Wednesday 16 October 2024

HAPPY BIRTHDAY LOVELY MAK

Dah lebih sebulan membiarkan blog ni sepi tanpa berita.

Pastinya sayang nak tinggalkan blog ni...Lepas ni akan cuba mencuri masa untuk update..In shaa Allah


Happy Birthday Lovely Mak..
Semalam 15 Oktober 2024 hari ulangtahun mak yang ke 77.
Itu menurut tarikh pada Mykad mak la..Tarikh sebenar tidaklah tepat tapi tahun kelahiran 1947 tu kata mak mungkin betul dah sebab kata mak masa Merdeka 1957  tu mak dalam lingkungan umur 10-12 tahun.Maka kita ikutlah haribulan tu dalam mykad...


Tak pernah pun buat kejutan hari lahir mak sebelum ni..Paling pun minta anak anak order fastfood guna rider ja..Selalunya Achik la yang banyak buat sambutan hari jadi mak bersama pakcik Haikal & Aqil..Bukan saja hari jadi setahun sekali..Malah setiap hari pun memang Achik yang jaga makan pakai mak bagai...Semoga Allah ganjarkan pahala melimpah buat Achik sebagai pemberat Al Mizan kelak kerana banyak menggalas tanggungjawab yang sepatutnya diagih bersama kami 4 beradik.


Untuk mak..semoga Allah  panjangkan umur yang barokah,kurniakan kesihatan untuk beribadat,limpahkan rezeki yang berkat serta Allah rahmati mak di dunia hingga akhirat..Amiinn