Thursday, 11 November 2021

BAWA BEKAL HOTDOG

 

Bekal semalam.
Hot dog...buah sikit
Minum kopi panas...


Buat bekal ni ja semalam...
Belah bun panjang tu..
Isi hotdog rebus/goreng.
Saya suka goreng sosej letak sikit butter atau marjerin  supaya hotdog tu licin cantik
Kalau guna minyak nanti sosej jadi berkedut ...Dah tak seksi..hihihi
Sumbat juga salad dan hirisan buah tomato.
Buah tomato saya buang biji supaya tak la basah & lembik roti  nanti.
Kalau ada slice cheese...lagi sedap ni..hihihi
Sos tu...saya guna mayonis + serbuk cheese super ring..Masukkan sos tu dalam plastik makanan & gunting sikit bucunya...
Semprot la atas hotdog...


Untuk mudah nak bawa...mudah nak makan tak sememeh..Saya wrap dengan plastic cling kemas-kemas.Bekal orang tua dah macam bekal budak sekolah rendah ja kan,,,,hehehe


Kopi O harusla....sebagai penyegar pagi...hihihi...

14 comments:

  1. menarik jugak menu ni kalau bawak bekal kan .. senang nak makan dan kenyang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...senang nak makan.Anak-nak suka la bekal macam ni

      Delete
  2. Zaman Cella sekolah dulu, selalu dia tayang bekal macam ni, hihi

    ReplyDelete
  3. Simple pun takpe, janji kenyang :)

    ReplyDelete
  4. amboi.. sedapnya.. nk jugaklah.. kalau kita jd jiran di ofis tiap hari nk order xyah bwk bekal.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Teringat zaman cella sekolah kannnnn....

    ReplyDelete
  6. Mak cella rindu cella ye? 🤗

    ReplyDelete
  7. Ye...huhuhu
    Sebenarnya hati gundah..Dia kena kuarantin seminggu sebab kontak rapat classmate dia +ve Covid.Alhamdulillah semalam dia dipanggil lagi buat saliva test..
    -ve & dah pptong gelang putih

    ReplyDelete
  8. Mengancam tekak betul tengok bekal mama cella. Ohh ada beza ye goreng dengan minyak dan butter. next time guna butter lah. taklah kecut sosej tu. Banyak sayur macam ni saya suka. Bungkus macam ni senang nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ..senang nak makan..tak payah basuh bekas🤭

      Delete