Assalamualaikum...
Dah sebulan tak jenguk sini dek kesibukan selepas bertukar tempat kerja.Biasa la kan bila kita di tempat baru .Banyak perkara baru nak kena belajar..walau dah lama bekerja..Tapi secara positifnya semakin hari dah mula seronok mempelajari ilmu baharu terutama bab pertanian.Jika sebelum ni banyak terperuk buat kerja kat bilik kerja beraircond...sekarang saya banyak menghabiskan masa berdamping dengan pokok-pokok.
Sebenarnya banyak nak kongsi cerita ...Namun hari ini lebih kepada nak share satu lauk simple yang telah menjahanamkan diet saya🤣🤣🤣
Dalam minggu ni dah 3 kali saya buat sambal ni..Sebab tu saya luangkan juga masa kongsikan sambal ni kat sini kerana teringat akan beberapa orang rakan maya yang saya hampir pasti mempunyai selera tekak dengan saya bab lauk kampung macam ni..Sejujurnya saya rindu nak berceloteh dengan rakan-rakan maya walau hanya bertemu diarena maya.. Walau tak dapat menghantar sepiring sambal ni di alam nyata...namun dengan perkongsian ini harapnya rakan-rakan juga dapat menikmatinya..Cubalah ye kawan-kawan..
Saya juga abadikan dalam youtube channel saya iaitu