Lepas maghrib tadi seperti biasa sejak PKP setiap Jumaat malam,Ustaz Kamarul Hafiz akan mengetuai bacaan Surah Yassin & Surah Al-Mulk.Kemudian disusuli kelas pendek untuk tajwid.Semakin belajar,semakin kita sedar lagi banyak ilmu yang kita belum pelajari.
Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
Friday, 27 August 2021
ADA 4 JENIS PUJIAN
AL-QUR'AN ITU MELEMBUTKAN HATI
Al-Quran Itu Melembutkan Hati
=========
1. Dalam al-Quran, Allah menyifatkan orang yang berilmu dan beriman itu sebagai orang yang mudah tersentuh apabila dibacakan kepada mereka al-Quran. Dan Allah turut menggambarkan bahawa al-Quran itu mempunyai mukjizat menambah kekhusyukan jiwa manusia. Firman Allah:
وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا
Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan kekhusyukan mereka. (Surah al-Isra: 109)
2. Ayat ini turut memberikan petunjuk bahawa orang yang beriman itu mudah berinteraksi dengan al-Quran. Jiwanya memberikan respon terhadap petunjuk dan peringatan yang disampaikan oleh Allah. Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa:
أن البكاء من خشية الله، يدل على صدق الإيمان، وعلى نقاء النفس
“Sesungguhnya tangisan seseorang itu kerana takutkan Allah adalah petanda kepada kebenaran iman serta kesucian jiwa.” (Tafsir al-Wasit)
3. Bukan sahaja al-Quran melembutkan jiwa dan menambah kekhusyukan orang yang beriman, al-Quran juga mencairkan kekerasan hati orang kafir. Sayyid Qutb di dalam karyanya menukilkan kisah bagaimana al-Walid ibn Mughirah, seorang pembesar Qurasyh yang tersohor memberikan reaksinya mengenai al-Quran.
4. Pada suatu hari al-Walid pernah diminta oleh Abu Jahal untuk memberikan pandangan beliau tentang isi kandung al-Quran. Setelah mendengar al-Quran, al-Walid berkata:
صبأ والله الوليد، ولتصبون قريش كلها
Demi Allah, sesungguhnya (aku) al-Walid telah terpukau (mendengar al-Quran ini), dan pasti Quraysh akan terpukau mendengarnya.
5. Jelas di sini bahawa al-Quran bukan sahaja menyentuh jiwa orang yang beriman malah melembutkan jiwa orang kafir yang keras menentang Rasulullah ketika itu. Perbanyakkan membaca al-Quran, pelajari Bahasa Arab agar kita mampu memahaminya dengan baik. Mudah-mudahan Allah melembutkan hati kita dan menambah kekhusyukan dan ketundukan kita kepada Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Thursday, 26 August 2021
CUCUR TUANG
Cucur Tuang untuk minum petang.Cucur Jawa pun ya, Kuih Cucur pun disebut orang.Penyaram juga dipanggil .Mexico Hat pun boleh....!
Bukan petang ni.Tapi petang semalam.Petang ni malas.Bancuh kopi 0 makan dengan cream creaker ja...Orang kampung saya panggil roti lemak @ roti pat segi.Hihihi
Saya kalau buat kuih ni,kadang elok kembong dan bibir kuihnya sexy cantik macam bibir Angelina Jolie.Kadang macam bibir tak cukup kologen kejadiannya...Hihihi.
Tapi semalam saya lupa nak guna resipi tu,sebab dah terbiasa guna resipi1.
RESIPI CUCUR JAWA 1:
1cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula putih
1 1/4 cawan air suam
sikit garam
minyak masak
1. Campur dua2 tepung dan gaul dengan garam dan dua2 jenis gula.
2. Bancuh dengan air suam sikit demi sikit hingga sebati
3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang
4.Panaskan 1/2 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam
5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.
6. Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih,
7.Biar garing & terbalikkan.Toskan minyak & siap...








