Wednesday, 9 April 2025

BUAT DECO RAYA SYOK SENDIRI @ TEMPAT KERJA

 Assalamualaikum..

Hari ini saya MC.Sah seminggu tekak mual dan cerry berry .Asal makan je habis keluar hingga timbangan dah turun 3kg..Padahal saya jenis susah turun berat.Puasa sebulan pun boleh mantain.Tapi seminggu ni penangan cerry  berry boleh turun pulak tu...Harapnya penurunan ini tak naik semula....hihihi

Sedang membelek gallery gambar kat handphone banyak nyer lahai gambar dan video sebelum dan sepanjang raya tapi mud nak berblog  ke laut...Apa lagi nak edit video bagai.Maka terperaplah semua tu entah sampai bila.Video ke Tawau & Semporna hari tu pun entah entah dah terdelete..

Cuma bila terpandang beberapa gambar ni hati terusik...Sesambil baring mengarang kat handphone.

Tahun ni entah kenapa saya agak excited menyambut puasa.Kalau perasan dalam posting saya sebelum puasa ada saya nyatakan saya berniat nak masak macam puasa dulu-dulu.Masak lauk dan kuih muih sendiri untuk berbuka..

Walau tak sepenuhnya niat tu saya tunaikan tapi puasa kali ni terasa sangat seperti puasa yang saya angankan.Allah kurniakan melalui perasaan,ilusi dan bauan yang mirip kepada bau puasa zaman kanak-kanak.Perasaan yang "halus" meresap ke jiwa.Memandang pokok saya ternampak pokokpokok dikampung zaman kanak-kanak..Menghirup udara juga terasa aroma puasa zaman kanak-kanak. Hampir setiap malam selepas tarawikh saya berdiri dijendela menikmati taburan bintang dilangit.Walau dalam cahaya neon bandar tapi kerana teratak tingginya melebihi pohon kelapa maka saya dapat menikmati pandangan langit terbentang dengan lebih privacy.Selama ini hanya pandang langit sepintas lalu sahaja.Namun sepanjang puasa kali ini setiap malam saya merenung bintang dan ternyata  banyaknya bintang berkerdipan masih boleh dilihat dengan mata kasar..Saya sangkakan saya tak mampu nampak bintang kerana nak membaca pun dah kena pakai spect .Apa lagi dalam kecerahan cahaya lampu di KL ini yang tak pernah padam.Namun rupanya bila dalam fikiran  terlintas ingin sangat melihat  keindahan bintang bagai dulu-dulu...Masyaa Allah...Allah maqbulkan & saya dapat lihat keindahan itu hampir setiap malam.Bertelaku dibirai tingkap menongkat dagu menikmati kerdipan bintang sambil dibuai bayu tasik ditengah kesunyian malam sangat mendamaikan dan terasa sangat syahdu bagai kembali ke Ramadhan  zaman kanak-kanak Taktau nak di discribe  macamana tapi saya dapat merasakannya.


Pernah terbaca kajian Datuk Dr Fadzillah Kamsah..katanya orang yang lahir bulan Julai ni antara karektornya ialah suka mengenang kisah-kisah lama...


Ada benarmya dengan diri saya...Orang lain saya tak tau..tapi kalau saya memang sangat suka mengenang kisah-kisah lama..

Dek terkenang dan rindu pada masa lampau yang sudah semakin menjauh...saya berangan nak buat decorasi bagai raya dulu-dulu.Sepanjang minggu terakhir puasa saya berdikit merealisasikan kenangan yang bermain dalam perasaan saya .Semantelah pula,bilik kerja saya agak terasing daripada orang lain,memudahkan saya " buat kerja" sorang-sorang.Cuma masa nak gantung lampu kelip-kelip saya terpaksa minta tolong Aniza untuk bantu.Dah tua-tua ni  kalsium dah makin menipis...😝tak berani saya nak panjat tangga tinggi.Takut jatuh kang tak beraya jawabnya..



Akhirnya....
Allah kurniakan ilham idea gamitan kenangan itu dalam bentuk deco raya yang saya bayangkan..
Walau hanya seadanya,padanlah dengan saya yang bukannya artist.

Syok senduri jer buat kat depan bilik kerja saya.

- Banner tu print dengan kost RM100

- Buluh lemang tu dah lama saya kumpul Bila beli lemang,saya tak belah,tapi ketuk supaya lemangnya keluar.Buluhnya saya simpan

- Nyiru tu saya beli di Kelantan lebih 10 tahun yang lalu.Selain nyiru bulat saya juga beli 10 nyiru segi tiga kecil yang selalu jadi bekas isi kuih basah jika ada majlis makan,-makan.

- Buah kelapa,sabut dan tempurung tu saya bawa dari kampung.

- Kuali dan periuk tu dari rumah.Dapurnya daripada pasu bunga🤭

- Pelita tu memang dah lama beli.

- Beberapa acuan baulu tu pun dah beberapa bulan beli asalnya nak buat kuih cara & baulu tapi sudahnya jadi bahan deco🤭


- Ayam tu hadiah daripada Norimah masa birthday saya beberapa tahun lepas

- Telur ayam plastic tu beli kat eco


- Karpet hijau tu beli 5x3 meter dua keping

- Sarung ketupat tu ada yang saya anyam daripadaa daun kelapa tua ambil dekar parkir tempat kerja.Selebihnya yang bentuk jantung tu ihsan daripada Rose.Rose tahu minat saya,maka di bagi pada saya.

- Ada beberapa barangan tradisional yang lain ynag saya tak letak situ sebaliknya saya simpan jadi tukun dalam almari besi dalam bilik kerja saya.Antara kesayangan saya dalam almari tu...gobek sirih,lastik,pisau motong,pisau mengerat padi,kukur kelapa,penyagat,sia dan beberapa barangan lain yang saya sayang & jarang orang jual,payah nak jumpa .Kalau dikeluarkan bimbang ia 
"berjalan" tak kembali seperti beberapa barangan kesayangan saya yang lain.Pernah dikeluarkan sebelum ni.Ada yang meminjam dan akhirnya tak balik balik lagi.


Saya boleh melangut sorang-sorang di depan decorasi sambil " masuk" ke dalam rumah tu.Walau hakikatnya rumah kami zaman kanak-kanak tidaklah sesempurna itu dan tingkap pun hanya satu serta tiada berdaun.Namun semua itu tidak menghalang bayangan rumah lama kami di ceruk kampung bersebelahan rumah tokwan.

"Ternampaklah" kelambu lama yang tergantung di tengah rumah bersama susunan bantal kekabu di salah satu penjuru. Di situ juga terlipat kemas baju-baju pakaian harian yang sudah usang namun itulah pakaian harian kami.Gulungan tikar mengkuang akan kami bentangkan penuh rumah pada pagi raya.Begitu juga jika ads tetamu bertandang pada hari biasa.Wajib dibentangkan tikar mengkuang buat alas duduk.Jangan sesekali biar tetamu duduk atas lantai tak beralas tikar,memang kena marah dengan mak.Tetamu wajib dimuliakan..Apa lagi di hari raya.

Menuju ke dapur "ternampak" para jarang dari bilah buluh yang disusun sebagai tempat menyusun pinggan mangkuk.

Di bawah para itu pastinya dapur r kaki yang agak tinggi  tempat emak memasak juadah berbuka puasa.Haruman daun pisang daripada tepung bungkus,lepat liat dan lepat inti seakan menusuk deria bau saya.

Tepi dapur tersusun 3 buah tin biskut empat segi yang berisi beras padi baru dan beras pulut yang pastinya awal-awal lagi mak dah ingatkan ayah untuk jemur padi dan mesin beras untuk persiapan bulan puasa dan raya.

Atas tin itulah selalunya saya  akan berdiri melihat emak memasak.Kadangkala ketika nasi sudah mengering dan emak " surai" api, saya dan Achik membakar udang bendang yang dicucuk lidi.
Atas dapaur itu juga kadang menjadi jemuran ikan sepat dan haruan  musim bah( banjir)

Bawah dapur tu ayah ada buat dinding dan pintunya seperti kabinet dapur.Dalam tu lah mak simpan baulu,koi beras,koi kacang,koi siput ,karas dan koi bunga kenerak yang mak buat waktu malam bulan puasa untuk hidangan raya.

Meninjau bawah rumah bertiang bulat beralantai jarang masih ada periuk besar bekas mak merebus ketupat dari tengah malam membawa ke pagi ditemani pelita minyak gas( minyak tanah).Kadang mak pacak kayu dan susun tempurung banyak-banyak sepanjang puasa.Malam raya baru mak bakar susunan tempurung kelapa tu bermula dari atas.Api akan menyala dari atas dan semakin turun ke bawah hinggalah habis tempurung tu.Itulah pelita raya kami.Takda deretan pelita minyak keliling rumah kerana minyak tanah hanya untuk hidupkan pelita dalam rumah menerangi malam kami hinggalah saya tingkatan 5 baru merasa cahaya lampu elektrik.

Beberapa hari sebelum raya mak akan suruh tarah rumput di halaman rumah dan kemaskan pokok bunga buang rumput supaya pokok bunga cantik menjelang raya.


Ok..tetiba Cella whatsApp dia otw balik dari UPM...terus terkeluar ke dunia nyata kembali ke 2025...


Antara rakan2 yang tertarik dengan deco saya & nak bergambar..



Banyak gambar dalam gallery...
Tapi hanya dua ni sempat upload...
Ok dah azan maghrib...post jelah yg ni..Nanti bebila kalau rajin korek lagi gallery..


Nak tengok deco ni dalam bentuk video yabg lebih jelas boleh layarai kat youtub saya:
👇👇👇👇



18 comments:

  1. Mengenang kisah lama itu fitrah manusia. Perasaan rindu pada suasana dan pada insan yang di sayangi gitu. Byk barangan koleksi yg akhirnya berguna untuk dijadikan hiasan deco raya ini.. terbaik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..
      hehehe...suka simpan barang tapi tak pandai kemas🤭

      Delete
  2. Ya Allah, jauh betul akak bawak sy masuk jenguk dlm rumah. Sambil bc sambil membayangkan keadaan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...maknanya skrip berjaya la kan🤣

      Delete
  3. Cantik kak!! Rupanya banner, saya dah mula berfikir mcm mana la akak buat model rumah tu... bila baca baris demi baris, ayat demi ayat, terasa masuk pulak ke dalam rumah tu... boleh simpan utk tahun dpn lagi tu kak, atau nak letak kat rumah pun boleh... hehehe... selamat hari raya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya banner ..
      Kalau nak buat replika tak terbuat ..hihihihi

      Delete
  4. Betul2 mengenang nostalgia zaman dulu ni...teringat rumah kampung atok saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kalau tengok rumah kampung auto ingat kampung

      Delete
  5. selamat hari raya kak..
    memang menyusur sekali masuk dalam rumah tu..walaupun zaman linda kecik2 dah tak duduk rumah macam tu. (sebab membesar di estate, duduk rumah batu yang disediakan).. tapi persiapan raya tu, sama, tiap2 petang tunggu mak masak juadah berbuka, kalau bapak kerja, mengayuh basikal kita menghantar bekal berbuka puasa pada bapak. kadang2 bapak kata tak payah hantar, tapi anak kecil, seronok dapat keluar rumah dan mengayuh basikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Linda...
      Alhamdulillah kita ada kenangan yg hpir sama & seronok untuk dikenang

      Delete
  6. Wah, menggamit masa lalu.
    Terasa syahdunya suasana kampung, terkadang hiba pula.
    Apa pun tahniah Mama Cella, dapat menyentuh pandangan dan mata hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....
      Jalanan cerita kita hampir sama kerana membesar dalam era yang hampir sama

      Delete
  7. akak tertinggal saya dalam rumah tu menggamit kenangan lama zaman kecil..nostalgia sungguh saya sempat dengan rumah Tok,rumah tinggi bawahnya boleh gantung buai yang jendelanya panjang kebawah,mandi air perigi,masak guna dapur kayu,tidur dalam kelambu berteman cahaya pelita minyak tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat cepat keluar Afzan....!!
      Bahaya...karang Afzan kena masak pakai kayu api..angkut air perigi macam dulu-dulu kan...penatt🤣🤣🤣

      Delete
  8. waahhh mmg menggamit kenangan sungguhlah! cantik sgt rumah tradisional tu sbg banner! dan wahhhh akak simpan buluh lemang utk decoration! org lain sllunya beli lemang mmg akan belah je buluh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lemang yg boleh kita tarik keluar isinya...boleh la simpan buluh..
      Tapi ada juga jenis isi melekat pada buluh memang kena belah lah juga

      Delete