Saja nak simpan gambar kenangan masa lalu di sini..
Saya anak kelahiran tahun tujuh puluhan.Lahir dan membesar di kampung yang agak jauh dari pekan dan bandar.
Berbaju maxi hijau muda sebelah saya tu namanya Rogayah,paling tinggi ditengah-,tengah tu Faridah dan yang sebelah Rosmini tu Noraini..Mereka bertiga tu sebaya abang saya iaitu senior 5 tahun dari saya.Mereka hanya bersekolah hingga darjah 6 sahaja di sekolah induk.
Kami ke sekolah tetap kena pakai uniform sekolah macam orang lain juga Pakai pinafore la,masa tu belum ada yang pakai baju kurung.Tapi gambar ni diambil masa hari cuti.Semua pakat bermaian di padang sekolah.
Di belakang kami itulah,sekolah saya.Sekolah cawangan.Dibina secara gotong royong oleh orang kampung ketika saya berumur 5 tahun.Atapnya daripada daun rumbia dijahit beramai-ramai oleh kaum ibu.Tiangnya bulat memang batang pokok yang ditebang dan di tarah kulitnya.Dindingnya pula daripada buluh yang dianyam rapat dan bahagian atas nya anyaman kasar supaya berlubang berfungsi sebagai tingkap untuk pengedaran udara.Mejanya panjang boleh letak buku dalamnya.Bangku pula panjang boleh muat 5 orang duduk.Lantainya tanah merah.Kalau datang sekolah waktu pagi banyak lubang undur-undur terutama bahagian tepi dinding.Tapi masa saya darjah 2 lantainya sudah disimen.Tidaklah berdebu lagi.
Saya batch ke 3 bersekolah di sekolah cawangan tersebut. Batch pertama dan pelajarnya ramai kerana termasuk pengambilan remaja yang tercicir sekolah.Dalam kelas darjah 1 ada yang berumur belasan tahun.Mereka adalah remaja yang tak berpeluang bersekolah kerana pelbagai faktor.Saya masih ingat-ingat lupa beberapa orang pelajar datang dari kampung lain bersebelahan kampung kami.Kebanyakan remaja perempuan yang sebaya abang saya.Antara yang masih saya ingat ialah Mahatun dan Kri dari Kubang Badak.Faridah,Sabariah dan Kamariah dari Lubok Getah.Remaja kampung saya pula Ton,Che Nah,Shom,Mek Sakdiah.Mereka semua tu sekarang ada yang dah bercucu.Itulah antara peluang yang disediakan kerajaan untuk membasmi buta huruf.Hanya setahun itu sahaja.Tahun berikutnya hanya murid berumur 7 tahun untuk darjah 1.Tapi masa saya umur 6 tahun,saya pernah ikut bersama masuk sekolah kerana emak dan ayah saya tersilap mengira umur.Saya masih ingat,hari pertama masuk kelas,saya jatuh kerusi.Maklumlah kat rumah tiada kerusi.Kerusi sekolah pula,merupakan bangku panjang tanpa penyandar.Bila cikgu cakap saya belum cukup umur,esoknya saya dah tak pergi sekolah.Tahun berikutnya baru pergi sekolah semula.Masa tahun pertama dan kedua tu ada 3 orang guru.Cikgu Mad mengajar darjah 2 dan Cikgu Azizan mengajar darjah 1.Ustaz Jalil mengajar Agama Islam.
Masa saya darjah satu dalam kelas ada 12 orang.7 orang dari kampung saya dan 5 lagi dari kampung sebelah,Lubok Rambutan.Mereka ialah Fauzi(dah arwah) Lutfi Hafidzudin,Hafizah dan Masri.
Masih saya ingat,masa peperiksaan akhir tahun,Cikgu Azizan bagi hadiah duit untuk pelajar yang dapat nombor 1,2 dan 3. Hafizah nombor 1 dapat $3..Saya nombor 2 dapat $2 dan Lutfi nombor 3 dapat $1.Dengan duit hadiah tu saya ikut mak saudara dan sepupu saya ke bandar.Saya beli selipar Jepun warna merah berharga $1.20 dan 4 keping apam balik berharga 40 sen.Baki $1.40 bawa balik sebab sayang takut habis duit.
Bila masuk darjah 2, lima orang classmate dari kampung sebelah sudah bertukar ke sekolah induk kerana jalan tanah merah dari kampung mereka ke sekolah induk sudah siap.Tinggallah kami baki 7 orang.Maka disatukan bersama darjah 1 yang juga 7 orang.Belajarlah kami dalam 1 kelas 14 orang diajar oleh Cikgu Mad.Cikgu Azizan sudah kembali ke sekolah induk.Tapi setiap hari Khamis akan ada seorang ustaz dari sekolah induk datang mengajar Agama.Ustaz Hassan namanya.Bila hari Khamis jadual kami berubah.Kelas darjah 1 akan masuk kelas sebelah.Waktu pagi,murid darjah 1 akan diajar subjek Agama Islam sampai waktu rehat.Lepas rehat ustaz akan masuk kelas kami darjah 2 pula dan darjah 1 tadi diajar oleh Cikgu Mad.Hanya hari Khamis kami berpecah.Hari Ahad hingga Rabu kami satu kelas.Kantin pun memang tiada.Waktu rehat kami cari buah gemia,buah keriang dan tanah liat untuk main.Cikgu pula biasanya akan melelapkan mata di kerusi panjang dalam kelas.Bila cikgu dah terjaga baru kami masuk semula ke kelas.Masa darjah 2 ni lah semua murid dapat RMT.Setiap pagi Cikgu Mad akan ke sekolah induk ambil makanan sebelum ke sekolah cawangan dikampung kami.Jarak kampung kami ke sekolah induk 5 batu (8km).Jalan nak ke sekolah induk pula hanya denai laluain sikal dan pejalan kaki sahaja.Kiri kanan hutan tiada rumah orang.Kalau musim hujan memang jalan lecak yang amat dan siap ada mata air mengalir.Agaknya sebab tu didirikan altenatif sekolah cawangan.Tapi sekolah cawangan ni hanya ada dua bilik iaitu darjah 1 dan darjah 2 sahaja.Bila naik darjah 3 kena ke sekolah induk juga.
Rasanya hanya saya seorang yang ada gambar kenangan sekolah cawangan ni.Itupun kebetulan ada sepupu saya dari kampung lain yang sedang belajar di UM dalam bidang kewartawanan.Sebab tu beliau ada camera.Mungkin gambar ini untuk assignment beliau ke apa ke tak tahulah.Tapi yang pasti ada beberapa keping yang ada gambar saya,sepupu tu bagi pada mak dan mak simpan elok-elok dalam laci almari pakaian.
20 tahun yang lalu masa Achik kemas rumah mak,banyak gambar kenangan dah rosak terkena air Hanya sebahagian Achik dapat selamatkan.Antaranya gambar kenangan ni dan Achik beli album untuk asingkan gambarnya dan gambar saya.Terima kasih mak dan Achik kerana selamatkan gambar kenangan yang amat berharga ini.
Terkenang semasa dulu
ReplyDeleteHatiku merasa rindu
Mungkinkah dapat bertemu
Padamu cahya mataku....
Huhuhu...kalau dengar lagu tu versi Allahyarham Sudirman..Rasa nak nangis
DeleteKenangan jaman sekolah rendah memang tak dapat dilupakan
ReplyDeleteBetul kan Wak...Kenangan yang baru berlalu boleh takningat..tapi zaman sekolah rendah kita boleh ingat sampai bil2
DeleteDulu dulu tak kira umur, masuk kelas sama sama asalkan dapat belajar. Tenaga pengajar pun tak ramai. Banyak kenangannya tu. Masih segar dalam ingatan walaupun dah berpuluh puluh tahun berlalu.
ReplyDeleteBetul...
DeleteMak saya kata mak saya juga belajar membaca dan menulis kat sekolah dewasa macam dalam filem P Ramlee ..Pendekar Bujang Lapok
Kenangan berharga mengusik jiwa ni mak cella.. xsemua dpt merasa pengalaman mcm ni..
ReplyDeleteTime kak lin sek, kami semua ada uniform.. kecuali time sek tadika je.. seronok ingt zaman kck2.. berlari sini sana.. 🏃♀️
Kat tempat saya memang tak ada tadika la...sekolah pun cawangan.Rindu sangat kenangan zaman kanak-kanak kan
DeleteMahal gambar ni MC.
ReplyDeleteDulu rumah PH bahagian depannya begini juga: atap rumbia, lantai batang pinang & dindingnya buluh. Bila Maghrib, bakar sabut di bawah rumah nak halau nyamuk. Nostalgia sungguh!
Kan...dulu2 wajib la rumah kampung ada serambi tempat berbual...jemuran tempat basuh pinggan mangkuk dan beranda untuk rumah yang mewah sikit
DeleteRamai dikalangan kita sempat merasa duduk rumah beratap rumbia berdinding kulit kayu berlantai buluh.tak merasa hina sbb semua taraf hidup sama. Pegi sekolah menapak berbatu2 kalu hujan jinjing kasut smpi sklh baru pakai
ReplyDeleteZaman tu walau susah dari segi kemudahan tapi kaya dengan semangat kejirana...sahsiah...nilai murni dan kenangan berharga
Deletewaaaa bagus betul ingatan akak ingat semua nama kawan sekolah rendah akak hehehhe...
ReplyDeletememang lagend betul sekolah akak tu, tapi mujur jugak ada sekolah cawangan tu di kampung akak kan, supaya murid tetap dapat belajar jugak ... best bila di kenangkan zaman sekolah rendah dulu, happy je tanpa ada fikir sebarang masalah
Alhamdulillah...Dalam susah Allah selitkan kemewahan dari segi pengalaman hidup
DeleteBwstnya throwback zaman sekolah dan paling best ada gambar lagi...SA xde dh gambar sekolah...dh pindah randah banyak kali semua dh hilang
ReplyDeleteSA pun mesti banyak pengalaman berpindah randah ikut Pak Zain & Mak Pah kan...Kenangan lalu memang seronok untuk dikenang
DeleteSaya hanya gambar kenangan sewaktu darjah 4. Cerita di sekolah rendah memang sangat indah untuk dikenang. Tak ramai murid ye Mama Cella. Sekolah saya waktu tu lebih 1,000 orang murid. Ramaikan.
ReplyDeleteWow..ramainya murid sekolah cikgu..Sekolah besar tu..
DeleteDulu kan bukan ramai sangat yang ada camera kan cikgu..nak kena beli filem lagi..kos tinggi dan terhad kan
Gigih ammi baca nama kawan2 mamacella tau. Kalau mamacella di bandar mungkin tka rasa kot pengalaman mcm ni yek. No money can buy the memories and experience
ReplyDeleteHihihi...Semua nama-nama tu nama orang dulu2 kan Ammi...
DeleteBetul kenangan tak dapat dibeli.Setiap orang ada pengalaman berwarna warni...