Monday 10 October 2022

BAKWAN SAYUR vs APPLE & ELDERFLOWER TEA

Awal pagi tadi,lepas solat tangan capai handphone.Blogwalking sat..Sempat singgah dapur SA...nampak dia makan cekodok petang semalam.


Terus pi dapur,cari tepung,cari bilis,bawang,cili,kobis, carrot,garam dan secubit gula.Racik halus dan gaul semua.Eh,teringat nak letak air kapur sikit kasi rangup.Letak sikit ja airnya yang jernih bukan air yang putih.Kacau gaul kodokkanlah sesudu demi sesudu dalam minyak banyak hingga garing .
Buat sepinggan,makan la sorang-sorang sambil menonton "Tanyalah Ustaz" @ TV3 .
Tadi anak bujang tu pi kerja bawa bekal roti wholemeal bakar sapu butter dan 2 biji telur rebus saja untuk sarapan dalam kereta.Tadi malas nak masak...ni terajin sikit masak bakwan untuk diri sendiri.
Sebenarnya dah 3 hari saya tak tengok TV sejak hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu.Puncanya tak reti alih siaran.
Sejak terminate ASTRO 4 tahun lalu untuk gantikan dengan wifi..kami hanya guna saluran Hip TV..Sejak tu saya jarang tengok TV waima Buletin Utama pun hanya sesekali.Pernah beberapa kali nak tengok tapi bila on TV ada Netflix..Saya off semula.Kalau ada anak-anak di rumah,saya panggil la depa alihkan siaran.Kebetulan sehari dua ni bila buka TV takda sapa dirumah Siaran kat TV pula...tengah paparkan youtube...entah siapa yang terakhir tengok TV tak alih siaran.Bila on TV dengar lagu Peterpan ja berkumandang ..Kalau lagu Sharifah Aini ka..Sudirman ka
DJ Dave ka...sedap la jugak nak dengar...hihihi.,Maka 3 hari la saya tak tengok TV.Dah cuba guna dua-dua remote tu..tak berhasil juga nak alih..huhuhu terasa bodonya saya...Berkali diajar oleh anak-anak saya masih tak ingat sebah bukan hari-hari tengok TV. Agaknya inilah yang mak saya rasa bila saya ajar taip dan cara reply kat whatsApp mak tetap tak faham dan tak berani nak cuba..
Huhuhu.....
Ni pun nasib baik malam tadi nak tengok berita,boleh la minta tolong dia alihkan siaran kepada TV...


Kalau SA semalam depa cicah sambal bilis.Saya dah masukkan bilis dalam adunan.Kemudian cicah pula dengan Sambal Nyet ni.Anak bujang tu la suka betul dia membeli dan makan sambal ni..(kecik hati saya,dia lagi suka sambal tu dari sambal sayašŸ¤£)Tapi elok juga dia suka.Kalau saya masak lauk bukan fav dia..Dia selalu goreng telur dan makan dengan Sambal Nyet ni ja..
Hari ni saya cedok sikit nak cicah dengan bakwan sayur ni..not bad


Bancuh pula Apple &Elderflowe Tea.
Tak dapat pi UK...dapat souvenir teh dari sana pun Alhamdulillah...


Sebenarnya,selongkar cari teh ni sebab kecur nampak PH selalu bancuh teh rasberry.Nampak sangat menarik warna kemerahan.Saya takda raberry tea.Saya bancuh  la apple & elderflower tea ni buat peneman bakwan sayur.

Saya tak tau elderflower ni dalam bahasa kita dipanggil apa .Saya juga tak tau "bunga warga tua"
ni ada ke tak kat Malaysia.Kalau ada boleh kita cari buat teh...hihihi


Setelah teh kembang beraroma saya selongkar cari pula gula sarang lebah ni sebagai pemanis teh..Eh,kombinasi yang serasi..Sedap betul teh ni dengan manis-manis manja dari gula sarang ni.


Nampaknya saya terjebak pengaruh rakan sebaya dan bukan sebaya...Cekodok terpengaruh dari SA..
teh pula terliur tengok kat PH selalu bancuh..
gula sarang sebab dulu selalu nampak kat dapur Cikgu Amie..
Tu baru jenguk 3 dapur..Kalau rajin lagi pi skodeng dapur rakan-rakan maya yang lain..Jenuh...semua jadi teringin....hihihi..
Eh..sahabat kita @ Tanah Jauhar sedang bz daftar anak daranya @ UTM agaknya ...Semoga dimudahkan urusan .


13 comments:

  1. Kita pun pagi-pagi dah selongkar tudung saji kawan-kawan maya.
    Saya pernah minum jus elder flower di Bosnia. Jus ini disana dipanggil zova. Sedap! Dihidangkan sejuk tanpa ais. Rupanya elder flower ada di tempat kita (kalau ada di Indonesia, mungkin ada juga di negara kita). Cuba Mama Cella baca ini:
    https://nimadesriandani.wordpress.com/2011/12/11/elderflower-si-kembang-girang-herba-yang-menawan/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..
      siap ada jus elderflower ni yer cikgu...saya dah baca info kat link tu..Bila penulis tu cakap pokoknya kat permatang sawah dan kandang lembu jadi saya perhati betul-betul..eh,macam familiar la..
      Balik kampung kan nak try explore tengok..

      Delete
  2. Hahahaha betul tu, skodeng dapur rakan2 jadi teringin, VM selalu teringin tgk Cella post. nak buatnyaaa malas aduhhh, mampu tahan air liur je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mud memasak turun naik...kadang datang mud nya..kadang ke lautttt

      Delete
  3. lamanya xbuat jemput2.. tiba2 perut ni berbunyi.. mtk nk mkn jemput2.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kita akan merindu jejemput kan...šŸ¤­

      Delete
  4. Begitulah seorang blogger, nampak dapur orang masak kita pun nak masak sekali. Hehe..sedap buat cekodok dengan air teh panas. Menarik tengok Apple &Elderflowe Tea tu. Saya pun dah lama terminate hyppTV sejak upgrade Unifi dan HyppTV kena bayar. Dulu masa streamyx free je HyppTV tu. Tengok youtube je lah guna wifi atau movie guna pendrive je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza pandai nak explore & rajin layan nexflix dan lain-lain..
      Saya ni dah la tak reti..pastu malas belajaršŸ¤­
      Tapi elderflower tu macam pernah nampak la kat kampung.Tak tau la sama ka dak..Kalau sama,alangkah ruginya sebab selama ni tak tau

      Delete
  5. Kak lin pun baru terminate astro bulan lepas.. ank2 manjang tgk netflix.. tv da bkn kwn baik diorg.. kak lin ikut je.. šŸ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..anak-anak sekarang tak layan TV dah kan..
      Jom kita geng terminate AstrošŸ¤­

      Delete
  6. ha ha ha..biasa tu, terpengaruh rakan sebaya gitu.

    ReplyDelete
  7. Eh eh..bakwan tu lagi sedap dari yang SA nyer cekodok..cekodok kosong je Mak pah nak makan..kalau buat macam ni x tau la dia suka ke x...

    ReplyDelete