Thursday, 28 November 2024

PUCUK MENGKUDU KAMPUNG TUMIS PEDAS

 

Tumis Pedas Pucuk Mengkudu Kampung..
Semalam punya semalam lauk dinner saya.Dinner awal la tapi sebab tak menyabar nak makan sayur pucuk mengkudu ni.

Banyak pucuk mengkudunya sebab banyak tunas baru selepas dipangkas oleh Pak Man gardener.
Pokok mengkudu kampung /mengkudu hutan atau mengkudu liar.
Pokok mengkudu ni bukan ditanam tapi sedar sedar ia tumbuh dari batang  sebesar kelingkin menjadi sebasar betis orang dewasa dah sekarang ni,.Bila tengok kat old post pasal mengkudu ni,rupanya saya dok petik pucuknya sejak 2017 lagi.


Pokok mengkudu  2017



Pokok mengkudu 2022

Pokok 2024 saya takda la pula ambil gambar pegun.

Hari Selasa nampak banyak pucuk pucuk muda selepas beberapa minggu dipangkas Pak Man..Nampak takda sapa pun yang berminat nak petik selain saya.Kadang time pangkas tu Pak Man akan petik pucuknya bagi saya.Kadang Kak Misah security yang petik dan bila nampak saya nak balik K.Misah akan tunggu kat gate hulurkan pucuk mengkudu ni Kalau dulu cleaner dua orang tu rajin petik & letakkan kat atas bonet kereta.Time nak balik ,eh akan nampakla ada bungkusan pucuk mengkudu ..kadang serai,bunga kantan,mangga muda & buah kuini juga depa letak kat atas bonet tu.Alhdulillah,saya jarang menolak
( rasanya memang tak pernah pun menolak pun🀭)

Kebiasaan ,pucuk mengkudu ni saya rebus jadikan ulam..Kadang masak lemak putih & kadang masak lemak tempoyak dan juga kerabu.Tapi kali ni saya mencuba jadikan sayur tumis pedas...Wah,sedap la pulak..macam pucuk betik kayaknya...


Memasak Tumis Pedas Pucuk Mengkudu ni ada saya rakam dan muatkan kat youtube channel Seroja Putih...video pendek tu boleh ditonton:

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


Boleh tonton sambil layan lagu *Kelentang Kelentung* nyanyian salah seorang  penyanyi 80-an iaitu Aziz Ahmad.

Tuesday, 26 November 2024

KUIH LENGAT PISANG

 

Kuih Lengat Pisang..

Ni antara kuih nostalgia saya.Dulu dulu bulan puasa kalau nak pelbagaikan kuih,ni lah antara yang akan mak buat.Kemudian menjadi ikutan saya setelah kerja masak memasak diserahkan kepada saya.

Panggilan "lengat" tu sebenarnya membawa maksud "kukus" dan juga "rebus".Kalau ikan rebus tu kami panggil ikan lengat.

Masa saya kanak-kanak mak takda periuk kukus tapi mak hanya ada "periuk lengat".Periuk merupakan sebuah periuk aluminium cap buaya tu tetapi lebih lebar daripada ukuran loyang kukus.

Kalau nak kukus kuih jenis kuih talam mak akan jerang air dalam periuk tu agak agak  airnya 2 ruas jari.Kemudian mak akan letakkan "lekar" dalam periuk tu.Lekar tu dibuat daripada sejumlah dawai atau sejumlah lidi yang dilentur membentuk gegelang.Gegelang tu dibalut pula dengan daun mengkuang agar tebal.Gegelang tu lah yang dijadikan tapak dalam periuk yang airnya mendidih untuk diletakkan loyang untuk melengat kuih talam dan seangkatannya...........( boleh bayang ke tak?🀣)


Kalau nak kukus/lengat lepat pula..mak guna kreativiti lain pulak sebagai altenatif dek ketiadaan periuk kukus berlubang lubang tu.

Mak akan guna 2 buah periuk.1 periuk untuk bahagian bawah yang akan diisi air.Bahagian atas tu mak guna periuk yang sama saiz atau besar sikit dari periuk bawah.Biasanya periuk lama yang dah banyak bocor dah tak praktikal dah tiap kali memasak nak tampal tampal lubang tu dengan kapur sirih🀣🀣..Maka periuk tu mak tebuk lubanga banyak banyak guna paku besar.Tapi kena tebuk dari bahagian dalam supaya bahagian tajam kesan tebuk tu  tidak mengadap atas yang kita nak letak lepat..Periuk lubang lubang ni la mak letak bahagian atas.Tu rasionalnya periuk atas kena sama besar @ besar sikit daripada periuk bawah yg berisi air.Kalau lebih kecil alamat periuk atas jatuh/tenggelam dalam periuk bawah la....Haaaaa....boleh bayang ke tu....?🀭

Tak apa lah tak boleh bayang pun sebab tu ceritera zaman kanak kanak saya...tahun 70-an & 80-an dulu.

Ni saya masak kuih lengat pisang pun saya hanya guna kuali untuk melengat/mengukus.Alas yang lubang lubang tu pun saya beli kat eco masa harganya RM2 dah dekat 10 tahun kot rasanya.

Video masak kuih lengat pisang ni ada sya share kat youtube..Boleh layan sambil mendengar suara emas Datuk Khatijah Ibrahim dengan lagunya "Ku Kerinduan" yang dirakam pada tahun 1979 ..zaman saya kanak kanak..

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/Y7y6ipfzfXM?si=jdpQkcZf_iC_BgJu




Monday, 25 November 2024

UNGKEP UBI KAYU vs KOPI PANAS

 Semalam weekend tak pijak bumi pun...Bertapa atas kayangan sejak Sabtu balik dari lunch Ikan Bakar Pak Din tu hinggalah Isnin pagi baru jejak bumi...

 Tapi tidak la dok saja...Ada la yang dibuat atas kayangan tu...Antaranya...



Ungkep Ubi Kayu vs Kopi Panas ni..Ubi tanam kat pasar..hihihi

Dah lama tak ungkep ubi.Maka semalam ada ubi buatlah untuk anak tekak.Tapi lupa letak minyak sikit bagi cantik...puncanya dok mentelaah handphone ...hihihi.

Sebelum ni pernah post UNGKEP UBI ..KAT SINI 

Ni pun c&p jer resipi dari old poat untuk tepek sini

UNGKEP UBI KAYU

1 ketul besar ubi kayu

1/2 bawang besar-blend

3 bawang putih - blend

1 genggam ikan bilis bersih-blend

2 sudu serbuk ketumbar

1 sudu serbuk jintan manis

1 sudu serbuk kunyit

1 sudu teh garam

3 sudu minyak


1. Kupas, potong & bersihkan ubi kayu

2. Panaskan minyak dalam rice cooker & terus masukkan bawang  blend. 

3.Bila bawang sudah nampak jernih, masukkan serbuk ketumbar & jintan serta serbuk kunyit. 

4.Masukkan ubi & gaul rata. Tambah air hingga tenggelam ubi. 

5.Rebus hingga mendidih baru masukkan garam, 

6.Rebus hingga empuk & kering airnya serta ubi bersalut dengan bahan rempah.


Terlanjur dah masak ni saya memang rakan video dan muatkan kat youtube..

Jom sambil layan suara lunak Dain Rafeah Buang kat  sini:

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡


https://youtube.com/shorts/NpKKhdI4AF0?si=eQwuQIjTVHYIrr-Y




Untuk tonton video video lain boleh berkunjung ke channel

Seroja Putih