukkan semula udang dan sesayur kegemaran...Siap

Saya suka mee Ruski ni sebab mee dia super kenyal...


Bahan perencah dia pulak cukup kaw....Rasa yang tajam tom yumnya...
Saya hanya lernah cuba perisa tomyum..perisa lain jenama ni belum pernah try...




Semangkuk Mee Ruski Tom Yum penuh perisa.....siap sebelum azan maghrib bergema...


Hirisan tembikai sebagai  pemanis bersama air kosong  dan elok elok siap hidang elok azan berkumandang...Bismillah .....

Monday, 6 April 2026

BISKUT RAYA LEPAS RAYA

 Semalam separuh  hari dihabiskan di dapur bersauna  membaking biskut raya.Masih dengan haruman biskut raya memenuhi ruang dapur kekangkang tupai itu.Malamnya cella membaking cookies dari pukul 9 malam hingga 3 pagi baru dia tidur..Gigih dia menyiakan tempahan cookies lepas raya dari kawan kawan UPM .Hari tu bulan puasa kawan kawan ya tak dapat nak buat tempahan kerana memasing dah balik kampung sebelum puasa lagi kerana cuti semester.Syawal ke 4 depa dah naik sem baru tapi minggu tersebut diberi kelonggaran online class sehingga Syawal ke 7.So,baru seminggu kelas fizikal..Katanya ada dalam 10 balang oderan cookies yang dia perlu siapkan.Tahun lepas saya latih dia buat cookies & tahun ni memang tugas buat cookies diserahkan sepwnhhnya kepada Cella kecuali oderan daripada kawan anak jantan tu ai Haziq.Setiap tahun Haziq tempah tak kurang dari 10 balang besar cookies.Tahun ni Haziq order 15 balang besar cookies.Dia memang request cookies dari tangan saya.Maka saya hanya siapakkn 15 balang besar yang Haziq pesan.Untuk dahlia,tart nanas,choco oats saya masih buat sendiri & Cella hanya bantu potong dan letak ceri sahaja.Hanya cookies Cella dah lulus untuk buat sendiri sepenuhnya.



Ni pula biskut samprit dahlia yang aaya buat semalam.Tak rajin pun nak  buat biskut lepas raya tapi sebab ni kawan lama tempet kerja lama berhajat sangat nak dahlia,cookies & tart nanas.Maka semalam memaksa juga diri untuk mengadun  bagi memenuhi haja rakan tersebut.Dapatlah 2 balang besar sampret dahlia ni.Saya masih mengekalkan resipi yang digunapakai sejak zaman remaja belia hingga dah remaja purba(pinjam ayat SK) .Dah  hampir 40 tahun resipinya..cuma ada sedikit saya tambah baik untuk kurangkan manis.





Lepas menyamprit terus sambung mengetart pula.Tak banyak pun buatnya...2 balang besar dan 1 balang kecik jer.Manakala cookies Cella dah buat malamnyaTahun ni saya tak tak buat pun tart nanas gulung ni.



Sebelum raya hanya buat tart bunga ni jer..
Lagi pun tahun ni saya tak open order pun biskut raya kat tempat kerja baharu..Hanya ambil tempahan regular customer yang sedia ada yang saban tahun masih setia dengan biskut raya air tangan saya. Alhamdulillah berjaya juga siapkan semua pesanan sebelum balik beraya.Untuk lepas raya hany Cella masih open order untuk rakan rakan sekolah dan  rakan rakan UPM.Gigih pula dia mengukis sejak bulan puasa hari tu sampai lepas raya ni..demi RM...hihihi.Sejarah jualan kuih raya ni pun memang bermula daei Cella pada tahun 2011 masa Cella darjah 3,bila mana dia senyap senyap open ordee kuih raya pada rakan sekelas tanpa pengetahuan saya..Tahun tahu dia dah bawa balik list order..Dah pernah ada ceritanya  KAT SINI....




Dah lepas raya kan...bila buat tart nanas gulung ni ..eh sedap la pulak..hihihi
Nanti bebila kalau rajin rasa nak buat lagi..tak puas pula makan..
Sekarang ni payah betul nak dapatkan mood rajin tu .Rasa nak baring baring main handphone jer 🤣
Kalai ikutkan semalam ada je jemputan open house tapi saya memilih dok rumah sorang sorang sambil siapkan biskut biskut ni.Adah anak beranak pergi open house.Tak lama lepas tu Cella pula ke open house rakan rakan dia.Cella cakap kawan- kawan kelas dah bising bertanya bila nak buat makan makan macam tahun lepas...
Hihihi....doakanlah mokcik ni rajin nak masak bagai ye anak-anak....🤭

Sunday, 5 April 2026

MASAK NASI DAGANG LAGI SYAWAL KE-15 & KENALI SEJARAH NASI DAGANG

Bulan Syawal masauk minggu ke dua  dah dua kali  masak nasi dagang..Minggu lepas masak bawa pergi sarapan rumah Achik sebelum bertolak balik KL...Minggu ni buat lagi untuk sarapan merangkap lunch juga hari ni Syawal ke-15..


Nasi  Dagang versi Trengganu tapi cara saya la...hihihi
Gulai Ikan Tuna
Acar Timun + Carrot



Dah. beberapa hari beli ikan tuna kat Checkers..Asalnya nak beli ikan tongkol tapi yang ada hanya tongkol putih.Saya kurang gemar tongkol putih walaupun isinya lebih lembut.Nampak ada ikan tuna terus grab sekor  lebih kurang 1.8kg.Tapi jujurnya saya tak tahu pun nak bezakan tuna dan tongkol hitam kerana rupanhampir sama.Kalau tongkol putih saya boleh kenal melalui siripnya yang pendek.Yang saya beli ni dah Checkers laelkan sebagai tuna maka saya sebut la tuna.Tapi tidaklah boleh mengalahkan rasa tuna Tawau yang isinya pink berlemak bila dimasak.In shaa Allah jika rezeki Adah anak beranak masih di Borneo,sebelum  hujung tahun ni mereka akan kembali lagi ke Borneo.Jika rezeki mereka di semenanjung pun,kan masih boleh ke sana jugak kan...hihihi

.emandangkan minggu lepas buat nasi dagang hanya guna beras wangi semata mata dan rasanya pun sedap ,maka kali ni saya buat guna beras wangi sahaja tanpa campuran beras pulut.Alhamdulillah masak elok dan tidaklah benyek nasinya.

NASI DAGANG  BERAS WANGI
1kg beras wangi
1½ cawan santan pekat
1½ cawan santan kemancar(cair)
1 helai pandan
1 sudu makan halba-basuh rendam 15 minit
1 ketul halia muda-mayang memanjang
5 ulas bawang merah-hiris
garam & sikit gula

1. Rendam beras wangi semalaman .

2. Kukus beras yang dah direndam hingga ¾ masak lebih kurang ½ jam

3. Angkat naai dan masukkan dalam bekas besar.Gaul santan cair dan kukus semula hingga masak.Anggaran 15 minit

4. Angkat semula nasi dan tuangkan dalam bekas besar semula dan gaul dengan bawang,halia,halba dan akhir sekali santan pekat yang dicamour 1 susu teh penuh garan dan 2 sudu makan gula.Gaul rata

5. Kukus sekali lagi nasi tersebut tanpa ditutup supaya nasi kekal cantik dan tidak lembik..Kukus tu anggaran 10 minit dah ok.Tapi kalau nak makan nasi dagang panas,bila bila nak makan boleh je kukus hingga naik wap panas.Cuma biarkan kukus terbuka agar nasi tidak kembang benyek.

.





Gukai nasi dagang saya kali ni ,tidak dapat menandingi NASI DAGANG SYAWAL KE-7
Puas dok difikir apa yang kurang..Dah mentong sekali baru teringat lupa letak gula nisan keping tu.Bila tambah guka tu ...haaaa baru timbul rasa dia.
Dah la lepas masak tu terus bungkuskan 2 bungkus bagi kat dua bujang terlajal sebelah rumah ni..hihihi ..Nasib la depa makan gulai ikan tak berapa kick..Dah la depa dua orang tu pandai masak...hihihi.Rezeki depa hari ni gulai ikan tak berasa gula nisan...kikikiki
Masak takda la tengok resipi sebab macam semua bahan dah dalam fikiran ..rupanya ada juga tertinggal bahan..hihihi


.GULAI  IKAN TONGKOL... cara saya

2 ekor ikan tongkol
Anggaran 2kg & potong-potong & rebus bersama 2 cawan air +10 asam keping + 2 sudu besar garam
10 biji telur rebus
2 asam keping
10 cili pdi merah
5 cili hijau
2 kotak santan
½ paket rempah kari ikan(+-3 paket kecil)
2 keping gula kelantan @ ½ cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

BAHAN BLEND:
20-30 cili kering-rebus
1 bawang holland
5 baaang putih
1 ketul kecik halia
1 ketul kecik kunyit
1 ketul.kecik lengkuas

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik minyak


2.Tambah serbuk kari yang dibamcuh dengan 1 cawan air dan masak lagi hingga naik minyak sekali lagi

3. Masukkan ikan tongkol rebus.Masukan juga air rebusan ikan + secukup air untuk kuah (anggaran 5 cawan) biarbmendidih

4. Masukkan santan, asam keping, gula kelantan, telur rebus dan masak hingga mendidih

5.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hinga naik minyak

6. Tambah cili padi dan cili hijau & sesuaikan rasa.Sebaiknya masak malam jika nak makan pagi supaya gulai lebih pekat dan mesra kuahnya.



Kal8 ni masukkan juga 7 biji telur rebus.Dapat masukkan telur baru rasa puas hati..hihii Rebus 8 biji telur..Tapi sebiji tu nampak dalam gulai tu berlubang ..taktau kenapa..Sebiji lagi dah kena cukai dengan Sarah buat sarapan dia..Suka betul dia sarapan dengan telur rebus....


Untuk acarnya saya hanya guna carrot,timun,bawang besar dan cili hiris.Gaul dengan gula garam dan cuka aesedap rasa...Acar ni nak kena ada agar tidak muak dan untuk seimbangkan rasa nasi dan gulai yang berlemak tu ..

Kalau Nasi Dagang Syawal ke 7 saya sertakan lagu Nasi Dagang daripada penyanyi terkenal era 80-an ..Kali ni saya nak share info asal usul nasi dagang yang saya dapat dari pencarian di Google.
Dek kerana suka nasi dagang....saya mencari info berkaitan asal usul nasi dagang ni...
Dalam bebanyak info...
Saya tertarik dengan satu info oleh seorang hamba Allah ni...
sebagai menghargai penulisan info tu saya tidak mahu copy & paste,sebaliknya  pembaca boleh dapatkan  info  ASAL USUL NASI DAGANG di sini..Semoga bermanfaat

Masyaa Allah....menarik sekali info asal usul nasi dagang ni ya



Saturday, 4 April 2026

RINDU MIHUN GORENG

 Kalau dah agak lama tak masak mihun goreng,dia macam ada rasa rindu kepada mihun goreng tu..hihihi.Kalau mi goreng atau kue teow goreng tak sekuat mihun goreng ni.Mihun goreng antara makanan yang saya suka sangat.


Mihun Goreng ni saya masak hari Khamis .Kebetulan saya dan auami Adah berpuasa.Merangkap juadah iftar dan makan malam.


Hanya goreng mihun dan pemanis mulut hanya buah tembikai.Mihun goreng berencahkan meatball dan udang..Sepinggan yang takda udang tu opkoslah pinggan anak jantan sorang tu yang tak makan seafood.Tapi masa goreng mihun sekali jalan je dengan meatball dan udang tu...hihihi




Tapi Adah ada belikan 2 pack  Popia. big  mac masa otw balik dari amb Sarah dari rumah pengasuh.



Buah tembikai musim panas ni sedap betul.Rasa lebih mani dan warna lebih gap.


HALWA MASKAT DAN CERITANYA

 

Balik raya baru ni Achik ada bagi halwa maskat,dodol dan biskut raya


Antara juada tradisi yang saya suka pada hari raya ialah Halwa Maskat..

Mak & Achik juga kalau nampak halwa maskat depa akan ingat betapa saya suka halwa maskat.Hampir setiap tahun Achik akan belikan halwa maskat buatan emak rakannya semata mata untuk saya kerana Achik dan mak tak makan pun halwa maskat ni.Orang lain pun dalam family tiada siapa yang suka halwa maskat.Hanya saya sorang peminatnya.


Dulu kalau balik Kedah wajib la pi Komples Pekan Rabu Alor Setar untuk bi halwa maskat.Kalau tahun 90-an dulu harga 1 bekas  tippuware panjang  +- 500gm baru RM3..Masuk awal 2000-an harga bekas yang sama RM5.. Sekarang dengan berat 250gm RM15-RM 20 .Halwa maskat lebih aikit dari dodol walaupun dari segi kos rasanya kos buat dodol lagi mahal.Mungkin kerana proses nak buatnya lebih rumit kerana perlu " basuh tepung " gandum hingga beberapa hari.

Kata mak dulu dulu mak tengok orang masak halwa maskat ni kena basuh tepung.Basuh tu bukan macam basuh beras tapi lebih kepada proses membuang glutiin tepung gandum tu.Tepung diuli seketul macam nak buat roti canai.Kemudian diramas dalam dalam bekas besar bersama air yang bayak hinggalah semua tepung larut dan yang tinggal ditangan adalah seketul glutin tepung seakan ketulan gam liat.Glutin tu akan dibuang ,manakala larutan tepung tanpa glutin dibiar mendap dalam air.Setiap hari air rendaman larutan tepung tu akan dibuang bahagian air jernih atasnya dan tinggalkan bahagian tepung macam kita mandapkan air perahan ubi kayu untuk ambil patinya tu.Proses ni memakan masa beberapa hari sebelum proses masak pati teoung tu bersama gula,pewarna dan minyak sapi.Tapi sekarang penggunaan minyak sapi diganti minyak jagung kerana tak semua orang suka bau minyak sapi selain harga minyak sapi lebih cepat tengik.




Halwa maskat macam juga halwa lain.Dimakan sedikit sedikit kerana rasanya yang extra manis dan tekstirnya yang melekit.Zaman kanak kanak saya tak suka halwa masakat ni kerna hanya rasa manis semata.Saya lebih suka dodol yang ada rasa lemak selain manisnya.Pernah terjadi masa saya beraya di Kampung Bukit Kechik masa darjah 5.Kali pertama beraya agak jauh kerana baru ada basikal Salah satu rumah yang saya kunjungi menghidangkan halwa maskat ni berketul ketul dalam pinggan.Setiap ketul dpotong kiub sebesar  sebuku sabun mandi.Melihat warna kuih yang kuning keemasan cantik saya terus mencapai seketul sebesar aabun mandi tu.Maklumlah mak saya tak pernah buat kuih ni...Jadi excited nak merasa..Sekali gigit....Allah..!
Manis yang amat ...melekit serta ada bau minyak sapi pulak tu..Sangat tidak sedap pada lidah saya..Tapi dulu dulu kan kita dilatih pergi beraya rumah orang kena jaga adab..Dah gigit tak berani nak letak semula.Nak buang takut tuan rumah marah .Dahla tak kenal pun tuan rumah..kampung orang kan..Sudahnya saya pegang sahaja halwa maskat tu.Nak makan kuih lain takut orang kata tamak sebab kat tangan masih ada halwa maskat..Maka pegang la halwa maskat tu sampai kawan kawan lain dah selesai makan dan nak bersalam dengan tuan rumah.Saya salam dengan tangan kiri kerana rangan kanan melekit berminyak masih pegang seketul halwa maskat.

Masa naik basikal nak gerak dari runah tersebut saya terpaksa pegang handle basikal sebelah tangan kiri sahaja kerana tangan kanan masih pegang halwa maskat.Tapi dulu dulu naik basikal pegang sebelah tangan sambil sebelah lagi tangan pegang barang memang biasa.Masalahnya kali ni pegang halwa maskat yang tak tahu sampai bila...hahahha
Nak buang takut kawan nampak nanti takut dorang bagitahu tuan rumah.Nak makan...langsung tak sedap pada tekak...Adoiiiii....!!!!
Saya dah tak  ingat apa kesudahan halwa maskat tu..Yang pasti lepas makan halwa maskat tu...saya "taubat" dalam hati tak akan ambil dah halwa maskat ni kalau jumpa dimana mlana pun...Menyesal sungguh masa tu!
Kerana halwa maskat tu lah saya tak dapat makan kuih lain..Kerana halwa maskat tu lah saya tidak tenteram beraya.Kerana halwa maskat tu lah saya kena pegang handle basikal sebelah tangan sahaja.Kerana halwa maskat tu lah raya saya jadi spoil hari tu...Hahahaha banyak betul " dosa" halwa maskat pada saya🤣🤣🤣🤣

Sebenarnga orang dulu dulu memang cara hidang halwa maskat dan dodol memang sebuku sebuku sebesar sabun mandi tu.Cara makan pula dulu memang dicubit sedikit sedikit untuk makan.Dulu memang macam tu.Takda orang nak potong kiub kiub kecilnya..Orang dulu lebih berfikir cara makan macam tu lebih mengerat hubungan kerana bercampur tangan tangan  semasa makan.Selain tu halwa dan dodol yang dihidang sebuku sebuku lebih tahan lama berbanding potong kecil .Sama juga macam halwa lain seperti halwa betik..halwa belimbing memang orang makan cubit cubit dalam bekas yang sama.Yang kita ni manalah tahu..Nak cubit halwa tu takut orang kata tinggalkan sisa bekas tangan kita.Balasah la ambil seketul....Sekali...ambik kau!!🤭
Sejak tu beringat dah...makanan ya g belum pernah makan kena cuba sikit dulu..kalau ok baru ambil lagi..Dan....paling terkesan...sejak tu saya memang tak suka dan tak makan halwa maskat.Lebih 20 tahun jugak kot tak makan halwa maskat.Namun kita ini bersifat baharu.Hati berbolak balik.Kata orang  kalau  suka sesuatu jangan suka sangat..kalau tak suka pun jangan tunjuk sangat tak suka tu...Takut nanti jatuh cinta...hahahaha
Maka itulah yang terjadi pada saya....Entah kenapa sampai satu ketika  masa kat Pekan Rabu Alaor Setar saya teringin sangat bila nampak halwa maskat.Bila beli balik rumah makan saya jadi ketagih.Makan sikit ...sikit....hingga habis sebekas..Bukan lah sehari makan tapi akhirnya habis jugaklah sebekas tu.Hinggalah aekarang saya jadi suka kepada halwa maskat yang oernah " berdosa" pada saya  sibsuaru hari raya dulu🤭🤣.
Namun bukanlah suka hingga menjadi makanan harian..dah la manis dan ausah nak dapat.Tapi tiap kali raya saya akan merindui halwa maskat.Terima kasih Achik kerana hampir tiap kali raya Achik akan  beli untuk saya. halwa maskat homemade yang sedap dan penuh kenangan ni.Bukan tak ada jual kat Pekan Rabu tu ,tapi dah tak sama rasa macam dulu.Kadang tengik,kadang kering .Pernah beli atas talian tapi tetap tak sama rasa seperti yang tekak ni nak.Yang Achik beli ni kena dengan tekak..Tapi nak dapat pun setahun hanya sekali masa raya puasa.Saya tak pasti berapa lama boleh bertahan.Setakat ni yang pernah saya cuba..ketahananya sekitar sebulan.Penggunaan extra gula icing tu yang menjadi pengawet.Wallahualam

Wednesday, 1 April 2026

SYAWAL KE 7 : MASAK NASI DAGANG BERAS WANGI GULAI IKAN TONGKOL,NASI LEMAK & MEE GORENG

 Syawal ke7 saya masak Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol.Achik pula masak Nasi Lemak & Mee Goreng Daging.

.Mak pula bawa ketupat palas dan gulai ayam dari kampung..Berkumpul rumah Achik ..




 

GULAI  IKAN TONGKOL... cara saya
2 ekor ikan tongkol
Anggaran 2kg & potong-potong & rebus bersama 2 cawan air +10 asam keping + 2 sudu besar garam
10 biji telur rebus( kali ni tak masukkan telur pun) 
2 asam keping
10 cili pdi merah
5 cili hijau
2 kotak santan
½ paket rempah kari ikan(+-3 paket kecil)
2 keping gula kelantan @ ½ cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa

BAHAN BLEND:
20-30 cili kering-rebus
1 bawang holland
5 baaang putih
1 ketul kecik halia
1 ketul kecik kunyit
1 ketul.kecik lengkuas

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik minyak


2.Tambah serbuk kari yang dibamcuh dengan 1 cawan air dan masak lagi hingga naik minyak sekali lagi

3. Masukkan ikan tongkol rebus.Masukan juga air rebusan ikan + secukup air untuk kuah (anggaran 5 cawan) biarbmendidih

4. Masukkan santan, asam keping, gula kelantan, telur rebus dan masak hingga mendidih

5.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hinga naik minyak

6. Tambah cili padi dan cili hijau & sesuaikan rasa.Sebaiknya masak malam jika nak makan pagi supaya gulai lebih pekat dan mesra kuahnya.


** saya tambahkan juga ke dalam gulai tu  timun yang dibuang biji dan dipotong jejari 


Untuk cara masak nasi dagang dan gulai ikan tongkol step by step saya pernah kongsikan KAT SINI.....



Dah beberapa hari beli 2 ekor ikan tongkol dan rebus bersama asam keping,garan,lengkuas dan sikit gula melaka.Setiapnhari saya ulang panaskan sebanyak dua kali,pagi dan malam.Bila masak gulai makan bahagian kepalaa ikan tu tulangnya dah lembut..terus teringat Nasi Dagang Atas Tol



Walaupun nasi dagang ada versi beras merah iaitu. eras nasi dagang... tapi biasanya saya masak nasi dagang ni Trengganu style iaitu campur beras biasa dan beras pulut anggaran ratio 1:3 iaitu satu bahagian beras pulut + 3 bahagian beras biasa.Nak dijadikan cerita masa pergi Padang Besar Syawal ke 4 tu Achik beli 2 kampit beras wangi cap patung merah siam tu.Setiap beg tu t kg.Satu beg Achik bagi mak dan 1 beg lagi Achik bagi saya untuk bawa balkk KL..Saya pula add on sepeket beras pulut siam.Nak bawa balik KL walaupun kat KL masih ada beberapa kg beras pulut siam pemberian Achik dan mak masa pi Padang Besar hujung tahun lepas Balik kampung Syawal ke 6 masa masak Nasi Ayam Gepuk tu,mak dah bungkuskan 2kg pulut siam untuk saya.Saya taknak sebab lat KL dah ada stok..Kat rumah di Pendang pun saya dah beli 1 kg pulut Siam masa pi Padang Besar 4 Syawal tu..

Malam tu sebelum tidur saya ke dapur nak rendam beras + pulut. Kebetulan ada baki beras wangi lebihan masak nasi untuk Miqayla .Pack 1 kg beras wangi bawa balik dari KL baru guna dalam ½ cawan masakkan nasi untuk Miqayla .Terus saya cuci dan rendam.Masa ambil beras pulut yang saya beli kat Padang Besar tu saya terus sukat dalam 2 cawan nak campur dalam beras wangi th.. Sekali bila campur dalam beras wangi saya tak nampak pun beza warna.Walau lampu dapur tidaklah terang tapi boleh nampak tak ada beza warna .Bila dibelek belek pembungkua beras pulut tu....
Ya Allah.....saya dah salah beli beras wangi la masa kat Padang Besar tu..Saya sangkakan saya ambil pack beras pulut rupanya beras wangi jugak la....sebab packaging seakan sama ...
Hahahha...
Makanya saya rendam lah juga beras wangi aemata-,mata tanpa campuran beras pulut..
Tawakkal saja la  dengan harapan beras wangi akan lembut macam pulut jugak kann....hihihi
Alhamdulillah...esoknya bila kukus + santan...nasi dagang elok kejadiannya kerana beras wanginya lembut sedikit melekit macam pulut juga.Lagipun kalau tengok Nasi Dagang Atas Tol tu depa kata guna beras basmathi ..pun elok jer kejadian...apa lagi beras wangi kan...hihihu

NASI DAGANG  BERAS WANGI
1kg beras wangi
1½ cawan santan pekat 
1½ cawan santan kemancar(cair) 
1 helai pandan
1 sudu makan halba-basuh rendam 15 minit
1 ketul halia muda-mayang memanjang
5 ulas bawang merah-hiris
garam & sikit gula

1. Rendam beras wangi semalaman .
2. Kukus beras yang dah direndam hingga ¾ masak lebih kurang ½ jam 
3. Angkat naai dan masukkan dalam bekas besar.Gaul santan cair dan kukus semula hingga masak.Anggaran 15 minit 
4. Angkat semula nasi dan tuangkan dalam bekas besar semula dan gaul dengan bawang,halia,halba dan akhir sekali santan pekat yang dicamour 1 susu teh penuh garan dan 2 sudu makan gula.Gaul rata 
5. Kukus sekali lagi nasi tersebut tanpa ditutup supaya nasi kekal cantik dan tidak lembik..Kukus tu anggaran 10 minit dah ok.Tapi kalau nak makan nasi dagang panas,bila bila nak makan boleh je kukus hingga naik wap panas.Cuma biarkan kukus terbuka agar nasi tidak kembang benyek..


Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol


Mee Daging by Achik


Sambal Bilis untik nasi lemak Achik ..
Pic Nasi Lemak takda....dalam rice cooker..🤭



Ayam Masak Kicap by Achik



Ketupat Palas..Mak bawa dari kampung



Gulai Ayam juga by mak...Mak merempit naik motor dari kampung datang rumah Achik bawa ketupat palas siap rebus dan ketupat palas frozen untuk saya bawa balik KL..
Saya juga lepas mengemas rumah terus hangkut nasi dagang semua terus ke rumah Achik.Kami sarapan berjemaah sebelum bertolak balik KL..
Saya & Adah anak beranak gerak sekitar pukul 11 pagi,manakalag Cella gerak bersama Haikal lepas solat Jumaat..
Memasing update jer live location agar saling tahu di mana berada...Takda la kejap kejap nak call tanya kan ..


Haaaaaa ...Achik ada update dalam group family...Sapa ada tertinggal laptop kat  sofa dapur?
Semakan mendapati ...Haikal pemilik laptop tu...Masa tu depa dah sampai Tapah...Takkan nak patah balik dengan jem raya bagai...Maka.....adakah seminggu dia ni ada orang kena balik Kedah ambil laptop tu?
Haikal...kalau nak balik...ajak makngah tau!
🤭🤣🤣🤣







Sebagai penutup
...layan videoa  masak nasi dagang sambil dengar lagu " Nasi Dagang" nyanyian Rosmaria.






Tuesday, 31 March 2026

SYAWAL KE 6- MAKAN-MAKAN Di DUSUN RIFAA @ CANGLUN,KEDAH

Ini kali ke 3 kami makan makan @ Dusun Rifaa.Kali pertama Achik bawa makan kat sini pada musim raya tahun lepas.sebelum Adah anak beranak balik ke Tawau.
Kali ke2 rasanya kami datang tanpa Adah rasanya sekitar bulan Oktober  kot tahun lepas
.

Tempat makan ni memang happening ,luas,banyak pilihan temlat duduk dan  memang terletak dalam dusun.Ada pelbagai jenis tempat duduk untuk makan.Ada jenis pondok,dewan dan beberapa jenis lagi. Kalau untuk jernis privasi 1 rumah kecil untuk 1 family tu rasanya kena booking awal.


Tapi untuk walk in pun banyak pilihan menarik.Boleh makan kat pondok-pondok kecil yang disediakan sepanjang sungai..Oh ya,ada sungai dan boleh mandi juga kat situ.Masa kami datang dulu nampak ada pengunjung yang mandi manda di sungai semulajadi dalam duaun ni.Boleh nampak dari pondok kita makan.Tapi kali ni Kedah kan kemarau musim panas yang serius hingga suhu mencecah 40°C .Sungai  mengering dan hanyak ada sedikit sisa sisa air dan tak sesuai nak mandi manda.
Dulu kami datang ,makan kat pondok dan juga bahagian atas rumah kayu sambil menghadap sungai.Kali ni kami datang awal bebenar...Pukul 10.30 kami dah sampai sedabgkan Dusun Rifaa ni mula buka pukul 11 pagi.Tapi macam ada beberapa keluarga yang lebih awal dari kami dah siap order dan tengah makan juga..Rupanya bila tengok kat signboard,kalau public holiday depa beroperasi seawal pukul 10 pagi.

Parkir banyak dan luas...Tempat makan pun rasanya boleh menampung ratusan/ribuan pengunjung.Service tip top..Memang laju.

Datang je lepar parking kereta.Terus beratur kat pintu masuk untuk buat pesanan makanan dan minuman.

Ambil slip menu & tandakan apa nak dipesan & terus beratur di kaunter pesanan...Jangan lupa tulis nama pada slip tu..Bayar dan terus pi cari tempat duduk mana yang berkenan & nanti tunggu dengar nama dengan pembesar suara.Maklumlah tempatnya luas dan merata rata tempat duduknya.Bila nama dah dipanggil terus datang ambil makanan bawalah dengan dulang ke tempat duduk sendiri.






Meja kami..8 orang 
Pukul 11 dah lunch


 

Miang Pla...Ikan Bakar Garam dengan condimentnya


Order 2 set Miang pla..

Pulut Ayam

Sup Daging


Sup Ayam


Daging Bakar Thai



Juga pesan 2 set..
Tapi yang ni tekak saya lebih suka daging bakar Thai  yang makan kat Padang Besar.Daginnya lebih besar..juicy dan sos celup pun sedap sangat.
Yang ni pun sedap dan licin juga🤭




Pulut Mangga


2 set kecik dan 1 set besar


Masa ni dessert belum sampai..




Pulut Mangga dia sedap betul.
Cella sampai 2 set kecik tu sorang dia habiskan





Lunch hari ni ditaja oleh Adah ...


Monday, 30 March 2026

SYAWAL KE-5 MASAK AYAM GEPUK KAT KAMPUNG

 Hari Rabu Syawal ke5 dah janji ngan Haikal & Aqil ,Makngah akan masak Ayam Gepuk..Kalau kat Pendang ni paling famous Ayam Gepuk Pak Radin.Hari tu balik masa CNY sempat makan Ayam Gepuk Pak Raden tu..Kali ni janji ngan Aqil,nanti kita makan Ayam Gepuk Makngah pulak...hihihi



Gigih siap beli kertas minyak nasi lemak tu sebab nak feel makan Ayam Gepuk ni..


Pagi pagi pi merket ngan Achik beli barang nak masak..
Beli ayam kat merket...pastu pi Pekan Sari  Pekan Rabu Tanah Merah cari ulaman & tauhu tempe bagai

u⅗

Achik beli juga sotong besar ni 1kg++ nak buat sotong goreng tepung


Balik kampung...sup sap sup sap....
Pakat buat merja sorang sikit:
Pak Njang siapkan dapur kat luar
Haikal & Cella menggorang ayam,tempe dan tauhu serta kobis.
Pak Njang geli hati tengok anak anak buah nak balikkan ayam pun terkedek kedek takut minyak merecik..
Emak menumbuk sambal.Baru tumbuk selesung mak dan angkat tangan takmau dah...hahhaha
Achik menggoreng sotong,sambal bilis petai dan sambal udang..
Saya siapkan bumbu bumbu ayam kacang gajus.
aqil bancuh sirap nk gu dengan ayam gepuk..



Siap ayam ...tauhu...tempe dan kobis goreng..

AYAM GEPUK CARA SAYA


NASI : 
Tanak nasi putih tapi jangan lembik
( kami masak nasi putih beras wangi)



AYAM:
10 ketul ayam - whole leg & sukuan dada

Bahan Rebus Ayam:
1 ketul lengkuas
4 batang serai
1 labu bawang putih
5 buah keras
rempah ketumbar
garam,perasa

** semua bahan dikisar dan tambah sikit air,rebus bersama ayam hingga ayam masak.
     Angkat ayam dan goreng garing
     Dalam  air rebusan aama,rebua tempe dan tauhu 10 minit,angkat dan goreng garing


SAMBAL GEPUK
1 mangkuk  cili padi merah vietnam
1 labu bawang putih
 garam,perasa

* Tumbuk cili bersama garam dan bawang putih hingga lumat
- Masukkan garam & perasa.
- Siramkan minyak panas dalam sambal dan gaul rata



1 mangkuk biji gajus mentah
- Minyak panas
* blend biji gajus hingga halus & + minyak panas dan gaul sebati


KOBIS GORENG
- Hiris kobis dan goreng dalam minyak panas hingga kehitaman .
* Goreng dalam minyak goreng ayam

ULAMAN:
timun,kobis me tah @ ulaman yang disukai



Sambal Gepuk  berlesung lesung tumbuk..
Kita takda cobek nak di ulep cili tu..Maka tumbuk la dalam lesung..Jenuh jugak la nak dapat semangkik  ni.Sambal.kena banyak baru kick.
Kalau makan kat Restoran Ayam Gepuk Top Global  sambal dan gajusnya boleh refil..
Saya pernah cuba beberapa ayam gepuk.Antaranya 
Ayam Gepuk Jogja
Ayam Gepuk Top Global
Ayam Gepuk Pak
Ayam Gepuk Artisan
Ayam Gepuk Pak Raden..

Dalam bebanyaj tu masing masing mempunyai keistimewaan.Ada yang sambal kurang tapi ayamnya sedap.Ada yang ayam kering tapi boleh refil air bagai 
Cuma pada pandangan saya sambal dan gajus tu kat Top Global memang sedap dah la boleh refil..Bab packaging memang Ayam Gepuk Pak Raden paling menarik.Ini pandangan peribadi saya
.Maka saya cuba olahkan sambal dan gajus tu ikut insting saya agar menyamai rasa sambal dan gajus seperti Top Global.. Tak berani nak letak berapa rate sebab saya pun tak tau apa bahan yang Top Global letak dalam sambalnya..
Tapi kalau menurut Haikal....Ayam Gepuk Makngah ni paling sefap di tekaknya..
Tak tau la dia memang bagi review jujur atau sekadar nak ambil hati Makngah🤣🤣🤣🤣🤣

Apapun,bila tengok depa makan memang puas hati...Memasing ulang makan 2 kali .Sambal yang berapi tu pun depa berulang refil..Sos gajus habis semangkuk..Nasi 2 periuk Achik masak...habis 2 kali makan.Yang pelik tu,ayam masih berbaki tapi sambal bagai clear..Jarang jarang berlaku ayam tak habis...hihihu.Agaknya swbab ayam memang besar besar dan semua bahagian isi.
Geli hati tengok Pak Njang makan sampai meleleh air hidung tak tahan pedas..Begitu juga dengan mak.Kata mak pedas hingga bengang telinga.Tapi yang lain makin pedas..makin menambah sambal....hahaha


Sambal dan tauhu tempe


Sos Gajus...Bagi yang tak tahan pedas...voleh lebihkan sos gajus masa makan...kirangkan sambal.Tapi makan gepuk ni lagi pedas....lagi feel....hehhee


Ulaman .....Kalau makan kat restoran hanya ada ulam kobis fan timun...Tapi kat rumah kita pelbagaikan .Paling saya suka tu....batang keladi ulam...Kaladi yang boleh dimakanmwntan langsung tak gatal.Sedap betul ulam keladi tu...


Sotong Goreng Tepung by Achik


Sambal bilis petai..Petai tu beli kat Padang Besar Syawal ke 4 semalam tu..



Sambal Udang......sambutan dingin kepada sambal udang sebab semua dok pulun gepuk.


Daging ....


Makan dalam cuaca 38 °C di Kedah.....kena pulak dengan ayam gepuk pedas melahar....Pasang air cond pun tak terasa ye!

Berpeluh peluh basah baju...hahaha


Sebab nak feel  macam makan kat restoran ayam gepuk...kena la minuman pun sama...Makan Gepuk.....kena gu dengan Sirap Merah @ Teh O Ias ja baru ngam...

Eh..sesambil  dok menaip ni terliur pulak Ayam Gepuk...Hari ni in shaa Alalh baru nak mula puasa 6... Harap harap bertahan la sampai petang.. Musim panas ni risau kembali jafi budak budak tak tahan nak puasa🤭